Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, September 16, 2009

Hari Raya Sudah Mari


Duit Raya. Tradisi ke atau kemestian. Masa kecil dulu abah tak ada bagi aku duit raya tapi kalau ada kanak-kanak datang beraya di rumah, abah akan beri sepuluh sen atau dua puluh sen.

Kami sembahyang raya di surau yang berdekatan dengan rumah. Selesai sembahyang raya pakcik kasim akan round keliling surau dan memberi duit dua puluh sen kepada kanak-kanak. Bila aku sudah di tingkatan tiga aku tidak dapat duit lagi. Tahulah aku bahawa aku sudah tidak layak menerima duit raya.

Masa berjalan tahun demi tahun dan aku lihat duit raya sudah menjadi semacam satu kemestian. Dari dua puluh sen, naik lima puluh sen, naik seringgit, naik lima ringgit, naik sepuluh ringgit. Tak kurang juga anak-anak yang mendapat lima puluh ringgit, seratus ringgit atau beratus-ratus ringgit daripada ibu bapa mereka. Dan duit raya sudah ada sampul.

Anak-anak sudah mempunyai ekspektasi bahawa pada hari raya mereka akan mendapat duit raya. Masa anak-anak aku kecil dulu, mereka adik beradik meround keliling kawasan rumah aku ni berjalan raya. Bila balik ke rumah mereka berkumpul adik beradik mengira berapa banyak duit raya yang mereka dapat.

Kadang-kadang berlaku juga situasi yang agak memalukan. Bila kami berjalan raya di rumah kenalan atau saudara mara, dan mereka tidak menyediakan duit raya, ada antara anak kami yang mulut laser tak segan silu bertanya, 'tak de duit raya ke'. Tersipu-sipu tuan rumah dan ada juga yang buat-buat terlupa tapi muka kami merah padam menahan malu.

Perlukah duit raya ni?


p/s Tuk, bagi uwan duit rayo lobeh sikit taun ni.

11 comments:

kakngah said...

dedolu...
limo pusen.. dah cukup hebat kn??
kemain banggo laei kok dapek limo pusen sekoping tu.
buleh jd bahan gaduh mo adk badik dek kerek eh dapek limo pusen sekoping tu..

Hjh Noralenna Abbas said...

Setahun sekali memberi derma sempena hari raya apa salahnya, Ikut kemampuan masing-masing.

lupekanje said...

acik tingat ada bebudak yg dtg tu siap selak kain tunjuk poket....
sib mak ayah tk do..klu tk..misti malu gak..
mintak2 anak2 acik maso kekecik dulu, idak buat mender yg memberi kemaluan pd acikk....yela...kita tk hikut diorg gi rayer kannns...heheheh...

Mak Su said...

mari mulakan duit "ramadhan"... yezza

Tijah said...

kak...bank in jer kak. nak no akaun tak? hikhik

julietchun said...

kalo belum kawin buleh dapat duit raya lagi tak? Bulehlh kak,bulehlah.

Hanisham Ab Halim said...

Ala kak pah.. kita bagi je ikut kemampuan kita. Macam saya pulak saya bagi kat yang masih bergelar budak je. Yang dah bergelar bukan budak jgn harap. Kalau ada yg laser2 tu saya akan bagi yang lagi laser dari tu. Selamba...

Errrkkk.. ayat last sekali tu org rumah saya pun cakap benda yang sama kat saya...

secangkir madu merah said...

nak gi raya rumah kakpah..dapat duit raya tak?

salam lebaran maaf zahir batin seandainya ada bahasa2 yg terlampau

aku manusia biasa yg tidak sempurna..

Kapten Luffy said...

susah nak bawa anak beraya mcm ni

ibundo said...

kakngah, sekarang ni budak2 dah tak pandang dah 50sen. Busuk2 pun singgit.

kakNora, betullah tu. Yang seronok beraya ni budak2. bagi duit raya ni menambahkan lagi keseronokan mereka.

acik, kpah memamg dah siapkan dah duit raya utk bdk2 yang datang. Kebanyakan yang datang beraya ni kpah tak kenal anak sapa pun. Dia main bagi salam je. Kita raikan je mereka ni.

maksu, duit ramadhan kita kena mintak kat orang sebelah kita. Yezza...

Tijah, bagi nombor akaun.

Juliet, kau jangan ngengada.

ibundo said...

echam, Yang patut terima pun bebudak je la. Yang tua-tua tu kalau mintak duit raya gak, sekel je haha..

Smm, selamat hariraya lah madu merah. Duit raya tak de. Kuih raya adalah.... Datanglah.

Kapten, anak2 akak dah besar. Dah tak susah lagi macam dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...