Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, September 6, 2009

Buat ke Beli.



Anak dah tanya bila nak buat biskut raya. Bibik pun dah tanya bila nak buat biskut raya. Aku jawab, entah. Aku cam malas je. Kalau ikut hati aku pergi je tunjuk-tunjuk kat warta tu. Dapat empat lima jenis dah okay.

Imah cakap minggu depan dia dah cuti. UIA bagi cuti dua minggu. Nanti cuti bolehlah buat. Aku kata kalau nak buat ajak adik beradik buat. Aku adun, lepas tu tinggal. Tapi boleh percaya ke kat anak-anak aku ni sebab dah banyak kali terkena. Awal-awal dah promis nak buat tapi akhirnya aku juga dengan sibibik yang duduk menghadap biskut tu dari awal sampai akhir.

Macam malas je.

Tengok mood dululah. Raya pun lama lagi. Lama lagi ke!!!

20 comments:

iina said...

hehehe kak.. mmg senang beli jek.. klu buat mmglah best tapi yg abiskan tuh yg seksa sat.. time mkn kejap jek abisnya ;)

Yunus Badawi said...

Kakpah apa susah - buat sikit, beli sikit. Kalau ramai yg nak dtg rumah: buat banyak, beli banyak.

Ingat nak balik kampung kejap lagi cari kuih raya. Kerepek2 kat sana murah. hehehe

Webmaster@Echam said...

Kak Pah,
Raye dah tak lame ni. Jalan masjid India dah penuh org. Semua dok sebuk beli baju anak2. Saya je belum pergi lagi sbb mmg takde mood lah.... hehheheh

Ezza Aziz said...

sama lah kak dengan kat sini..ni pun tgh pikir nak beli ke buat ..mujur akak ada bibik..saya ni..sebatang kara..uwaaaaa

deeja said...

bahaya to kak pah..kalau tengok mood...Raye pun dah tak lama lagi...deeja pun belum rancang nak buat kuih aper??...byk sesangat menu nyer.

xiiinam said...

kakPah,
ckLah tak pernah buat kuih raya...
Beli pun idak...
ipar-ipar perempuan ckLah yang 8 orang tu tak bagi...


Sebabnya...
ckLah dah pergi pasar,beli daging, mask rendang ketupat bagai....
Depa balik malam raya dah siap..
Jadi, depa kata, biarlah depa yang bawa kuyih raya...8 orang kali 5 balang...hi...hi....

Inilah nasib orang jadi 'tuan rumah'...paling dekat dengan mak ayah...nak-nak penghujung Ramadhan ni.....banyak 'kesempatan' yang rasa sayang untuk dilepaskan semata-mata nak memilin biskut raya pelbagai bentuk...

Ms.Lilies said...

buat and belila kak hihihi...
tapi nak lg senang badan x penat tunjuk2 pehtu bayar :D

sonata anak kancil said...

sama lah saya...yang dah order dah ada ...fikir2 nak buat jugak...tapi ntahlah...tengok mood gak...time rajin, bukan susah benor nak buat kan...

relaxjom said...

Jadi orang laki senang... Tak payah fikir pasal kuih raya.

Biar orang perempuan uruskan. Kikiki

kakpah said...

iina, haha,, memang senang tunjuk2 je. Tadi akak gi warta dengan atuk. Tunjuk2 dah dapat lima jenis. Tapi beli kat kedai ni satu bekas tu sekali hadap je dah habis.

YB, ko nak datang raya umah aku ke. kalo nak datang aku buat lebeh2.. hehe.
Ko beli krepek kat kampung tu dapat diskaun ek.

echam, kakpah dah takooot nak tempuh kl tu. lemas dengan orang yang terlalu ramai..

kakpah said...

ezza, budak2 ni cenekel. janji nak buat sama2 lepas tu sorang sorang blah..
senang-senang rembat je yang kat kedai tu. tadi dah dapat dah 5 bekas tapi macam yang kakpah cakap tu lah. Satu bekas buka sekali hadap dah habis... uwaaa..

deeja, tula pasal. mood kakpah ni asek lariiii je. tak terkejo.

cklah, fuyoooo 8 kali 5 balang. Banyaknya tu cklah. Sampai raya haji pun tak habis..
Tapi buat rendang ketupat tu pun dah penat tu. Bepeluh ketiak keh..keh..
Yela.. kalau sapa sapa nak buat biskut raya tu, buatlah siang hari lepas subuh ke. Sayang kalau terlepas tarawikh semata-mata nak buat kue.

lilies, ingat nak buat almond london je la. yang lain beli.

sonata, buat tu senang. adun, lepas tu gentel. sedap tak sedap belakang kira. tapi kalau tunjuk lagi senang...cuma poket je yang asek berasap.

relaxjom, haah.. pandailah ko kan? ko main bedal je lah. kehkeh..

lupekanje said...

buat ler elok dari beli..
*cakap je...acik pun bnyk nunjuk gak..
tapi tawon ni tunjuk pun idak...beli pun idakk..boleh kan???

dan anak2??? memang centu la anak acik funnnnnn...ckp je...yg buat kiter gakkkk.....tpi 3-4 thn lepas, dpt la mrasa si shahmah buat biskut mazolla...(bil letrik naik mendadak bulan tuh.....wakakakka...)

yuyee cap limau said...

kak pah biskut tunjuk jela
banyak jugak kat warta tu..ekeke

AZANI said...

kita tempah je...

Nizam.Ariff said...

Aku beli dah dekat-dekat raya nanti di PKNS... jual murah... sales!

Monkey D Luffy said...

penat jer buat sendiri kan

hehe

kak wos said...

saya tak penah terpikir nak buat beskut raya..
hahaha!!

ummi humaira said...

si anak dara ummi ajak buat kuih , tp ada kwn, jiran dtg bw sample kuih , mau tak mau ,malu alah tempah gak ler .

kakpah said...

acik, acik kono buek kue barang duo tigo jonis sobab kakpah nak borayo mah acik.

yuyee, kakpah rasa2 pun nak tunjuk gak.

azani, tempahkan untuk akak sekali tapi ko bayar

nizam, boleh pecaya ke. jangan2 empat lima jenis ko beli tapi rasa dia sama je hehe

kapten, betul cakap ko. err.. buatkan untuk akak boleh?

wos, mak oi hai.. sekali pun tak?

ummi, haha.. kalau ngan kawan ni tu lah masalahnya. nak tolak tak sampai hati.

Ungku Nor said...

dah dekat nak raye dah kaakk..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...