Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, August 25, 2009

BASIKAL DAN BERBASIKAL

Pada suatu pagi beberapa hari yang lepas, aku memandu di sekitar seksyen tiga tambahan. Apabila melalui hadapan seven eleven aku agak terkejut apabila dua orang anak berusia sekitar 5 atau 6 tahun yang sedang berbasikal tiba-tiba mahu melintas jalan yang aku lalui. Aku menekan brek. Dan mulut aku membebel memarahi emak kanak-kanak itu yang membiarkan anak mereka bermain sehingga ke tepi jalan besar.


Kejadian itu mengimbau kembali kenanganku ke satu ketika hampir dua puluh tahun lalu. Ketika itu aku sedang memandu Ford Econovan dengan kelajuan 80 km/jam melalui jalan dari roundabout fasa 1/UKM menuju ke fasa 4. Selepas roundabout, ada satu simpang menuju ke fasa tiga. Waktu itu Fasa tiga tambahan belum ada dan belum ada juga simpang yang mempunyai traffic light yang berhampiran dengan Petronas sekarang.

Dari jauh aku lihat ada sebuah bas berhenti menunggu jalan bertentangan clear untuk dia melintas ke kanan memasuki simpang ke fasa 3. Aku ikut lorong sebelah kiri. Bas berada di lorong sebelah kanan. Sebaik van aku menghampiri bas, sekonyong-konyongnya seorang budak perempuan melintas menyorong basikalnya dari sebelah hadapan bas. Kalau aku brek, mesti tidak sempat. Budak itu pasti akan aku langgar. Kalau aku tak break, budak itu pasti akan aku langgar juga. Macamana ni. Think. Kena fikir dengan cepat. Aku paut stereng ke kiri untuk mengelakkannya. Budak itu terus mendorong ke kiri juga. Aku ke kiri lagi. Budak itu tidak berhenti. Kesudahannya van aku termasuk di antara dua batang pokok besar di kiri jalan. Betul-betul menghadap ke tebing.

Aku termenung beberapa saat, cuma memerhatikan budak perempuan itu lalu dengan basikalnya. Tak sampai hati aku memarahinya. Aku cuma bayangkan yang melintas itu anak aku. Dan aku sempat berfikir. Kalaulah aku tidak membelok ke kiri. Dan kalaulah aku melanggar pokok di tepi jalan itu.


Bercakap pasal basikal aku teringatkan basikal besar nenekku. Aku belajar menunggang basikal semasa aku dalam darjah satu atau dua. Basikal yang aku tunggang adalah basikal nenek yang besar gedabak seakan-akan basikal di dalam gambar. Aku sangkutkan ketiakku di tempat duduk dan tangan kananku memegang palang di depan tempat duduk itu. Tangan kiriku memegang handle basikal. Aku letak kaki kiri di pedal sebelah kiri sambil kaki kananku menujal-nujal tanah tempat aku berpijak sehinggalah basikal itu bergerak ke depan. Bila basikal sudah bergerak, dengan cepat aku masukkan kaki kananku ke celah rangka depan basikal mencari pedal yang lagi satu. Aku kayuh kayuh kayuh. Kadang-kadang jatuh ke dalam longkang. Kadang-kadang jatuh tertiarap. Kadang-kadang jatuh dihempap basikal besar itu. lama-lama aku pandai juga.



Entah kenapa pula dalam bulan puasa ni aku banyak teringat ke zaman silam.


26 comments:

iina said...

yolah kak basika dedulu yg ado palang tuh.. waduh.. kak cukup mecabar kalau nak bawak.. den meraso gak lah bawak basikal arwah tok den marin.. mmg memulo kayuh.. semua asyik terbabas yo.. skrg nie payah dah kot nk nmpk org bawak basikal.. tapi bebudak bwk basikal kek jln rayo klu tak hati2 bahayo kan kak..

Biasalah kak.. bulan2 poso nie mmg konangan semuo dtg.. nak2 sok nak rayo laei lah ;) Buko apo ari nie kak??

