Ada ibu-ibu yang mengeluh mengatakan anak-anak mereka tidak mahu makan.
"Susah nak suruh anak makan"
"Anak saya minum susu je"
"Saya terpaksa bawa pinggan keliling rumah untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut anak saya"
"Anak saya tak ada selera"
Lumrahnya, anak-anak suka pada benda yang menarik. Kalau apa yang kita sediakan untuk anak asek-asek yang itu itu juga, maka tentulah dia akan jemu. Kreatifkan cara anda memasak. Kalau anak suka makan telur, pelbagaikanlah cara anda membuatnya.
Maka, hari ini akak akan mengajar anda bagaimana membuat pizza telur. (Pizza telur ke telur pizza ni. Cikgu-cikgu, tolong!!)
Mula-mula akak letak gambau dulu.
Bahan:
telur
lada hitam ajishio (sikit je nak bagi rasa)
hotdog (rebus sekejap bagi masak kemudian hiris nipis)
mix veges
sos cili atau sos tomato (ikut peringkat umur la)
mayonis
cheese mozarella
Cara:
Benda alah dalam gambar di bawah ni mesti ada.
Panaskan kuali leper. Celup acuan di atas ke dalam minyak atau sapu je tepi sebelah dalam dia tu dengan majerin. Letakkan ke atas kuali. Pecahkan sebiji telur ke dalam acuan. Kacau sedikit dengan sudu supaya telur kuning pecah. Letak pepper sikit. Just a dash. Letak hotdog dan mix vege. (Semalam masa akak buat telur ni, mix vege tak ada. Akak tak taruk). Letak sos dan mayonis. Akhir sekali parutkan cheese. Bila agak-agak telur sudah mula mengeras, angkat acuan. Tutup sekejap telur dengan tudung periuk supaya cheese di atas telur itu cair. SIAP. Alangkah kreatifnya akak. (Apa motip angkat diri sendiri, ek ele...)
Dan sebagai bonus pada hari yang sangat nyaman cuacanya ini, akak letak gambar lunch untuk atuk baru tadi ni ha. Makan untuk suami ni pun kena kreatip jugak. takkan hari-hari nak bagi asam pedas, kari, masak lomak yo kan. Konolah buek ala-ala masakan hotel sikit.
Nama masakan ni filet with brocolli teepah's style. Resepi? Sonang yo. Boleh reka sendiri.
20 comments:
kak Pah,
bedoso bagi orang tengok jer makanan tu, tak bagi rsa sekali taw...
buat sendiri buley...tpi nak air tgn k.pah...
Satu lagi, anak2 acik, ada masalah..tk leh tgk makanan...smua telan je....camner tu kakPah..kang obesiti...saper yg susah..
sebab tu acik berusaha memasak makanan yang sungguh tidak menyelerakan diorg. Kejam tak kak?
Malm ni nak pi brenang. Maleh dah ajak kPah... ado yo hal dio...nyampp.
Kalu windu kat acik, datangla..(alerr..tk de saper windu kat kau pun acik ooii...)..hehhehe..
wiii aiii. loco lak elio tengok tolo tu hah. nampak sodappp yo kan? nak buek lah....
bye....
Pah
'Telur pizza'= telur ala-ala pizza.
'pizza telur'= pizza yang isinya telur.
kwang-kwang-kwang.
Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]
KakPah, rasanya pizza telur tu orang dewasa pun suka. Nanti ada plak kes mak berebut pizza dgn anak. Hehehe.
....anak-anak saya tak ada masalah kalau pasal makan......selera tengah naik. Masak apa pun habis...waima telur mata kerbau dengan kicap...picit cili burungsukit...
Saya pun suka makan telur. Lain kali kakpah buatlah lebih sikit biar saya pun boleh rasa hehehe
kak...courier kat saya sket..huhuhu
acik, memang sodap air tangan kakpah ni. nanti nanti kakpah basuh tangan kakpah bagi acik minum wakaka..
poi boronang cik? Dah balik pun. Balik singgah pizza san fransisco. Ape hal.. buang lomak tambah lomak. tapi makan sup yo.
tijah, silo silo lah cubo. omak ayah pun buleh makn samo.
kak nora, tu lah pasal. macam tak kena je. So konfem telur piza.
Kak Pah...resepi telur untuk anak2 tu memang menarik...anie pun berkenan...
Tapi kalau cik abang anie lah...2-3 hari tak dpt asam pedas dah mula komplain..hehehe...jadi camno...kene lah masak asam selalu...kena pulak masakan macam fillet tu...nampak putih je...lagiklah dia takmo...
zakir ali, ishh... konpius plak aku sapa yang dah masuk blog aku ni.
insyirah, taknak simpan resepi ni ke. hehe.. untuk masa depan.
cklah, seronoknya kalau kita masak habis licin. beruntung cklah dapat anak yang tak banyak kerenah.
YB, ek ele.. kalau takat goreng telur, si adam tu pun boleh masak hehe..
faryn, lama ko tak datang. courier? berapa bijik ko nak keh..keh..
anie, telur tu gerenti yang tua pun suka makan. Cuba lah.
untuk cik abang pulak, bagi yang dah biasa makan pedas2 memang tak boleh tinggal masakan bercili ni. tak pedas, tak berasap telinga , tak puas makan. Suami kpah pulak masalah perut tak boleh makan cili. sebab tu kena masak gitu2.
Kak pah, kalau la wife saya masak macam ni, dlm sebulan cukup la gerenti badan saya bulat...
Apa kata lepas masak tu pos sikit kat kawan2 blogger ni..
Betul tuh kak.. kono kreatif.. jgnkan budak2 mak bapak budak pun nk makan kono gak kreatif heheheh
gigi palsu, dalam seminggu tu buatlah sekali atau dua kali hidangan spesial. tak gemuk de.. haha..
ina, ekau mosti pandai masak kan Ina.
Kak pah ...yang baca entry ni...mak nyer...waduh...mak nyer yang terliur....ukhus....habis diet ku yang sememangnya belum menjadi ini........ kui kui
kak pah.. bila nak buat show kat tv..
chekdee, belum jadik lagi ke diet tu. dah turun ke belum
cikgu, nak tunggu tv3 panggil hehe..
Jap kakpah..
yang gambar bonus tuu..
awat mata aku nampak fillet tu cam glove budak kecik?
kira kreatip tak mata aku?!!
ha ha ha
ashley, bukan kreatip. mato ko tu dah k.o hikhik..
Post a Comment