Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, September 10, 2009

HARI RAYA HAMPIR TIBA



Sebaik sahaja masuk bulan Ramadhan, kad-kad raya pun mula dijual. Ada yang menjualnya di kedai yang telah sedia ada ada juga yang membuka kedai segera. Bermacam-macam jenis kad dijual. Ada yang besar. Ada yang kecil. Ada yang berunsur lawak. Ada yang biasa-biasa.

Aku dulu pada zaman remaja memang tidak ketinggalan membeli kad raya dan menghantarnya kepada kawan-kawan. Kami juga berlumba-lumba mengira jumlah kad yang diterima. Banyak jumlahnya, besarlah kepopularitian seseorang. Setelah berkahwin, kegilaan menghantar kad raya berkurangan dan lama-lama tak hantar-hantar langsung.

Kemudian kad raya diganti dengan kiriman sms sahaja. Sehari dua nak raya, berpuluh-puluh sms raya diterima sehinggakan penat tangan menekan punat henfon membalasnya. Siapa yang ada kemudahan internet, ucapan raya dihantar melalui internet sahaja.

Sudah hilang fungsikah kad raya? Yang nyata jualan kad raya tidak semeriah dulu.

Kepada sahabat-sahabat yang sering singgah di sini ataupun yang sekali sekala ataupun baru singgah sekali ini, aku ucapan selamat hari raya yang akan menjelma tidak berapa hari saja lagi. Maafkan sekiranya ada tulisan yang mengguris hati dan perasaan. Aku hanya seorang manusia yang tidak sempurna. SILALAH AMBIL KAD DI ATAS.


Berikut adalah kad raya yang aku terima daripada kawan-kawan yang hanya aku kenal di alam maya. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku.

Dari Maz yang tinggal di Bahrain.

Cuba nak ambil kad dari rumah deeja dan mimieloma tapi tak boleh pula. Macamana ye? Anyway, terima kasihlah di atas ingatan.



21 comments:

lupekanje said...

da boley uccap samat rayer ke kakpah?..

iina said...

kak pah den nak kad raya original leh hehehe ;)

Insyirah said...

Wahh...tq..tq. Tapi macam awal lagi nak wish raya. Hehehe.

psstt:kakpah, saya dah ada no kakpah.. =D

Guru said...

assalammualaikum

nak gantung kad raya maya ni kat mana, kak pah?

Ms.Lilies said...

kad raya skrg tak glamer dah cam dulu2..

saya nak wish awal2...selamat hari raya kak :D

fazemy said...

Saya ambik kemain byk kad raya company. last2 dh tggl seminggu raya ni 1 pun tak bertulis. tak tahu nk bg sape. skrg smua blh bg kat alam maya..sms pun blh. senang dh mudah. tak menyusahkan posmen jgk. tp nilai syahdu dia takdela mcm bila kita dpt kad raya. teruja. slmt hari raya kak pah. marilah mencari malam lailatulkadar di 10 malam terakhir.

umi_e said...

salam kakpah... kad raya memberi kenangan :)

* raya nanti saya nak gi umah kakpah tau ;)

secangkir madu merah said...

dah nak dekat raya dah ropanya..ish ish..tak terasa ramadhan berlalu begitu cepat dan tak lama lagi akan meninggalkan kita lagi...huhuhu..lagi dua tiga hari kad raya ku sampai kakpah..

kakngah said...

stlh sekian lama.. thn ni sy dpt kad raya melalui posmen.... siapa la pengirimnya tu yer???

julietchun said...

kalo dulu2 kena cari ranting pokok utk gantung kad raya, takpun kena ikat tali gantung kat dinding.

skang ni sms sajalah.

ibundo said...

acik, hantam sajalah labuuu..

ina, ke bangi tak ado jua kad rayo keh..keh..

insyirah, mana budak ashley ni ha? memandai je bagi nombo telpon aku kat si syirah ni hehe...

cikgu, haha.. cari2 la ranting kat dalam blog tu..

lilies, masa muda2 dulu, masuk je seminggu raya dah pos kad raya. Kalau ucap selamat raya sekarang, kira okay la ye tak..hehe..

ibundo said...

fazemy, kpah rajin jugak macam tu. Beli kad raya tapi sampai dah raya tak berpos. Hee, simpan je lah kad tu untuk tahun depan.

umi, datang la. umi tau ke rumah kpah kat mana. Deret aulad center tu rumah no 5.

smm, masa memang cepat berlalu. macamana bisnes kue.

kakngah, sapo la agak e tu yo..

juliet, sekarang takde benda nak digantung..

chekdenoor said...

Salam,

Chekdee adalah dapat kad raya .....dari ahwah...kontraktor bangunan yang buat ubahsuai TC, Jim.....doktor gigi hubby, dan branda.....jurujual kereta honda ....... ukhus.....mana teman-teman.......hmmm...sure antar sms jer dimalam raya......

ckLah @xiiinam said...

Selamat Hari Raya kakPah...



in advance!

tasekM said...

ni moden sgt dh ni kak... sampai nk kena amik sindrik. hehehe...



.

mama_sal said...

k pah, klu nk amik kad raya dr rumah orang kena clik mouse blah kanan, save pic tu dulu then upload la semula ke rumah k pah..try la kot2 menjadi wokeyy!

Nizam.Ariff said...

Kak. kalau dulu pokok senduduk kampung menjadi mangsa untuk menggantung kad-kad raya...

Sekarang ni, tak tau nak gantung kat mana dah.. .print sendiri-sendiri kut dan bingkaikan.. hahaha

Nizam.Ariff said...
This comment has been removed by the author.
ibundo said...

chekdee, tahun ni kpah dapat kad raya dua je. Satu dr seng heng dan satu lagi daru Nong. Nong... thanks for the card.

cklah, sama-sama lah cklah. Singgah rmah kpah tau.

tasek, hehe..

mamasal, dah cuba right click tp tak dapat. mybe somthing wrong dengan mouse kpah ni.

nizam, haha..nampaknya macam tu lah.

ASH said...

he he he..
Alaa..kakpah, bukannya bagi kat PAK WER!!
rengan je tangan aku menaip no kakpah!!
sempena raya, kena ampun maap dipinta..

kad raya tu terima kasih..
tapi tak leh nak gantung laaa...

pokok senduduk tak jumpa kat BANGI ni..

Nizam,
betui..
dulu pakat cat pokok tu ngan warna putih/silver!!
ha ha ha..
meriah.

sonata anak kancil said...

kakpah, sonata mai ambik kad kakpah ni...selamat hari raya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...