Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, August 21, 2009

TAK PROFESIONAL BETUL PHOTOGRAPHER TU!!!!!!!

Beberapa minggu lalu aku menelefon Nor yang ada kedai gambar di Metro kajang bertanyakan kedai yang ada menjual kanvas untuk sesi photography muridku. Nor memberikan aku nombor telefon empunya kedai. Setelah membuat beberapa panggilan ke nombor tersebut, aku ke Cheras mencari kedai yang dimaksudkan berdasarkan landmark yang diberi.

Akhirnya kami jumpa kedai yang menjual peralatan fotografi itu. Malangnya banyak design yang kami minta semuanya sudah out of stock. Dah habis. Cadangan untuk mendapatkan background yang ada gambar buku tak kesampaian. Gambar-gambar yang ada unsur-unsur kanak-kanak atau pun tadika juga sudah tak ada. Jadi, kami sambar sajalah apa yang ada.

Sebelum cuti sekolah bermula, aku sempat mengambil gambar anak-anak di Centre dan juga di Jasmin. Ada beberapa kanak-kanak yang tidak datang. Aku berharap akan dapat mengambil gambar mereka bila sekolah dibuka semula nanti.

Rupanya menjadi photographer ni bukanlah mudah. Apatah lagi bila mengambil gambar kanak-kanak. Nak suruh buat pose yang elok-elok, berdiri tak senget, senyum yang cantik, weh.. berpeluh jugak dibuatnya. Patutlah photographer charge mahal.











Budak-budak ni memang come lote lah. Buka sekolah nanti nak terjah Perdana dan Mesra pula.

.
.
.
.

Pagi tadi dapat berita ada ibu pada anak empat tahun dah masuk hospital. Anak dia masih dihantar ke baby sitter. Patutnya kuarantin kat rumah. Nanti berjangkit pula pada keluarga baby sitter tu.


Sekali lagi, selamat menyambut Ramadhan al mubarak. Jangan lupa, malam ni TARAWIKH....


15 comments:

Insyirah said...

Alahai...geramnya tengok budak-budak tu. Comel sgt! Hehehe.

Bleh improve lagi kut teknik & skill photographer yg tak profesional ni. Ngeh3x.. ;)

Insyirah said...

Opppsss...lupa!

Selamat berpuasa kakpah. Moga ibadah puasa kita diterima-Nya, insyaALLAH.. :)

kakngah said...

kak.. pakai kain batik lopeh pun buleh yo buek bekground. jimat kos.

sahor apo nanti???

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Kak Pah

cantik lah kak..prop dia pun ok...well done!

Selamat berterawih malam ni....dan mula berpuasa bukan saja makan minum tapi puasa lidah dan jugak jari kita niiii

Mak Su said...

salam ramadhan,

maksu suka amik gambar sambil nyorok di balik pokok

Nizam.Ariff said...

Kak, si Insyirah tu dah tak sabar nak timang budak tu... hahaha


Kak,kalau ada orang ketuk pintu rumah akak pukul 4am karang, tolong bukak. Mungkin aku yang ngigau, nak bersahur...


Selamat Berpuasa.

iina said...

kak sahur masak apo kak?? den mlm nie supper terus sahur.. tak larat ler nk bgn kul 2pagi makn sahur.. tido pun dah nk kul 12 tggu isyak hehehe ;) den terawih esok lusa.. masih cuti hehehe

Kak Nora said...

Comel lah anak-anak Tadika Aulad, bayangkan mereka tahun-tahun akan datang...

ku tak sempurna said...

nak tangkap gmbr budak lg susah drpd tgkp ikan kat tesco, kan kak pah kan..
ehh... silap... bukan kak pah yg amik gmbr..

hihihi...
susah woo nak lyn kerenah budak2.. mesti photographer punya daya sabar yg tinggi..

:D


selamat bertarawikh :D

relaxjom said...

comel-comel budak2 ni ...

xiiinam said...

Selamat berpuasa dan beramal mulia di bulan barokah ini...

kakpah said...

Insyirah, selamat berpuasa dan berbuka. Mesti ko geli hati baca komen nizam.

kakngah, kain batik lopeh dah tolopeh balik ko jawo kehkeh..

ezza, selamat berpuasa harini dan berbuka apa ek..

maksu, salam. maksu ada darah hidustan ke

nizam, haha.. syirah njeling kat ko tu.
selamat berpuasa dan berbuka

kakpah said...

ina, oo kau tak poso yo. Akak sahur nasik goreng yo malam tadi. tak yah buek lauk. two in one.

kak nora. memang comel dorang. selamat berpuasa dan berbuka.

kts, dah selamat dah tarawikh malam tadi. buka apa harini.

relaxjom, selamat berpuasa dan berbuka.

cklah, yang sama juga untuk cklah

ashley said...

kakpah,
he he he..
cam dah buleh dah jugak tuu..

Budak budak ni nampak inesen.

hmmm
background lawa kakpah tapi..hmmm..nampak macam bduak budak tu dok 'TERANGKAT'..apasal ek?
macam kat awangan gituuu..

Sierrauniform said...

wajah2 kanak2 ni memang semua innocent kan..comel sangat..

selamat berpuasa kak pah and family..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...