Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, August 24, 2009

HILANG DI DALAM LAMUNAN



Di luar masih hitam pekat. Ayam jantan yang bertenggek di atas pokok rambutan belum mahu berkokok. Belum masanya. Aku mengintai dari celah cermin naco di dapur. Beberapa ekor ayam resah di dalam reban. Yang bertenggek di atas pokok diam tercangok tanpa bergerak. Maha besar Allah yang menjadikan alam, ayam itu tahu bila tiba masanya untuk berkokok sahut menyahut. Mengejutkan penghuni alam semesta supaya menunaikan satu daripada yang lima.

Angin sejuk masuk menerjah melalui celah tingkap yang sedikit terbuka. Bau wangi dedaun yang masih dihuni embun menorobosi rongga hidung. Aku menghirup dalam-dalam. Nyaman.

Emak dan abah sudah duduk dimeja baru mula mahu menikmati hidangan sahur yang disediakan emak. Ada nasi dan ikan tenggiri lemak cili api lebihan makan malam tadi. Ada juga ikan sepat masin yang baunya menggamit selera apabila digoreng. Itu saja. Emak akan pastikan lauk untuk berbuka cukup untuk dipanaskan semasa sahur. Abah simpel orangnya. Tidak banyak kerenah.

Usai bersahur aku menyambung tidur yang terganggu. Emak masih di dapur menyelesaikan tugasnya sebagai isteri dan ibu mithali. Abah kudengar sudah mula berwirid di bilik solat. Sayup dan sayu bunyi zikirnya bercampur baur dengan bunyi cengkerik yang membingitkan. Tidak sedikit pun aku kepingin untuk duduk bertahajjud di belakang abah.



Rintik-rintik hujan yang jatuh di atas atap menyedarkan aku daripada lamunan. Aku memandang ke luar melalui jendela yang terbuka. Bau hujan menusuk hidung. Bercampur dengan bau rumput yang baru dimesen. Kedengaran ikan koi di kolam yang hanya beberapa meter dari tempat aku berdiri meloncat berenang-renang di bawah simbahan air hujan. Apakah zikir yang dikumat-kamitkan. Adakah zikir yang aku ucap dapat menyamai zikir ikan-ikanku, zikir daun-daun yang meliuk-lentok di dalam pasuku, zikir rumput-rumput yang saban hari aku pijak-pijak ataupun zikir air hujan yang sedang menitis itu.

Pagi masih gelap. Lampu neon masih gah menyala di tiang-tiang yang tegak terpacak. Kelihatan juga lampu di dalam kaca menyala meriah di dapur-dapur jiran yang sesekali diselangseli dengan bunyi lagaan pinggan. Langit kelam. Tidak ada sebutir pun bintang berkelipan. Sesekali kedengaran bunyi motosikal lalu menderam laju merempuh hujan dan gelap pagi.

Tidak sedikitpun suasana ini melenyapkan ingatanku kepada emak.

Ya Allah ya Kareem, Kau limpahkanlah RahmanMu, Kau curahkanlah RahimMu ke atas roh ibuku yang sedang bersemadi menunggu untuk dibangkitkan semula. Kau ampunkanlah dosa-dosanya dan masukkanlah ibuku ke dalam syurgaMu.

Aku mengesat air mata yang mula meleleh apabila anak-anakku seorang demi seorang turun untuk bersahur.


Aku berdoa padamu ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan di dalam keluarga kami. Jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah yang akan sentiasa mengingatiMu dan menurut perintahMu. Masukkan kami ke dalam JannahMu.

22 comments:

mama_sal said...
This comment has been removed by the author.
mama_sal said...

saya pon sedeh gak puasa kali ni teringat arwah ayah..uwhhaa2..
mcm tu la kehidupan ye k pah, kita kena hargai semua yang kita ada sekarang

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya aminkan dia kakpah.

ASH said...

Itulah indahnya Ramadhan...Dia membawa kepada kita satu ruang yang tiada dihuni oleh orang lain. Membawa kita ke satu destinasi yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..Memberi peluang kepada kita menilai diri, mengajak hati merasa tawadhu'...juga mengimbau kembali masa silam..
dan hanya kepadaNYA tempat kita meminta PERTOLONGAN!!

Kakpah...jangan sedih.

