Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, July 19, 2009

WASIAT seorang WEBMASTER

Dapat satu tugasan daripada echam. Pandailah kau bagi kakpah keje echam oi. Hutang dah bayar ek....

1. Bekas kekasih saya adalah :
Seekor burung yang diberi nama Meri. Meri dibela semasa aku di dalam darjah tiga. Jinak dan manja. Bila terbang, dia tahu balik semula ke sangkar.

2. Saya sedang mendengar :
Kucing bercekak. Tak mungkin kucing aku si Jordan. Dua minggu lepas anak jiran depan rumah datang mengadu, "acik!! kucing acik selalu datang rumah saya kacau kucing saya.." hmm.. aku nak buat camno...

3. Mungkin saya patut :
cakap kat budak tu, 'len kali kalau kucing acik datang kacau kucing kamu, kamu sembelih je kucing acik tu buat sate". Ish... kat indon laku sate kucing ni...

4. Saya suka :
kecik-kecik dulu suka main masak-masak tapi bila emak suruh masak taknak pulak masak. sehingga kawin pun aku tak pandai masak. Tapi sekarang ni aku suuuukaaaaa sangat masak. Suka tak bermakna raaajiinnnnnn....

5. Sahabat-sahabat baik saya :
anak-anak dan suami sebab kepada merekalah yang dapat aku luahkan segala keluhkesah sekiranya ada.

6. Saya tak faham :
kenapa orang suka merokok. Padahal yang dihisap tu asap je. Bukan nya kenyang pun. (Ehmm ehmm.. mintak maap le ye kalau ada yang terasa)

7. Saya kehilangan :
stapler. Tadi aku letak kat sini. Cari cari dah tak jumpa lagi. Weh!!!!!!!! sapa ada amek stapler mak ni..... pulang balik!!!!!

8. Ramai yang kata :
rupa aku sebijik macam Latipah Omar (hik..hik.. hik...)

9. Makna nama saya :
lemah lembut. Orang arab selalu kata 'masyaAllah.....' (sila baca macam sebutan P Ramli) bila aku bagitau nama aku. Tapi dulu masa kecik emak aku selalu cakap aku kasau macam jantan. Wei, tu dulu.

10. Cinta itu adalah :
berangan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
mengeram di dalam bilik air. Sudah-sudahlah tu!!!!!! Dah setengah jam dekat dah ni. Orang pun nak guna bilik air gak..

12. Saya akan cuba :
menjadi seorang isteri, ibu dan umat yang baik

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
tak de kesudahan. Tak de penghujung

14. Telefon bimbit saya :
Mula-mula beli henfon, gedabaknya ya Rabbi.. sebesar bekas air minuman budak sekolah. Aku kena beli henbeg besar sebab nak muatkan henfon yang berat dekat satu kilo ni. Bila bawak henbeg, mesti bahu senget sebelah. Lepas tu bila bila keluar model yang kecik sikit, aku tukar. kecik2 pun ada sebesar remote tv gak. Ishh. masa tu tak malu sebab semua orang pakai telefon gedabak macam tu. Kemudian tekno makin canggih dan hp pun makin cantik. Sejarah hp aku, ada yang kena rompak, ada yang jatuh dalam lubang jamban, ada yang saja-saja nak tukar sebab dah muak. Sekarang? Aku guna Sony Ericsson.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
aku rasa rasa nak tidur balik tapi kena bangun juga. Subuh oi.. subuh. Ada sape sape yang tak bangun sembahyang subuh?

16. Saya paling meluat bila :
tengok perempuan pakai seluar ketat yang pinggangnya paras bontot. Dah tu pakai baju pendek pulak. Bila menonggeng naampak lah lurah bontot dia tu. Geli geleman betul aku tengok.

17. Pesta/Parti adalah :
Pesta buku / parti tupperware

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
tak pernahlah jumpa haiwan comel...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
masa remaja dan masih bersekolah. Masa sekolah dulu selalu merungut sebab asek belajar je, asek exam je... Tapi peringkat itulah yang paling melekat dalam ingatan.

20. Hari ini :
aku ke pasar borong. Apasal harga ikan melambung-lambuh ek? Dulu-dulu ikan kembung sekilo 70sen je. Wei..wei.. janganlah main tonyoh kepala. Eh, betullah aku cakap, aper. Dulu masa tahun 70han ikan kembung 70sen sekilo. hehe...

21. Malam ini saya akan :
tidur awal. Rasa macam tak sedap badan plak. Ni mesti sebab ke hulu kehilir kat pasar borong tadi ni.

22. Esok saya akan :
Hahaha... ni yang seronok nak cerita ni. Besok tadika aulad cuti. Yang bagi cuti tu aku lah. Besok kan isra' mi'raj. Jadi aku pun dah buat satu surat kepada parents mengatakan isnin, tadika, taska, daycare semua cuti sebab isra' mi'raj. Cikgu-cikgu pun seronok. Lepas tu ada beberapa parents telefon aku, 'camana ni puan, saya tak cuti. Suami saya pun tak cuti'. Aku dengan selamba menjawab, 'eh, cuti lah puan. Satu malaysia cuti'. Dia jawab balik, ' anak saya sekolah jalan 4 tak cuti pun'.

