Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, September 13, 2009

AKU BERJUMPA DENGAN YANG DICARI



Aku pandang keluar melalui tingkap bilik. Ada beberapa bintang yang berkelip di langit. Aku lihat awan di langit laju berarak dan tiba-tiba saja awan itu turun makin rendah, makin rendah sehingga menjejak rumput di laman rumah.

Aku tidak dapat lagi melihat jauh ke depan. Malah pandangan ke rumah jiran di hadapan rumah pun di halang oleh kepulan awan yang menebal. Aku tonyoh kedua mataku. Aku pandang. Aku tonyoh lagi. Aku pandang lagi. Ia tetap sama.

Lailatulqadar kah? Aku cepat-cepat ke bilik air mengambil wudhu'. Aku capai telekung dan terus sujud di sejadah tanda bersyukur kerana dapat melihat keajaiban itu.

Sedang aku kusyu' bersembahyang kedengaran suara.












"Dah pukul empat ni. Bangun......"

Hehe..

28 comments:

Tijah said...

kehkehkehhhh! den baru nak ucap taniah kak...

deeja said...

hihihi...terkejut deeja dbuat nyer.Mimpi di bulan ramadan......lagi

pB said...

akak ,

janganlah semalam ..
tengah cuti lagi nie


kalau mlm 27 , insyaallah dah boleh solat ...

hari ke 27 Ramadhan , dah nak bertolak balik ke KB ...

bila nak balik sini??
tak plan lagi bila nak balik ke sini...

kakngah said...

kehkehkeh!! sebbaik sore tu kejut ngam2 pkl 4. kot pkl 6??

sonata anak kancil said...

Mimpikah atau realiti?

yayayuyee said...

kak pah
adoi baru nak nangis nie
tak sempat buat ape2 la kalu
semalam..hehe..tak pa kak pah
jom kite berdoa agar dapatla berjumpe ngan lailatul qadar taun nie
psssttt tapikan rase harinie sejuk lain je..adakah??oh tidakkkkkkkkkkkkk

ibundo said...

tijah, tu la... sampai tomimpi2. Sebaik tak tobabas sahur. Soromban hujan lobek yo.

deeja, teringin sangat la nak tengok..

pB, hati2 bila bawa kereta tu. Banyak kereta di jalan raya tu

kakngah. Bukan sore, pagi....

sonata, mimpi la sonata oi..hehe

yuyee, ustad cakap tak susah nak jumpa. Masuk je ramadan, buatlah amal tak putus.. pasti terkena dengan lailatulqadar

ckLah @xiiinam said...

Selamat Hari Raya.

MAAF AHIR DAN BATIN.

Hanisham Ab Halim said...

hehehheh.. ada je kak pah... mimpi rupanya...

Unknown said...

kak pah buat tkejut orang je , jgn lah sekarang ,tggu sehari dua lagi , ummi ABC ni(Allah bagi cuti)

teringat masa umur belasan tahun dulu, ditengah malam yg sunyi ummi terdengar satu suara melagukan " ramadhoooon buuulan yang suci" tapi kenapa ummi tak bangun ya , jahil atau takut gelap,coz dikampung masa tu tiada letrik...sampai sekarang ummi tak blh lupa..

Nizam.Ariff said...

Mimpi pun tak apa kak,
Itu menandakan determination utk cari malam bertuah itu. Mana tahu, itu juga Tuhan ambil kira sebagai markah dalam memberi rezeki malam itu...

Lebih baik termimpi-mimpi daripada langsung tak mimpi apa-apa kak..

Saya doakan supaya akak berjaya, tak lupa untuk kita semua dan aku...

Anonymous said...

lerr mimpi rupanya ...

lupekanje said...

dapat gak mimpi..acik ni..mimpi pun takde..huhu..

iina said...

hehehehe kak.. mulo2 mimpi.. mana tau realiti lak lopeh nie ;)

aza ni said...

isyaAllah dapat kakpah Lailatul Qadar...teruskan ibadat..walau tak dapat kejadian pelik Lailatul Qadar, tapi yang beramal sewaktu dengannya dapat manfaat, ustaz pesan pada saya.

Guru said...

assalammualaikum

mm, kak pah ni...
kita beria membaca
nak tumpang dengar citer

tapi takpalah

kita cuba lagi dan lagi

Insyirah said...

Kakpah memang buat suspen.

Apapun, moga kita sama-sama terus beribadah secara maksimum sehingga akhir Ramadhan, insyaALLAH.. :)

umi_e said...

manalah tau...sungguh lak...

* masa remaja(zaman jahiliah hehehehe)pernah waktu 1/3 malam terjaga dari tidur ( di penghujung Ramadhan) bila pandang kat atas (atap)nampak langit yang luas dan jernih... mata terkebil2 dan pandang lagi - dalam hati berkata --- ehhh kenapa lak atap rumah ni tercabut... jadi takut, tutup muka dengan bantal paksa mata tidur sebab kalau dah time sahur Wan (Nenek) akan kejutkan...

Bila dah faham tentang malam istimewa itu, dan dengar ceramah agama tentangnya, ada juga yg kata, kadang2 ia diberikan pada orang yang 'tidak tahu menilainya' :(

* semoga akan ada rezeki kita untuk bertemu dengan malam itu... Insyaallah...

zai said...

Salam Kak Pah..

hehehe..kelakar giler cite kak pah nie..suka zai orang cam kak pah ni..dunia akan sentiasa tersenyum walaupun sambil menangis..

hans said...

hahahah
kelakar la entry nih

KTS said...

jelesnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

.
.
.
.

sbb kak pah dpt tido dan bermimpi... tak dpt yg real, mimpi pun ok gak kaaaaannn

hihihi

ibundo said...

cklah. selamat hari raya dan semuga kita semua juga selamat dunia khirat...

echam, dapat tengok dlam mimpi pun jadik le

ummi, dulu kecik banyak benda yang kita tak paham. maklumlah.. kecik lagi bak kata orang..

nizam, dengar dr radio ikim. ustad tu ckp kalau puasa mula ahad, besar kemugkinan lailatulqdr jatuh pada 23 hari puasa. Tu yang termimpi2 tu.

ibundo said...

relaxjom, haah..

acik, tak dapek den nak nolong do

iina, mano tau kan? ado lagi ni boborapo hari lagi sobolum rayo

azani, betullah tu. kalau tak berenti2 dari awal hingga akhir mesti terjumpa.

cikgu, hehe.. saspen ke.

ibundo said...

Syirah, yes!!! teruskan. Tinggal tak berapa hari je lagi.

umi, tak semua orang diberi kelebihan untuk melihatnya. Beruntung umi tapi rugi tak diberi manafaat ke atasnya hehe..

Zai, kakpah ni kalau serius, serius jugak hehe..

hans, selamat datang ke blog kpah.

kts, dapat mimpi best tu yang taknak bangun tu.

secangkir madu merah said...

kakpah......mimpike?
masyaAllah...seronoknya..walaupun bukan realiti..mimpi pon jadik..
sipi sipi tu...sikit jer lagi..

secangkir madu merah said...

kakpah......mimpike?
masyaAllah...seronoknya..walaupun bukan realiti..mimpi pon jadik..
sipi sipi tu...sikit jer lagi..

yayayuyee said...

kak pah yang awek muda,
nak wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
esok dan hari seterusnyer kite memang tak dapat berblog ler..balik umah la katakan..hehe

ibundo said...

smm, ye la.. mimpi pun jadik le.

Yuyee, ko dah nak balik kampung ke!! Cepatnya...
Selamat hari raya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...