Azita Zain said...

saya belajar naik basikal pun sama cam kakpah gak tapi basikal arwah atuk saya. sampai skrg masih ada parut kat belakang buku lali kaki kiri kesan jatuh basikal...kenangan terindah!

Anonymous said...

Err....Tie cuma pandai kayuh basikal roda tiga je, tu pun masa kecik2, hihi...

Guru said...

bebudak ni dapat basikal kalau turun bukit lagi menakutkan...

DaliaLiyana said...

dah lame dalia tak naik basikal..ingt lagi time sekollah dulu...g sekolahnaik basikal...pastu balik sekolah..kite racinggg..hehhee...spae sampai dulu....
kalu ujan,saje je kayuh pelan2 nak bg kuyup..balik je...mst mama membebel..hehehe....oh..zaman sekolah...rindu plak bile kenang2....

DaliaLiyana said...

dah lame dalia tak naik basikal..ingt lagi time sekollah dulu...g sekolahnaik basikal...pastu balik sekolah..kite racinggg..hehhee...spae sampai dulu....
kalu ujan,saje je kayuh pelan2 nak bg kuyup..balik je...mst mama membebel..hehehe....oh..zaman sekolah...rindu plak bile kenang2....

Ms.Lilies said...

basikal??
dulu pi ngaji naik beskal slalu kena kejo dek anjing....sikit lg nak kena ngap kat kaki...
yg pasti handle beskal mak bengkok akibat tergolek dok jatuh hehehe

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

huii.. ngeri bila teringat bab belajar naik basikal ni. Kita pun juara masa kecik2 dulu. Udah le basikalnya hitam saiznya punya la besar. Walaupun kaki tak sampai kat paddle tapi semangat nak tayang kat orang kampung yg kita la paling terror kayuh basikal berkobar-kobar! Tonggang langgang jatuh sampai sekarang berbekas kat lutut namun basikal tua tetap ku kenang jua. Sayang la arwah ayah dah jual kat geng dia. Kalau tak sikit punya antik kan k.pah, sure mahal harga dia ek.

kakngah said...

sebbaik akk dpt elak dakpompuan tu. xpo la langgar pokok dr lggar ank org.
sy dulu xngaso pun bljr bwk bskal ngn beskal spesis tu... huhuhu!! tp, beskal camtu.. keri eh lebar boto...

Insyirah said...

Budak perempuan tu selamat, then kereta kakpah pula mcmmana? Hisshhh...mujurlah tak ada kecederaan yg berlaku.

Dulu masa mula-mula belajar naik basikal, mmg biasa sgt la jatuh-jatuh. Sampai kepala lutut kaki ni pun dah calar balar. Parut pun ada. Tapi skit pun tak nangis walaupun masa tu kecil lagi. Dalam kepala ni hanya fikir nak belajar naik basikal sampai pandai. Hehe.

pB said...

tak pandai naik basikal yang ada palang kat tengah tu ....

ibundo said...

ina, oo kau pun meraso gak naik basikal bosa tu yo.
Rayo lambek lagi ina. Jangan sodeh2 plak borayo kek perantauan.

ieta, kalau belajar naik basikal tak berparut, tak sah lah kan?

tie, hehe.. tak aci lah.

cikgu, tu la pasal. Bukan setakat turun bukit je, keluar simpang pun main meluru je tak tengok kereta.

ibundo said...

dalia, oo.. ko main hujan ek.. habis buku tak basah ke.

lilies, kalau anjeng kejar ko kena kayuh laju2.

yati, kau pun ada basikal besar macam tu ek. Sayang kan basikal tu dah tak ada lagi dalam simpanan. Kalau ada pun mesti dah jadi besi buruk yang tersandar je kat reban ayam.

ibundo said...

kakngah, rugi kau. Keri basikal uwan akak tu kemain bosa dan leba. Guno e tuk bawak gotah. Osah, leba e.

insyirah, van takde apa2 cuma kepala lutut je yang tergigil sampai dua tiga hari.
hehe.. jatuh-jatuh masa naik basikal tu dah lazim lah tu.

pB, naik basikal macam tu memang banyak cabaran.

ckLah @xiiinam said...

kakPah....
Masa kecil...
ckLah dan basikal tak boleh dipisahkan....
Di mana ada ckLah
Di situlah ada basikal tu...