Ah.. sudah. Aku cek balik kelender. Rupanya Selangor tak cuti. Wakakaka... Nogori Sombilan cuti. Aku ingatkan aku ni termasuk dalam daerah nogori sombilan hehe... Habislah aku kena kutuk dengan parents ni. Nak terbalikkan cakap, dah susah. Jawabnya, cutilah kitorang besok, melainkan taska dan daycare je bukak. Aih... dah tuo-tuo ni banyak memori dah reput.

23. Saya betul-betul inginkan :
Malas dah pakai gigi palsu ni. Ingat nak buat make over lah. Buat yang plant in punya. Okay tak ha?

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :

Opocot omak kau..... la, somalam kau takdo kan?

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
pusat membeli dan membelah ni takde yang spesifik la. Asal pekenan je, masuk. Arked permainan? ek ele.. orang macam makcik ni camana nak tipu ic lagi....mesti cam punya.

26. Makanan barat atau Jepun :
Duo-duo tak goma amek. Goma makan cencaluk, samba bolacan dan tempoyak. Dapek-dapek ado potai pulak tu. pergh.....

27. Bilik yang terang atau gelap :
Apa hal plak nak gelap-gelap nih. Aku tidur pun pasang lampu taau kalau suami aku outstation.

28. Makanan Segera adalah :
pling!!!...... aku tunjuk dengan jari je. Terus tersedia.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
Siti, kue wes mangan opo urung. (Siti bibik aku orang jawa. Aku belajar sikit-sikit basa jawa kat dia ni. Iso la ngomong sitik-sitik.)

30. Siapa yang anda mahu TAG?

Sapa ha? Tanduk aku dah nak keluar nih. Aku bagi pada anak aku yang tiga orang ni dulu.

Imah
Kirin
Farah

Anak aku yang lelaki tak payahlah. Lagi?

Kakngah
Acik lupakanje
Umi-e
Secangkir Madu merah
Insyirah

Cukuplah tu. Buat ye. Sportinglah beb..

Sekian.

15 comments:

xiiinam said...

Bayar kakPah...jangan tak bayar...
hutang emas dibawa belayar....



he..he..

kakngah said...

uummanggaaaiii!! apo osah bnyk na soklan eh ni...

a kl citizen said...

nasib baik kak pah tak kawin dengan burung tu... tau, kan citer yang orang putih kawin dengan anjing tu...?

Nizam.Ariff said...

Soklan/jawapan pasal cermin tu: Hahahahhah
lawak giler...

lupekanje said...

oooohh tidakkkk !!!!

DaliaLiyana said...

ttg main masak2 tu...dalia rase tulla..dulu kecik2 dalia suka main masak2....tp dah beso ni YA Allah pemalas tul nak masak..dalia sanggup je berlapar dr kena masak..hahaha..(rosak......!)

kakpah said...

cklah, kita tanak berhutang tapi orang rajin nau bagi. nak buat camno.

kakngah. ekau jawab pendek yo. kpah memang suko ekzejeret.

cikgu, haha.. tu yang nak ketawa plak ..

nizam, ko rasa lawak. akak macam nak menangis je.

acik, oh iyo......

dalia, kau jangan jadi macam kpah ni. dah kawin baru belajar masak. kau belajar dari sekarang...hehe..

ashley said...

panjang berdengung soklan...
tak do korjo menjawab ehh..
mujurk tak kene jawab..
ngalahkan SPM haih!

saper punyer kerje tu kakpah?

kakpah,
atuk tak nak diberi korjo tu ke?
wakaka..

secangkir madu merah said...

wah kakpah, ni mendoro namo eh..
banyak giler soklan, yg best tu soklan nombor satu tu..hehehehe... ada orang yg masam muka lak nanti..
-
-
-
-
InsyaAllah akan ku jawab sume soklan cepumas iteww..

Webmaster said...

Kak Pah.... cantik jawapan tu. Apa-apa pun terima kasih banyak2 sebab sporting nak jawab tag saya. Errrkkk.. tajuk tu wat saya gerun.. WASIAT seorang WEBMASTER.... Huwaaaaaaaa............

kakpah said...

ashley, tak do korjo nak bagi kek atuk hehe..

SMM, ye.. anda dipaksa menjawab segala soklan cepumas itu keh..keh..

webmaster, tajuk mesti gempaq haha...

Insyirah said...

Ya ALLAH...baca soalan saja dah pening. Banyak betul soalannya. Ni tag ke atau mendera? Uwaaaaa...

Shais said...

salam ziarah kak pah,

letih juga nak menjawab ya.

kakpah said...

Insyirah, dua dalam satu. Kpah dah kena dera. skang masanya nak mendera orang haha...

Shais, salam jugak

Ungku Nor said...

kak,

sey ingat nak gak buek tag ni. osah gilo lamo tak buek tag.
tapi bilo tengok manjang eh kusemangat..tak jadik la hai..

ihikss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...