Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, August 11, 2009

MATI SEMUT KERANA GULA

Topik hangat di samping H1N1 ialah kekurangan gula di pasaran. Semasa aku ke tesco beberapa hari yang lalu, pembelian gula dihadkan kepada empat peket sahaja untuk seorang pengguna. Ramai yang berfikiran, 'susahnya tak ada gula. Puasa dah dekat. Nanti nak raya pula'. Gula yang kita maksudkan ini adalah gula putih atau yang biasa kita sebut sebagai gula pasir.


Cuba kita berfikiran positif. Gunakan masalah gula tak ada ini sebagai titik tolak untuk kita memperbaiki tahap kesihatan. Sebenarnya badan kita tidak memerlukan gula ini kerana ia hanya perisa yang mengandungi kalori yang tidak berkhasiat.


Gula sebenarnya adalah karbohidrat. Sumber penting tenaga. Nasi, bihun, mi, pasta, roti, sayuran berubi dan buah-buahan adalah makanan yang kaya karbohidrat. Jadi kita tidak perlu risau jika tidak mengambil gula kerana semua makanan yang diambil memang mengandungi gula karbohidrat, sama ada dalam bentuk semula jadi atau diproses.


Apa kata kita ucap alhamdullilah kepada kesukaran mendapatkan gula pasir. Kurangkan minum air manis. Kurangkan buat kuih muih. Tidak payah bubuh gula dalam masakan. Tak perlu pun.


.
.
.



Aku lebih risaukan H1N1. Aku rasa H1N1 ini macam skim cepat kaya ataupun MLM. Satu cari lima. Yang lima itu setiap seorang cari lima lagi. Ia berkembang sehingga sudah tak dapat nak dikira. Kalau skim cepat kaya, nanti sampai satu tahap dia akan collapse kerana syarikat sudah tidak dapat menampung orang bawahan yang sudah bercambah-biak. Aku sungguh berharap H1N1 juga akan begitu. Kembalikan kesejahteraan kami.


27 comments:

Ms.Lilies said...

saya xde masalah kalo takde gula kak...

yg riso bebeno ni wabak si tonyok ni la...tetiap hari ada je pertambahan jumlah pesakit


err...tonyok itu adalah en babeng

Anonymous said...

Puan,

Saya pun AMAT risaukan H1N1 ... sama-sama kita berdoa agar dijauhkan dari penyakit berbahaya ini.

Takdak gula ... pun masalah .... tapi tak serumit H1N1 nihhh...

arrghhhhh

Insyirah said...

Setuju dgn kakpah. Kita tak akan mati kalau tak ada gula. Err...saya tak faham, kenapa orang Melayu suka minum air manis-manis? Air masak biasa plak tak bleh nak telan. Saya rasa pelik.

H1N1 memang sgt membimbangkan skrg ni. Semakin hari, angka kematian semakin meningkat. Ya ALLAH, moga kami semua dijauhi dgn segala penyakit...Amin.

ckLah @xiiinam said...

...ckLah pun dah lama tak beli gula.....

Kak Ezza@makcik Blogger said...

hmm

kenapa isu gula jd kecoh...pada hal bukan nya pakai banyak sangat kat rumah pun....

nape tak da isu pasal garam ker, ajinomoto ker......

Hanisham Ab Halim said...

Sama macam kat atas2 tu kak pah. Saya tak heran pun kalo takde gula sebab penggunaan gula kat umah saya amat kurang. TAPI masalah Selsema BABI's ni yang wat saya berjaga2. Kalo kena aduillahhhhhh.... Coti lamo dennnn....

mimieloma said...

betul tu kak pah .umah saya tkde gula pn tkde orng yg tnye sbb mmng jarang sgt2 pakai gula ni......

Gula kekadang beli 1pkt yg 1kg tu sampai 2 or 3 bulan baru abis.tu pun kalau ade wat kuih or bubur manis gitu.

Tp yg paling susah ati c 'penyakit kerbau pendek' yg menular ni.Rami sgt yg dh terkena penyakit ni kan dan yg dh mati.

Bila lah agak nye nak reda ye.....
Hanya Allah saje yg tau.......

chekdenoor said...

Kak Pah.... kat rumah chekdee... beli gula 1 kilo tahan 4 bulan lebih....sebabnyer.... kami lebih suka minum 3 in 1....ukhussss...

Betul kata kak pah.....H1N1 macam MLM...1 cari 5...... harap sangat penularan penyakit ini cepat berakhir..... kita kena doa banyak-banyak......

lupekanje said...

acik arini makan banyak gula2....dari 3 hadiah hamper yg kami menang arituh..tak per kan kak pah?? hihhii..
tpi mang klu acik beli sekmpit gula...3 bln pun tk abih2 lagik...
pecayer laaahhh...

Anonymous said...

Err... Tie pun takut penyakit babi tu...

