Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, August 5, 2009

SAMBUTLAH SERUAN ITU


Aku datang menyahut panggilanMu
Aku datang menyahut panggilanMu, tidak ada sekutu bagiMu
Sesungguhnya segala puji
dan ni'mat
adalah milikMu juga segala kekuasaan
tidak ada sekutu bagiMu



Sesiapa yang telah menjadi tetamu Allah akan faham apakah erti kerinduan. Hati akan selalu rindu untuk ke Sana lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Kerinduan itu tidak ada tebingnya. Rindu itu juga yang membuat aku berazam untuk tidak jemu ke Sana selagi aku mampu.

Anda juga mesti mempunyai azam itu.

Jangan sekali-kali anda katakan anda tidak mempunyai cukup wang. Yang penting, niat. Wang akan menyusul kemudian. Cubalah, kalau tidak percaya.

Semasa aku mengerjakan haji pada 2001, seorang kawan datang menziarahiku. Dengan keluh kesahnya dia berkata;
"Saya ni entah bilalah nak pergi haji, kakpah. Duit selalu je tak cukup"

Dan aku memberitahunya;
"Eton, kau pasang niat yang kau nak pergi haji. Pergi daftar kat tabung haji. Duit tu belakang kira. Nanti insyaAllah Dia akan tunjukkan jalan".

Beberapa tahun kemudian dia datang berjumpaku lagi;
"Kakpah, saya dapat tawaran mengerjakan haji. Betullah cakap kakpah. Bila saya dah ada niat, rezki saya bertambah. Duit datang dari sumber yang saya tak sangka"


Kepada anda yang belum mendaftar haji, pergilah buat sekarang. Mendaftar sekarang belum tentu nama anda akan naik dalam masa sepuluh tahun akan datang. Tidak ada ruginya.

Begitu juga dengan umrah. Kalau ada wang lebih tu, ketepikanlah sedikit untuk niat menunaikan umrah. Kita perempuan ni boleh ketepikan seratus dua untuk beli baju, kasut, tudung, henbeg. Apalah salahnya ketepikan juga sedikit untuk ibadat ini. Kalau kumpul sikit-sikit lama-lama banyaklah dia.

InsyaAllah.... anda akan dijemput menjadi tetamuNya.

17 comments:

pB said...

betul kata kak pah nie ...

moga semua impian kita untuk kesana dimakbulkan Allah ....

mimieloma said...

Memang betul kak pah.....alhamdulillah say dan suami sudah pun mengerjakan haji pada thn 2004/2005.....thn yg ade tsunami tu.

Kami berada di Mina semasa ribut tu berlaku ......Ya allah dasyat betul ujian Allah.Tapi syukur alhamdulillah mane2 yg ikut tabung haji sume nye selamat.

Betul ckp kak pah tu yg penting niat.....bila dh ade niat yg alin tu Allah akan tlng urus kan asalkan kite usaha betul tak k.pah.

Dan rindu utk kesane lagi mmng tk penah luput walaupun dh wat umrah berkali2 tetap nk pergi lagi jika termampu......insyaallah.

Itu lah keinginan yg selalu kite dapat bile dh ke sane...lebih2 lagi bile dh nk tibe musim haji yg akan dtg ni.....

Hati ni akan mula rase sayu utk nk kesana lagi....subhanallah...allahuakbar.

Ms.Lilies said...

adeh...mmg nak sangat pegi...dengar mak abah cerita lagik rasa nak pi...

Insyirah said...

Moga ALLAH memberi kesempatan pada saya utk menjejak kaki ke SANA...Amin! :)

lupekanje said...

ndakk....ndakkkk...ndakkk gi...
bawalah daku bersamamu kpah...

CuTeMiUt78 said...

betul tu kak pah..
setuju sgt.. eemmmm insyallah sok2 ada rezeki tuk sya plak.. :D

julietchun said...

kakpah kesana nanti doakan kami moga turut jadi tetamuNYA satu hari nanti.

tasekM said...

ko nk pergi lagi ke ni kak?

:)

Hjh Noralenna Abbas said...

Dear Pah,
Apa macam? Ada bawa itu minyak cap kapak pergi kursus? Pah, cuba pergi ke rumah //manzlie-makkah.blogspot.com. Rindu akan bertambah.

iina said...

insyallah kak.. dah letak niat nak pergi umrah masa kat sini.. kalau ada rezeki saya pergilah sebelum balik mesia.. mana tau kan ;)

ibundo said...

pB, semuga impian tercapai.

mimiloma, alhamdulillah mimi diberi kemudahan dan rezki. jangan jemu untuk ke sana lagi selagi termampu.Rindu itu tak pernah padam.

lilies, niatkan nak pergi, insyaAllah nanti pergilah tu.

Syirah, InsyaAllah. Ada keinginan, pasti syirah akan dijemput.

acik, osah kau ni ngengado e cik. Jom.

ibundo said...

cutemiut, adalah rezki tu nanti.

juiet, nanti aku lambai ko.

tasik, insyaAllah nanti musim haji.

nora, dah pergi dah... aduimak hai....

ina, botul lah tu ina. ekau macm2 tompek ko poi molawat kan? Takkan yang satu ni tak leh... (Kau nampak tak tanduk akak dah berceracak ni..)

ckLah @xiiinam said...

....rinduku..
memang sentiasa ke sana....

mama kiter said...

huhuhu..memang rindu sgt2 bila kita dah pernah sampai ke sana...mama kiter dah prg umrah tahun 2007..insyallah sedang menuggu untuk pergi haji pula...

k pah sama samalah doakan semoga mama kiter dapt buat haji pula..insyallah..aminn

Ifa said...

memang impian untuk menjejakkan kaki ke sana.. Insya'Allah...

ibundo said...

cklah, dah habis kursus ke

Mamakiter, insyaAllah kakpah doakan.

Ifa, kalau ada azam insyaAllah akan sampai

Guru said...

sekali kaki dah menjejak.. rindu di dada sentiasa membara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...