Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, August 8, 2009

KONVOKESYEN MULTI MEDIA UNIVERSITY

8 August 2009, hari bersejarah yang ditunggu-tunggu oleh kirin kerana pada hari ini dia telah dianugerahkan segulung ijazah setelah bertahun-tahun menimba ilmu. Keterujaan jelas kelihatan dua tiga minggu sebelum hari ini. Dan hari ini kemuncaknya. Kami ibu bapanya turut merasakan kegembiraan itu.


Berada di dalam dewan bertutup, penuh dengan orang ramai memang mengundang risiko penularan selsema babi. Aku dan suami pakai mask. Orang lain aku tengok relek saja. Dan aku tengok uwan siti Hasmah pun relek. (Kesian dia. Penat tau salam dengan beribu-ribu graduan ni. Macam dia tu mesti cuci tangan dengan detol sebaik saja selesai salam menyalam ni).






Senyuman seorang graduan selepas turun dari pentas.



Bersama beberapa rakan rapat.


Acara habis lebih kurang pukul 12 lebih. Gedebak gedebuk, pukul satu lebih pun belum selesai. Perut sudah krang krung krang krung berbunyi. Akhirnya ke Fish Manhattan kat Alamanda. Selesai makan singgah pula ambil gambar di studio. Adei.. ponek omak kau ni.


Semasa acara tadi aku mempelajari beberapa perkara.
Pertama korang jangan mendekati budak-budak dua orang ini kerana kerjanya tak lain tak bukan mengepau duit orang saja.








Kedua, ada juga manusia yang kerjanya siang malam asek menyiang saja. Ya, menyiiiiiaaaaaanggg je keje dia. Awas. jangan juga dekatkan diri anda kepada dia ini.








Hik..hik.. dah itu saja cerita aku hari ini. Ponek ni. Kojo bolum siap lagi.

22 comments:

FARYN said...

kak..hampeh tol statement WANG & SIANg...sian bdk2 tu...kehkehkehkeh

Tijah said...

kongrets kirin...

omak kau mmg tak buleh arap taw. lain lak kojo eh dlm dewan tu. carik modal update n3 la tu. wakakakaka...

Anonymous said...

adoi..mak kene komen takleh harap. wakakakaka

Kak Ezza@makcik Blogger said...

ahniah Kirin dan mak bapa kamu...


apo lah kak Pah ni...tak do kojo lain dah ni..dok layan boring dalam dewan lah ni....

lupekanje said...

kpah..
tahniah Kirin...acik lupo la arini konvo dio...
wehh kakk....tak bek taw memainkan namo budak tuh...
baek akak insap... :)
(acik salu nk golak ngan nama yg pepelik masa key in data...tpi biler tingat kawan sebelah acik nmo dia ader sikit polik...acik tk jadik golak...kang ado yg sinsitip...huhu..

Anonymous said...

saperlar tak sayang anak kanns.. ehehe, salamm akak pah itteww

chekdenoor said...

Tahniah kak pah kerana anak dah dapat segulung ijazah...... penat pun berbaloi bila melihat anak-anak berjaya.

Tahniah ya

KTS said...

congrats kirin...

amboi kak pah... sempat lagi snap gambar si WANG2 tu ye...
hihihi

Insyirah said...

Congrats to Kirin, dan juga mak ayah kirin :)

Sempat lagi tu nak snap-snap gambar dan gelak-gelakkan orang. Kelakar la kakpah ni. Sabar jelah...

Guru said...

tahniah utk kirin dan makpaknya..

sempat lagi menggelakkan orang ya...

ASH said...

Hishhh..
kak Tipah..

Kirin..ssesuka hati je mak ekau ni.
tahniah..

ckLah @xiiinam said...

Tahniah untuk Kirin.....



Bravo untuk mak Kirin......memang seorang bloger yang pro-aktif....

ibundo said...

faryn, ada lagi satu aku lupa nak taruk. Man Chi Li - memang sah toke cili keh..keh..

Tijah, kito mosti mandang ko dopan sontiaso.

Imah, rugi la kau tak ikut.

Ezza, ado ko tak boring eza oi. Duduk dari jam 8 sampai duo boleh.

ibundo said...

cik, bukan e nak golakkan nao oghang tapi dah nak togolak nak buek camno.

yang insaf, ya.. sapa yang tak insaf lagi tu segeralah insaf hehe..

chekde, tk bagi pihak kirin.

kts, hehe takdo kojo.

Cklah, ko tau tak. ada nama sorang budak something bin CekLah. Kpah tak sempat nak snap gambar dia hehe..
insyirah, memang tergelak pun. Sabau je la kan?

cikgu, hahaha..

ashley, kirin tu tak tau. dia duduk nun jauh kat belakang kehkeh..

umi_e said...

tahniah!

* kakpah ni... sempat buat lawak :D hehehehehehhe

ibundo said...

umie,
kakpah baru balik dari blog umi sambil jerit2 lagi panggil. rupa2nya awak kat sini ye....

iina said...

amboi kak.. tahniah buek anak daro akak dah convo.. yolah tuh dia ngepau.. mana tau sok2 dio bawak duit bebyk klu kwn ngan dio hahahha..

Anonymous said...

Tahniah, kakpah... seorang ibu yang bertuah.

ibundo said...

ina, haha.. ontahlah.. asek ngepau omak yo.

tie, tk

Unknown said...

tahniah buat anak kak pah yang sudah bergraduate..mak dia mesti gembira sangat2 kan..

tasekM said...

nk kena siang jugak kak pah nih... hi hi.

:p


.

Hjh Noralenna Abbas said...

Tahniah to mama and daughter. Tapi sempat juga ye rakam imej nama-nama yang pelek tu. Ha, ha, ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...