Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, September 12, 2009

TERBUKA

Tiap-tiap tahun kalau raya, mesti berlaku perbualan seperti ini:

Aku: Raya kali ni malaslah nak buat open house. Penat.

Suami: Suka hatilah.

Anak-anak: Mak tak buat open house ker

Aku: Tak. Penat.

Cikgu-cikgu : Bila nak buat open house.

Aku : Hari-hari open house. Korang datang je lah.

Cikgu-cikgu : Takkan tak ada spesel

Aku : Hehe..

Adik beradik ipar duai : Tak de open house ke

Aku : Korang datang je lah. Nanti aku masaklah spesel punya.






Anak-anak : Mak, kawan nak datang dalam 7, 8 orang. Masak2 sikit mak.

Aku : Okay la. Mak buat lebih sikit. Mak nak panggil cikgu2 mak dan cikgu pasti.

Suami : Buat lebih. Nak ajak kawan-kawan abang jugak.

Anak-anak yang lain : Nak ajak kawan jugak



Akhirnya aku masak kuah lodeh satu periuk. Nasi empet berbungkus-bungkus. Rendang ayam empat lima ekor. Mee kari atau laksa penang atau laksa nyonya. Dari pagi sampai ke malam aku bersilat kat dapur dan malamnya pasti aku akan terlempeng.


Tahun ini aku akan cakap yang aku tak nak buat open house jugak. Seronok masak ni sebenarnya. Tambah-tambah pula kalau yang datang kata masakan kita sedap. Tapi tahun ni aku memang bizi. Bizi yang teramat sangat. Membayangkan kebizian itu sahaja dah cukup membuat aku rasa penat.

Lepas raya:
1. Mesyuarat konvo dengan cikgu dan buat makan-makan sikit 3 Oktober
2. Anak-anak tadika nak exam pada 5 Oktober. Soalan exam aku ambil dari tahun lepas je. Ooopss dah bocor pulak soalan.
3. Hadiah untuk konvo belum beli lagi. Nak kena pergi beli.
4. Nak kena edar kad kenduri kawin kakngah
5. Nak beli barang-barang hantaran kakngah.
6. Buat persedian untuk kenduri
7. Buat persedian pergi haji. Yang ini banyak kerja nak buat. Benda-benda yang nak di bawa tak banyak tetapi menyiapkan benda-benda semasa ketiadaan kami nanti. Pitam.
8. Konvo 25 Oktober
9. Kenduri kakngah 31 Oktober.
10. Kenduri di sebelah lelaki 7 November.
11. Pergi haji 14 November.

Makkkk..... ruang mana aku nak bernapas ni.




Jadi, confirm... tahun ni tak ada open house. Tapi kalau ada yang sudi nak ke rumah untuk berhari raya, datanglah. Biskut raya ada. Kalau habis, aku boleh buat cekodok. Kalu tak pun pisang goreng. Kalau cakap awal, bolehlah aku gorengkan mihun ke, mee ke. Wokeh?

24 comments:

Tirana said...

Penat telinga dengar semua orang tanya pasal open house...hehehe

ASH said...

last last masak lodeh satu periuk juga!!

....ish ish ish..

Guru said...

assalammualaikum

wah bizi betul betul betul kak pah ya....

cukup ke dua tangan tu?

kakngah said...

kdg2kn.. ada org.. [area rmh sy yer.. bkn rmh kpah] kalau tak open house.. xmo dtg.. ada ka patut??
nama pun raya.. xyah tunggu open house.. serbu jek la... apa ada hal..

korang.. kot nk serbu rmh kpah.. kite konvoi tau!!!

ckLah @xiiinam said...

Rumah saya sentiasa terbuka untuk kakPah....


Err...kalau tak jumpa rumah, beraya di blog ckLah pun jadik...

Unknown said...

seronoknya tengok bebizian kak pah , selamat menyambut menantu .
selamat menunaikan haji .. selamat pergi ketanah suci dan pulang kesini , semoga mendapat haji yg mabrur . ameen .