Insyirah said...

Amin Ya Rabbal Amin. InsyaALLAH DIA akan beri yg terbaik utk kakpah sekeluarga :)

Sebak pula baca entri kakpah ni. Saya selalu macam tu juga, bila duduk berseorangan...mulalah fikir macam-macam. Lepas tu, tiba-tiba meleleh air mata tanpa disedari. Sebak..sebak..

CuTeMiUt78 said...

sedih baca n3 kali ni..
selamat berpuasa ya kak.. semoga ibadah puasa kali ni lebih diberkati.. insyallah

umi_e said...

Ramadhan pasti akan meleraikan lipatan kenangan... suka-duka semuanya ada...

KTS said...

bulan puasa ni byk mengimbau kenangan... masa bersahur. masa berbuka...

julietchun said...

suka duka kita menempuh hidup dengan org tersayang takkan buleh luput dari ingatan walau berpuluh tahun berpisah.

iina said...

Insyallah kak.. bersahur dengan anak2.. den beberapa hari nie maleh nak bgn sahur sebab awal kul 2 dah kena bgn.. so selalu supper jek sebelum tidur.. lgik pun den kul 5 dah bgn ari2.. so klu bgn kul 2 tuh.. sah2 ler klu tido balik terlajak punyalah.. idak pun kat universiti mesti den ngantuk giler..

tapi esok nmpknya den kono bgn sahurlah kak.. kwn den blik dr mesia tumpang umah.. meriah ler buka n sahur nnti ;)

lupekanje said...

Aaminnn... moga rohnya di Rahmati Allah dan tenang di sana....menerima sedekah jariah anak cucunya ....

Guru said...

amin...amin..amin

sama2 berkongsi kesedihan kak pah

deeja said...

Saya..pulak tak pernah..merasa kasih -sayang seorang bernama..ayah.sejak kecil hingga besar IBU lah yang banyak berkorban..

ckLah @xiiinam said...

Al FATEHAH untuk mereka....

secangkir madu merah said...

semoga rohnya dicucuri rahmat, amin...

N3 mu kali ini buat ku pilu kak...

idyavie said...

Salam kak Pah...bestkan dapat meluahkn perasaan melalui cerpen..tp..apakan daya vie hanya boleh mengarang waktu anak2 tidur jer..maklumlah mrk2 ni masih kecil..umah pun camtu gak tak leh nak make over yg canggih manggih..sudahnyer jadi kubu pertahanan anak2 vie..k..ilal liqaq..

~Insan Biasa~ said...

semoga sejahtera sentiasa kehidupan kak pah sekeluarga! salam Ramadhan...

ibundo said...

mamasal, pada yang masih ada ibu bapa tu, sayangilah mereka.

koknora, ameen.

ashley, masa2 cam ni la slalu teringatkan orang yang kita sayang tapi dah tak dapat nak peluk2 lagi.

insyirah, manusia berperasaan. kalau tak, tak lengkaplah kita.

ciutmiut, selamat berpuasa.

ibundo said...

umie, begitulah nampaknya umi..

kts, yang pastinya kenanganku yang mungkin sekali ganda umur mu adalah lebih banyak.

juliet, betul cakap ko.

ina, Ekau kek sanun tak poso limo nam jam yo kan. Berbuko tu kiro dah sahur lah skali tu, haha..
Ooo.. ado kawan nak balik yo. Ko tak jeles ko.

acik, ameen.

cikgu, ameen.

deeja, kesian kau deeja. kau mesti lebih sedeh lagi.

ibundo said...

cklah, ameen

smm,ameen

vie, akak dah lalui dah sume tu. memang tak boleh nak melawakan rumah masa anak kecik ni. tunggulah besar dulu. selamat berpuasa.

insan biasa, salam ramadhan. tkasih.

Nizam.Ariff said...

Semoga anak-anak sedar pengorbanan akak pula... masa sahur sungguh hening, bening. Tamparan ikan koi pada air dan hujan... sejuk ke tulang hitam.., peergh... sedap sambung tido tu kak... hahaha

Dida... said...

Salam kak..

huhu.. sedihnya baca.. teringat pula dekat mak dan abah di Malaysia...

Semoga apa yg dihajati oleh Kak Pah, dimakbulkan oleh Allah SWT...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...