Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, August 29, 2009

Dulu Apa-apa Pun Jadi

Menu berbuka puasa semasa aku kecil dulu selalunya lebih kurang sama sahaja setiap hari. Emak akan masak nasi berlaukkan lemak cili api. Nasinya nasi putih sahaja. Tidak ada nasi tomato, nasi baryani, nasi bukhari atau nasi minyak. Lauk pula kalau tak ikan masak lemak cili api, ayam masak lemak cili api. Kalau tak pun udang atau sotong, tapi masih masak lemak cili api. Emak aku memang ori orang negori. Kalau tak pedas, tak jadi.

Kadang-kadang emak rajin juga buat kuih. Beras kena kisar dulu untuk dijadikan tepung. Tidak ada tepung segera macam sekarang. Kuih yang selalu emak buat ialah kuih kelepong, yang korang panggil buah melaka tu. Di kampung senang cari gula anau. Gula anau kat kampung memang asli. Tak ada campuran apa-apa dan rasanya juga kow.

Emak buat inti kelapa menggunakan gula anau dan rasanya sungguh sedap manis-manis lemak. Dengan inti kelapa ini emak buat kuih ketayap dan juga kuih koci. Emak juga buat kuih sepang menggunakan inti kelapa ini. Kuih sepang ini kadang-kadang emak rendam tenggelam dalam kuah santan pekat. Kadang-kadang emak goreng garing.

Kadang-kadang emak masak puteri mandi. Tepung beras pulut emak gentel bulat-bulat kecil dan ditekan tengahnya supaya leper sedikit. Kemudian emak rebus dalam air panas mendidih sehingga tepung itu timbul. Emak didihkan santan bercampur gula anau dalam periuk dan memasukkan tepung yang telah masak tadi. Bau santan dan bau daun pandan memang menggoda aku yang tengah terlepek berpuasa masa itu.

Bila emak masak, aku selalu duduk mencangkung memerhatikan. Penat mencangkung, aku duduk. Penat duduk aku terbaring. Bila dah terbaring emak akan menyuruh aku pergi tidur saja.

Emak suka masak untuk aku. Emak suka masak untuk abah. Bila makanan yang emak masak habis dijamah, aku lihat ada riak kegembiraan di wajahnya.

Aku juga begitu. Aku suka masak untuk keluarga dan merasa gembira kalau masakan aku sedap dan mereka suka memakannya.



Semalam aku buat bubur lambuk. Sekiranya ada adik-adik yang mahukan resepi, aku turunkan di sini. Ini bubur lambuk versi kakpah.

bahan:
beras 1/2 kilo
santan 1 biji
daging kisar ramli ( 1)
bawang kecil (untuk menumis, dihiris)
bawang putih (untuk menumis, dihiris)
sedikit halia
sedikit lada hitam
sebatang serai (dititik)
butter untuk menumis
bunga lawang, cengkih, pala, kayu manis

Basuh beras dan rebus dengan santan cair.
Tumis bawang di dalam butter yang dipanaskan. Masukkan bunga lawang,cengkih, pala,kayu manis dan halia sehingga naik baunya. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga masak.
Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk. Masukkan juga serai dan lada hitam Apabila bubur separuh masak, masukkan santan. Sekiranya kuah agak pekat, boleh ditambah air. Rasakan garamnya.


Lupa pula nak tukar wording kat chicken mayo di dalam gambar. Abaikan je lah ye.

Untuk membuat chicken mayo anda perlukan:
croissant
dada ayam
mayonis
salad dan tomato

Cara:
Rebus ayam di dalam air yang dibubuh sedikit garam. Sejukkan dan tanggalkan daging daripada tulang. Blender ayam menggunakan air rebusan. Jangan gunakan terlalu banyak air. Sekiranya ayam yang diblender agak cair, panaskan seketika di atas api sehingga agak kering. Campurkan ayam dengan mayonis, garam secukup rasa dan juga sedikit lada hitan jika suka.
Belah croissant dan susun salad serta letakkan campuran ayam tadi. Done.