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
lupekanje said...

acik yakin nnt ado gak open hse kat umah kak pah nih..hehehe...

sonata anak kancil said...

salam, woow sibuk kakpah...tak pe-tak pe....banyak kaki & tangan yang bantu ,mana boleh bantu....kalau dok sebelah rumah, boleh sonata bantu kakpah...

Insyirah said...

Hoho.. 14 Nov gi Haji? Aiseh...saya dah plan nak jemput kakpah nanti on 21 Nov. Tak de rezeki la gamaknya.

Ms.Lilies said...

humang aiii kak...
ni betul2 bz ni...
tapi takpe, akak masak sedap kan...
nnt saya serbu sana yek :D

Tijah said...

akak nak sey datang tolong tak? sey kan biaso jadi penanggah. hikhik

Hanisham Ab Halim said...

Kak Pah,
Wokeyyyy....

Nizam.Ariff said...

BUat style blog gak le kakpah,

Link kan ke kedai mamak terdekat. BIla dia bagi salam je, terus ter'link' ke kedai mamak. Baru bukak pintu pagar je terus ter'link' ke kedai kpi cik yunus ke...

Kanke senang?

iina said...

den buek insyallah raya pertamo lopeh solat rayo.. jmputlah dtg umah kak ;)

umah kak pah den poei thn dopenlah.. tak pun thn dopen laei leh?? hehehe ;)

nuranuraniku.blogspot.com said...

salam sobat
ada AWARD sederhana untuk mba,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,sahabat lama di ALJUBAIL.S.A,trims.

aza ni said...

buat open house....kita leh datang tak?

umi_e said...

tengok senarai apa kakpah nak buat tu pun saya dah penat hehehehe

* semoga semua yang dirancang akan terlaksana dengan baik :)

** raya ni nak pergi rumah kakpah - sure rumah kakpah 'terbuka'kan hehehehehe

DaliaLiyana said...

salam kak...
wat open hse..jgn lupa ek jemput dalia..kalau close hsepun jemput ek...ahaks!

ibundo said...

Tirana, haha ada orang tak mo dtang kalau tak de open house.

asley, korang punya pasal la tu kehkeh..

cikgu, tak cukup tangan guna kaki. Kakitangan.. hehe

kakngah. kau jangan tak datang. Kau dah janji nak bawak kue duo tigo balang kan..

cklah, kpah berayo kat blog cklah je la.

ummi, ameen. datang la ke rumah..

ibundo said...

acik, kau jangan cik. takdo mano e do.

sonata, insyaAllah ada yang mbantu.

insyirah, oo.. ye ke. Tak dapatlah nak makan nasi minyak syirah. nanti ke rumah kakpah je la ye..

lilies, raya datanglah.. nanti kenduri semua kpah jemput bila dah tiba masa.

tijah, Iyo la tu...

echam, err.. apa yang okay.

nizam, baru aku ingat nak pegi raya umah ko. Tak jadik la..

ina, kok dokek den poi. Kok panjang umo akak ni, ko datanglah rayo yang akan-akan datang tu..

ibundo said...

nura, ya.. nanti saya sampai. thanks.

Azani, akak tahun ni tak buat. Datang je la. Akak buat cekodok kehkeh..

umie.. kakpah raya kat bangi je. Raya kedua balik melaka tapi balik hari. Hari2 seterusnya ada di rumah. Datanglah.

Dalia. kau terjah je lah.. kpah ada.

Hjh Noralenna Abbas said...

OOOH, bila saya baca Pah punya rancangan selepas raya .....sesak nafas....saya. Semoga apa yang dirancang akan tercapai dengan cemerlang. Selamat membuat persiapan.

Anonymous said...

Oooo murah rezeki puan tahun ini dapat pergi menunaikan haji.

Banyak nak kena siapkan tu, bahaya H1N1 pun kena fikirkan juga.

Ala tahun ni mesti ada open house punya. Mak saya pun selalu cakap taknak masak apa2 masa raya ...last2 bila akak balik, mcm2 masak ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...