Anak2 dan suami ada asthma, tu yang membimbangkan. Setakat ni okay, cuma yang sulong tu masih ada lagi asthma sikit2..hu hu...

iina said...

takde gula balik ke?? cam sama jek kes tahun2 sudah.. tapi nak buat camno kan kak.. kuih muih kito tuh byk nar yg guno gulo.. krg xcukup gulo.. xsodap lak.. apo kato kuih raya thn nie kito mkn biskeu jacob kraker yolah.. idak pun biskut keras heheheh..

ASH said...

kakpah,
aku tengok kat oversea, tak der pulak demer risau pasai H1N1 nihh...especially yang kat US tu!!

tup tup sampai jer kuman kuman ni kat Malaysia.

selain negara Mexico yang mula mula heboh H1N1..negara barat lain diam diam jerr..

Guru said...

betul la k.pah... makin risau dibuat nan penyakit tu

KTS said...

kurangkan gula ok... tapi klu takde langsung... alahaaaaiiii... tak sedap la donut ku nanti... hihihi

.
.
.
.

manisnya gmbr bebudak kat header tu :D

ibundo said...

lilies, memang babeng tonyok itu.

relaxjom, arghhh.... jom jerit sama2.

insyirah, tak tau la kenapa suka manis ek. Tapi ramai jugak yang tak suka termasuk le kakpah hehe...

cklah, cuba tengok dalam balang gula tu. ada semut mati tak hik..

ezza, haha.. apo la kau ni za. Ekau buek teh o taruk garam mo ajinomoto ko.

deeja said...

ish...gula kurang.gawat ni,tapi yg menarik nyer...smlm saya ke tesco taiping..nak beli gula....10 kg pun bole.....hehe....mai ler taiping...byk gula.

ibundo said...

echam, bejaga-jaga bila keluar tu. jangan lupa pakai topeng.

mimiloma. ahaks.. kau sodaro ko dongan saloma tu.
Ha, eloklah tu tak makan gula bebanyak. Buek ponyakit yo.
Tentang penyakit baalifbaya tu jangan lupa amalkan pakai topeng dan selalu basuh tangan.

chekdee, eloklah tu. Macamane projek diet. Jalan tak?

acik, apasal tak bagi bagi hamper tu. sodokah lah sikit kek sini.

Tie, kita berdoa keluarga kita selamat dari wabak ini

ibundo said...

ina, cam tu lah selalu e. asal nak poso jo takdo gulo. tu tando nak naik ghogolah tu.
Okay gak kan.. rayo ni makan kerepek pisang, kerepek ubi, tempeyek, kacang goreng hahaha.. no biskut except biskut jacob.

ashley, news kita je tak laporkan tu. Aku tengok aljazira dorang dah mula bagi vaccine pada golongan risiko tinggi ni.

deeja,
ATTENTION!!!!! sapa nak beli gula deeja boleh tolong belikan. Kat tepeng banyak....

cikgu kl, kakpah pegi tadika pakai mask. Budak2 tadika pun ramai yang pakai. Tapi dorang pakai kat leher je.. haha..

kts, erkk.. ko buat donut ke.

Kapten Luffy said...

minum sama awek manis... pahit pun sodap

ibundo said...

kapten, haha.. kau memang lawak.

Nizam.Ariff said...

Kita pakat ramai-ramai boikot kilang gula tebu.

Jom ramai-ramai guna gula kabung pulak...

julietchun said...

tak lama lagi mask pun akan di sorok cam gula gak kalo H1N1 ni tak berjaya dikawal dalam waktu terdekat.Semua berebut nak untung.

kakngah said...

haritu g beli brg2 dapo, amik la gule 2kg.. diulang.. 2kg shj.. dgn kereknyer aci cashier tu ckp.. sorg 1kg sajok. ok. no prob. tp.. yg prob nyer.. bila kita tanya ada gomen letter.. xdok lak.. pastu.. notis infm customer buleh amik 1kg jek pun xder.. las2.. lngsung xbeli gula....

Hjh Noralenna Abbas said...

Pah,
Raya nanti order kuih ciput dan ketumpi cukuplah.

ibundo said...

nizam, tu la.. kalau semua pakat boikot gula, lingkup kilang tu.

Juliet, mask pun macam2 harga sekarang. kat kedai ni 1.50, kat kedai nun 1.35. ikut sedap dia nak jual berapa je. Patutnya darurat macam ni, bagilah free (kik..kik..). Baru dapat pahala.


kakngah, haha padan muko e kan.. Takyah lah pakai gulo tu.

zai said...

anak2 zai pun sekolah dah tutup seminggu..anak2 silih berganti demam, batuk, selsema tapi g klinik doktor cakap bukan H1N1 alhamdulillah..skrg kena kuarantin kat umah jer..

CuTeMiUt78 said...

ha'ah betul tu kak.. kita kat sini lagi la.. 1kg= 1 family je.. tak blh lebih.. emmmm payah kan..
betul bagai dikata.. H1N1 ni merebak cam sistem MLM tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...