Selamat berbuka puasa.

14 comments:

secangkir madu merah said...

thanks kakpah for sharing the recepi..

uji6june said...

Salam Kak Pah ..

hmmm .. bubur lambuk tu nampak
menyelerakan ..
kono torai ni sebab
somi saya sukokan
bubur lambuk ..

saya kopi resepi tu kak

*

Insyirah said...

Wahhh....thank you kakpah! Ni yg sayang kat kakpah sebab menurunkan ilmu kepada kami semua. Hehehe ;)

AZANI said...

kuih sepang tu macamana rupa kakpah?

Kak Nora said...

Thanks kakpah. Di mana kuah tumpah kalau tidak ke nasi. Betul tak?

ashley said...

Sebut pasal gula anau..
sama ke ngan gula KABONG?
sebab waktu saya kecik opah saya memang buatnya..
air gula KABONG ( dipungut dari pokoknya)yang dimasak sampai perang pastu dimasuk dalam buluh ke aper ke..
pastu dibalut ngan entah daun apa..
saya ingat ingat lupa rupanya..tapi rasanya lemak manis gitu..kalau buat buah melaka,bubur, dodol dan sebagainya memang jadi sedap..

ooo roti mayo tu memang consider ciken sandwich la..sebab macam biasa makan dijamu oleh mak Iran dulu..cam gitu lah juga cara masaknya cuma dia ada campur kentang sikit dan pickles.

Monkey D Luffy said...

masakan kampung lg sodap kan

Ms.Lilies said...

bubur lambuk saya ikut version mak...x yah tumis2 hehehe

Dida... said...

Salam Kak Pah..

Baca n3 ni.. teringat dkt arwah nenek yg rajin buat kuih tradisional.. saya adalah cucu arwah yg paling rapat sbb dari kecik duduk dgn dia.... rindu nak makan kuih2 tradisional... buat sendiri mesti x sama...

Thanks kak Pah bg resepi bubur lambuk tu... saya ada resepi sendiri tp boleh cuba guna resepi kak pah pulak... nyum..nyum...

kakpah said...

smm, hehe.. taknak jual biskut raya kat kakpah ke.

uji, hah, ko torai la.

insyirah, ko kan tengah kumpul resepi.

azani, rupanya lebih kurang macam karipap tapi dalam dia inti kelapa. Kemudian di rebus sampai dia timbul. Jerang santan ditaruk garam secukup rasa. Masukkan kuih tadi. Kuih tu sendiri yang akan buatkan kuah tu jadi pekat. Kalau versi goreng, goreng je lah.

kakpah said...

kak nora, hehe kengkadang tumpah kat atas meja gak nora haha..

ashley, haah. air nira amek dari pokok nira atau pokok anau. Jerang sampai pekat. Pastu masukkan dalam kelongsong yang dibuat darpd buluh sampai keras. Pastu lagik bungkus dalam daun kelapa tua. Kena pandai anyam daun tu.
chicken mayo tu macam swch le cuma dihancurkan je.

kapten, memang sodap.

lilies, memang banyak version. Taruk ikan pun sodap gak.

Dida, betul tu. Kpah cuba gak buat macam mak buat tapi air tangan mak lagi sedap.

Tie said...

Seronok masa kecik2 dulu. Semua mak buatkan. Sekarang kena buat sendiri, rasa pun macam kurang je...

Tie suka bubur lambuk. Boleh makan 2 mangkuk!

deeja said...

salam kakpah...pe menu utk ari ni ye..bubur lambuk feveret tu..
InsyaAllah...klau de rzki sampe le km ke KL...Kakpah pun klau ke Perak,dtgle ke Tepeng...info kt deeja ye....

kakpah said...

tie, uhu.. teringatlah pulak kat emak..

deeja, nanti kalau kpah ke tepeng kpah kolilng..koling eh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...