Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 18, 2009

Last Minute Tukar Rancangan

Bila nak update je, dah tiba time masak. Bila nak update je, dah nak kena pergi tesco pula. Bila nak update je, ada pulak sedara datang. Banyaklah kau punya alasan kakpah.

Sejak tijah buat entry pasal apple haritu aku asek teringat nak buat apple pie. Tak buat-buat juga. Hati kata, kalau dah teringin sangat pergi sajalah kat Mc D, beli pie apa yang kau nak. Tapi mana ada kelas beli dengan buat sendiri, kan.

Pagi tadi masa ke tesco aku bercadang nak beli bahan-bahan untuk buat pie ni. Apple kena ada. Vegetable shortening aku pun dah nak habis. Masa aku belek dari satu rak ke satu rak, tiba-tiba mata aku ternampak satu benda yang memang aku dah lama cari.

"Omak!!!! dah jumpo.. dah jumpo" Aku menjerit. Dalam hati je.

Belolah aku ke situ dan dengan tamaknya aku terus sambar dua set ( 1 set ada 4 biji). Tengok-tengok harga satu set 20 hengget lebih. Ah.. tak kesahlah. Bukan senang aku nak dapat ni. Dah setengah tahun dah aku cari tak jumpa-jumpa.


Nilah bendanya ha. Ramekin. Nak sebut pun berbelit lidah. Maka asalnya nak buat apple pie, dah tukar rancangan pula sebab dah dapat ramekin ni. Dah beli mesti guna kan? Nanti benda tu mengumpat apasal simpan je dia dalam almari.

Sampai di rumah aku dah cakap awal-awal dengan Ros, "Petang ni kau tak payah masak nasi. Ibuk nak buat sheppard pie dan spageti carbonara chicken balls". Hamboi...
Ros jawab, "iya buk..."
Tak tahulah dia paham ke tidak. Tapi pukul empat je aku dah masuk ke dapur. Takut nanti dia salah paham masak bubur pulak macam tempoh hari.

Aku kupas kentang, rebus taruh garam sikit. Bila sudah empuk aku suruh siti lenyek halus. Ayam aku potong cubes. Ros potong cubes bawang merah, capsicum, carrot. Brocolli aku potong kecil kecil. Bawang putih aku cincang halus.

Lepas asar, aku tumis bahan-bahan di atas. Oops lupa, aku panaskan butter dulu dalam 3 sudu. Bila panas dan agak keperangan, aku masukkan dua sudu tepung gandum. Kacau. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Lepas tu ayam dan yang lain- lain. Kalau nak perasa, masuklah. Kalau tak nak, tak payah. Masak hingga kering. Bila dah masak, masukkan ke dalam ramekin. Masukkan tiga suku saja. Di atasnya, letak kentang yang telah di lenyek tadi. Sebelum tu, kentang lenyek aku putar dengan susu segar dan black pepper sikit. Putar dengan sudu je. Kalau ada mozarella cheese tabur sikit atas kentang. Bakar dalam oven 180 deg selama 15 minit. Siap.


Sheppard pie ini sedap dimakan semasa panas.



Lepas tu projek untuk spageti pulak. Tengah masak dapat sms dari adik kata nak datang. Ha, kau makan spageti je lah. Aku tambah kuantiti kuah . Tengok dalam almari spageti cukup. Korang nak resepi kuah spageti ni ke. Ah, tak payah lah. Senang sangat. Reka je sendiri.

Kacang dengan tomato tu sebenarnya tak ada tapi bila nak ambil gambar macam tak berseri pulak. Aku tabur lah kacang tu beberapa biji.




"Abah, meh lah makan "
"Apo bondo e yang kau masak ni"
"Yang ni sheppard pie. Yang ni spageti"


"Nasik tongahari tadi ado tak!!! Tak ghoti abah makan bondo ni doh"

Abah makan lauk pucuk ubi dengan sambal tempoyak. Sedang kami ehmm.. perasan ala ala omputih gitu!


16 comments:

Nizam.Ariff said...

Nak sikit, bulih?

lupekanje said...

umang aaaiihh...
cerito ngan gamba eh dah nampak cam sodap bonar tuh....
nnt bawakkan acik yoo...bokeh aritu lom pulang lagi....huhu..

Tijah said...

apo kontang lenyek tu nampak besarang cam tapai pulut yo tu kak?

kahkahkahhh (sajo yo baleh balik komen ko aritu kak...jgn mara aaa...)

Tirana said...

hehehe..selera orang tua sukar nak diubah...balik2 cari nasik juga.. Shepherd's pie ni memang selalu saya buat sampai anak-anak dah jemu nak makan. Spegethi tu belum cuba lagi..

kakngah said...

sebbaik ado belen tongahari.. kok tak.. kebulur abh..

Yunus Badawi said...

Takde ke nak ajak kawan2 mcm aku ni merasa masakan kakpah?

Kalau kakpah roger aje berdesup kami tiba hehehe

Ms.Lilies said...

wahla....menu baru....mulih try....tq tq

ibundo said...

nizam, banyak pun bulih.

acik, sodap cik.... ( angkek diri sondiri). Bilo nak poi swiming lagi cik. ekau dah baik domam bulehlah pogi tu.

tijah, ekau nak baleh dondam pun janganlah kek sini jah. u drop mai waterfes la, kah.kah..

tirana, hehe.. kitorang memang dah sediakan dah nasik untuk abah tu. saja je acah-acah dia.

kakngah, haha.. ingat nak suruh jadi omputih kojap. tak maun e.

YB, untuk kengkawan, aku roger makan kat old town white coffee je. maleh hai nak masak kehkeh..

lilies, jom terai.

ASH said...

aku senyum baca Tijah punya komen..
kentang lenyek = tapai ubi?
Hmmmmm...

secangkir madu merah said...

kakpah, sedap sheppard pie tu..
abah tak nak makan benda tu.. ha bak sini, mouth watering tu....

aza ni said...

kakpah:lain kali bila buat pai gembala tu,boleh tepon o12-7329560,saya muka tak malu akan datang lepas kelas 5.30 petang,insyaAllah.

ckLah @xiiinam said...

"Isk...kak Pah ni..." kataku sambil memintal-mintal hujung tudung bawal ku...

ibundo said...

ashley, tijah tu memang dendam ngan aku sebab sebab aku cakap asam pedas dia ajaran songsang keh..keh..

SMM, nanti kita deting deting ek. kpah bawak pie tu hehe..

azani, hahaha... lupa plak kau dah duduk soromban maso ni. Weh..blaja cakap nogori la sikit.

cklah, ngeh..ngeh.. ai yem sori ngeh..ngeh..

Tijah said...

bukan ajaran songsang la kak. den dondam sobab ko koba asam podeh den cam samba sadin. huwaaaa!

umi_e said...

kak pah... nak ler yang pie & spegetti tu ;)

VillaPengantin said...

kakpahhhh
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...