Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, August 30, 2009

MENDEKA MENDEKA MENDEKA kata budak2

Gambar sekadar hiasan.


Merdeka! Merdeka ! Merdeka !
Tahun datang tahun pergi, dalam sedar tak sedar tahun ni dah nak menyambut merdeka yang ke 52. Dah lebih setengah abad. Orang yang sama-sama menyambut merdeka dengan Tunku dulu mungkin ramai yang dah tak ada.

Abah aku ada bersama menjerit di stadium merdeka semasa merdeka..merdeka..merdeka dilaungkan. Abah berkali-kali bercerita dengan aku bagaimana dia bersesak-sesak untuk menyaksikan peristiwa penuh sejarah itu. Bangga sungguh dia kerana menjadi sebahagian daripada peristiwa tersebut. Lepas itu, setiap kali negara menyambut hari merdeka, abah dan emak akan naik ke Kuala Lumpur. Tidak pernah mis.

Aku tidak berapa ingat bila kami mula tidak ke lake garden lagi untuk menyaksikan pesta kemerdekaan. Mungkin sambutan ke 20 adalah yang terakhir. Mungkin kerana masa itu letrik sudah masuk ke kampung aku dan abah telah membeli TV. Abah dan emak tengok di TV saja walaupun masa tu TV masih hitam putih.


Merdeka! Merdeka ! Merdeka !

Negara kita memang telah lama merdeka. Sudah lebih separuh abad. Harap-harap sempena bulan Ramadhan ini kita merdekakanlah pula diri kita ni daripada hasad dengki, suka potpet-potpet mengata orang, suka meninggi diri, suka menunjuk-nunjuk dan segala bla..bla perangai yang tidak elok. Peringatan ini adalah untuk diri aku sendiri dan untuk sesiapa saja yang merasa mahu diperingatkan.

Sekian.

MERDEKA !!!!!


19 comments:

kakngah said...

salam merdeka utk kakpah juga abh kakpah. eerr.. baco tajuk n3.. toguih sy songeh2.. psl ank sy pun sobut 'mendeka' hihihi!!!

NorNaza said...

Selamat Hari Merdeka!!malam ni bolehla laung merdeka2 dr sini..hehe

Tijah said...

selamat mendeka kakpah. masak apo sok?

secangkir madu merah said...

mendeka kakpah....
menu apa hari ni?
ku dah cuba masak tauhu sumbat selero kasih hari tu, memang mabeles...

** tima kasih mengingatkan aku yg selalu terleka dan terlupa diri..huhuhu..

deeja said...

Merdeka....Kita merdeka..,Sama2 kita pertahankan kemerdekaan.....Semangat nii berkobar-kobar..

Insyirah said...

Kakpah, terima kasih kerana mengingatkan. InsyaALLAH akan sentiasa ingat :)

chekdenoor said...

Memerdekakan diri dari perbuatan yang mengundang dosa ....... itu yang sepatutnyer kita dahulukan...... oleh itu...kita kena selalu berdoa...agar tuhan menyucikan hati kita.....menjadikan hati kita bersih.... tiada syak wasangka dan hasat dengki........ harap sangat ianya boleh wujud.... kita kena gak berdoa....

pB said...

sedih

walaupun merdeka , tapi kita masih lagi dibelengu dengan budaya yang dibawa oleh orang yang pernah menjajah negara kita ....

aza ni said...

salam merdeka untuk rakyat setia bumi malaysia

Nizam.Ariff said...

Merdekakah kita kalau kita dah tau ada satu lagi ancaman flu yang lebih berbahaya, seperti kata Tok Menteri yang sihat wal afiat itu?

Aku takut kak.

Kapten Luffy said...

salam merdeka kak

ASH said...

MENDEKA MENDEKA MENDEKA...
EH..esok sekolah..aiseh menn.
he he he

ibundo said...

kakngah, MONDEKA...

Nornaza, sungguh patriotik

Tijah, akak konduri bosa. pulut kuning ado. rondang ado. nasik briyani ado. keh..keh.. lawak jo tu.

smm, oo dah terai ye. mabeles kan?...

deeja, haah, kpah pun nampak semangat ko tengah berkobar2 tu.

ibundo said...

Insyirah, sama-sama ingat mengingati

chekdee, supaya doa kita untuk menjadi orang yang baik diperkenankan.

pB, tu lah pasal. Makin banyak orang jumpa baby dalam tong sampah nih...

Azani, Merdeka!!

Nizam, Amat menggerunkan. Bilalah penyakit ni nak pegi.

Kapten, Merdeka..

Ashley, cuti sampai raya bes kan?

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Selamat Hari Merdeka, Kak Pah... =)

lupekanje said...

MENDEKAAAA kak Pah..

*jiwaku masih belun brapa nak mendeka kakk...

bru balik dari kampung nih.....

uji6june said...

Merdeka dulu ..
tak sama dengan sekarang ..

entahler
itulah yang saya rasa ..

*

iina said...

Salam merdeka kak.. den raso den belum merdeka laei ler kak.. harap2 thn dopan merdekalah den dengan gemilang cemerlang terbilang.. insyallah ;)

ibundo said...

putramaliki, selamat hari merdeka

acik, mendeka!!! teringat la plak dulu-dulu maso romajo poi tengok perarakan dan bungo api kek lake garden.

ina, bilo kau dah merdeka sok jangan lupo buek konduri ajak kakpah hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...