Itu saja pun sumber hiburan yang ada di zaman kanak-kanak ku....
Nasib baik ckLah tak melintas depan van kakPah....ha..ha..


Masa tu...jalan aspal pun tak ada...

ibundo said...

cklah,
dapat kpah bayangkan cklah kulu kilir dengan basikal tengah rembang panas. (baru lepas balik dari rumah cklah)

Masa kecik jln depan rumah kpah tu cuma tanah biasa yang kalau hujan melekit2. Kemudian baru ada tabur batu merah. Lepas tu baru aspal.

Tapi bila dah ada tanah merah tu kakpah dah pandai naik motosikal abah hehe...

julietchun said...

budak2 kecik jgn di biarkan melintas sendirian,dorang bukan tgk kiri kanan.

basikal lagi berat dari tuan yg mengayuh,hehehehe.

Hjh Noralenna Abbas said...

Kisah-kisah zaman silam bagus diceritakan kepada anak-anak sekarang supaya mereka tahu the adventure orang-orang lama lalui.

secangkir madu merah said...

kenangan itu indah untuk dikenang
ia membuat kita tersenyum dan menangis bila terkenangkannya...
oh kenangan...

Yunus Badawi said...

Teringat masa kecik naik basikal dari tepi jalan besar nak masuk ke kampung ayah. Dia yg kayuh. Emak, adik dan aku naik sekali. Satu basikal 4 org. Itupun pinjam basikal org kampung sbb jauh nak masuk kalau jalan kaki.

Aku boleh bagi komen, "eh ayah basikal ni takde enjin tapi boleh bergerak?". Aku dah biasa naik Vespa ayahku.

Ayah aku separuh marah kata, "ko tak nampakke kaki ayah ko mengayuh setengah nyawa ni!"

tasekM said...

aku dulu nyaris tak mati langgor dek bas naik basikal. bas tu dah dekat baru aku rasa nak melintas. haih...



.

Nizam.Ariff said...

Aku dapat bayangkan macam mana akak kayuh beskal tua tu.. hahaha

Memang nostalgik.

Kat kampung aku dulu, yang pakai beskal tu ialah peraih ayam sebab bawak bakul di belakang. dan kalau parking, dia punya tongkat lebih stabil sebab dia tongkat tayar belakang...

kuIna said...

sy nek beskal chopper.. leh sandar belakang..

ibundo said...

juliet, kdang2 mak bapak bagi warning tapi dorang ni main belasah je. Dulu2 aku cukup risau kalau anak aku naik basikal. Risau dorang melintas tak tengok kiri kanan.

kaknora, kakpah rasa orang lama macam kita lagi banyak cerita menarik.

smm, kita hidup bersama kenangan

ibundo said...

YB, Mau tak setengah nyawa. Empat orang sekali bawak? Buatnya mendaki.. kesian bapak ko.

tasek, belajar daripada pengalaman orang kata sakit. Mesti lepas tu ko berhati2 kan..

Nizam, Dulu2 takde camcoder tapi yang terpahat dalam kepala lebih kekal. Ishh.. mana peginya basikal nenek aku tu.

kuina, ha... yang itu dah moden dah. Sapa naik beskal tu mesti megah giler..

CuTeMiUt78 said...

kak pah.. kan kenangan tu kenangan yg tak dpt diputarkan kembali.. sama la kita.. hik..hik..hik..

klu cam mirul, baru umur 2 thn dia dah pandai kayuh beskal utk budak2 darjah 3,4 tu.. walaupun tak dpt kayuh habis.. tapi berjalan gak keliling umah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...