Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, September 8, 2009

Saja je nak cerita

Salam.

Semalam cuti Nuzul Quran. Pagi-pagi lagi lepas subuh dah drift balik kampung. Bila sebut nak balik kampung , abah cepat-cepat cakap nak ikut.

Sampai kampung, pergi jenguk mak dulu. Abah duduk bertinggung tepi batu sambil usap-usap batu-batu kecil yang ditabur atas rumah mak. Aku cabut rumput-rumput kering yang meliar sedikit di tepi kaki rumah. Ada orang baru membersihkan kawasan perkuburan. Nampak kemas dan senang saudara mara datang menziarahi semasa hari raya nanti.

Suasana sayu. Hari raya ini adalah hari raya yang ketiga aku sambut tanpa mak. Aku doakan emak tenang di sana.


Sampai di rumah, Aman yang menjaga rumah kampungku sedang memesen rumput. Aku perhatikan sekeliling rumah agak kemas juga. Tidak macam rumah tinggal. Tapi tanah lapang di belakang rumah, lalangnya sudah setinggi pinggang. Aku dengar abah berleter dengan Aman.
"bla..bla.. ekau bueklah sikit sikit...bla..bla.. lamo-lamo abih lah de... bla..bla..bukan e susah bona...bla..bla.." Aku pun masuk ke dalam rumah dan aku pandang keadaan dalam rumah dengan sebelah mata sahaja. Kalau pandang dengan dua belah mata, pasti aku kena ambil penyapu dan mop bagai. Sedangkan plan di kampung cuma sekejap sahaja.

Setelah menguruskan benda-benda yang nak diuruskan, kami balik semula ke Bangi. Belakang unser penuh dengan daun kelapa, buah kelapa, limau abung, gula anau, pisang dan tak lupa juga piring mak yang aku sempat rembat dari dalam almari.


Pukul dua lebih dah sampai semula di bangi dan ketika pintu kereta dibuka, aku macam terhidu satu aroma yang enak. Lagi dekat aku ke pintu dapur, lagi kuat baunya.

"Masak apa ni. Sedap bau!!! "

"Bikin biskut lah buk"

"Pandai kau buat biskut" Sambil aku jenguk-jenguk biskut yang sudah dimasukkan ke dalam balang.

"Sikit-sikit boleh lah...."

Apasal lah kau tak cakap dari awal yang kau pandai buat biskut raya Ros... Kalau aku tahu tak payahlah aku tunjuk-tunjuk kat warta tu.
Wah.. ni sudah bagus ni.

Inilah biskut yang Ros buat. Okaylah ye tak. Rasapun boleh tahan juga.


Daun kelapa? Petang semalam aku dan atuk anyam ketupat. Memang kami suka makan ketupat. Tak payah tunggu raya. Dan pagi-pagi tadi selepas sahur, aku isikan beras. Petang ini kami berbuka dengan ketupat la...



Ketupat yang sudah siap dimasak. Kuah kacang, dah. Tinggal nak buat kari danging dan sambal je. Rendang ayam semalam ada sikit lagi.

27 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

cepat nya raya....kelender bangi dan klang lain ya!

nampak nya kakpah kena bagi extra duit raya kat bibik tu...

ASH said...

Ros...sila ambil tempahan!!
ha ha ha.

cepat no, nganyam ketupatnya wehhhh..

NorNaza said...

wah..wah..dah makan ketupat dulu nampaknyer!! sodap nyer...

julietchun said...

tuah ayam nampak di kaki tuah kakpah nampak di bibik,kekekekke.

cantik kuih ros buat,saya pun tak pandai.

Insyirah said...

Amboi...dah raya dulu dgn ketupat.

Bagusnya bibik kakpah, lepas ni kakpah bleh tunjuk-tunjuk kat bibik ros jelah ya...tak payah nak tunjuk-tunjuk kat warta lagi. Hehehe.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Bertuah badan dapat bibik yg. bagus. Tak ramai yang bernasib baik....tentu ada yang special tentang Kak Pah. :-)
Kirim salam sama bibik Ros.

lupekanje said...

uwaahhh kakkk...nk ketufattt....

aNIe said...

Kak pah...anie dah 14 tahun menyambut raya tanpa arwah mak...tapi tiap kali raya menjelang rasa sayu...rindu itu pasti menjelma...teringat segala rendang dan masakannya...rendah kerang kegemaran anie tak pernah tinggal setiap tahun...huhuhu...sedih...

umi_e said...

bestnya ketupat daun kelapa!

Mak Su said...

waduh...hhmmmm, sedapnya bau biskut yg baru kuar dari oven :)

iina said...

kak buek bebyk sikit leh kak.. pos kek den.. cian den xdo kuih raya tau kak hehehe.. den thn nie buek nasi impit yolah kak.. daun kelapo xdo de..

Nizam.Ariff said...

Orang tua-tua kata, kalau anyam ketupat awal-awal sangat, anak bulan lambat keluar, lambat raya...

Raya hari isnin le ni gamaknya....?

Guru said...

assalammualaikum

best nya pandai masak dan suka masak macam kak pah ni ya...

saya, bab ni...memang kurang sangat2..

chekdenoor said...

Salam,

wah...sayu juga ya bila balek kampung...mak tak ada .....hmmm... sure banyak nostalgia dirumah kampung tu.

Untung kak pah dapat bibik yang rajin......sekarang ini bukan mudah untuk dapat yang baik..... alhamdulillah.....boleh gak bantu buat kueh raya........ sure sedap rasanya....hmm...dah terfikir-fikir gak....nak makan kueh raya.

Ungku Nor said...

mak aih akak nih..bukak poso macam hari mantai la pulak haa..hehehe

Hanisham Ab Halim said...

Sedapnye kak pah..... Lama dah tak makan ketupat daun kelapa ni...

secangkir madu merah said...

kakpah, nak ketupat sikit..rondang ado ko? perghhh.. dah teingat nak raya lak ni..

secangkir madu merah said...

kakpah, nak ketupat sikit..rondang ado ko? perghhh.. dah teingat nak raya lak ni..

~farra_~ said...

sesape nak ketupat daun kelapa buleh tempah kek anak2 kakpah yo. memasing pandai nganyam ketupek! rondang eh...omak eh la buek an.

Kapten Luffy said...

mintak mak

kuih sepotong

ckLah @xiiinam said...

Oooo...patutlah piring omak banyak yang hilang....kojo ekau yo Pah..




Hi...hi...hi....

ibundo said...

ezza, makan ketupat sodap. Orang makan sonyap yo tak tengok keliling lagi dah..
err.. kelender bangi kata, semalam berbuka dengan ketupat keh..keh.

ashley, tempahan dah ditutup.

nornaza, ketupat.. pergh.. sodap

juliet, aku nak lepas tangan dah skang nih hehe..

ibundo said...

syirah, kami ni buat ketupat sepanjang tahun. Asal teragak je, buat. Satu famili suka makan ketupat yang dianyam dengan daun kelapa ni.

yan, alhamdulillah dapat bibik yang okay2. Nanti kpah sampaikan salam tu

acik, datang rayo umah kpah yo. Ajak member. kpah rayo kek bangi jo.

anie, kasih pada emak memang tak pernah padam. Beruntung mereka yang masih mempunyai emak dan alangkah ruginya kalau tidak menghiraukan mak lagi semasa hayatnya masih ada.

umi, memang best..

ibundo said...

maksu, memang sodap maksu oi..

ina, kau buek kotupek bungkuih dalam plastik jo lah.

Nizam, haha.. ko rayalah hari senin. kitorang raya ahad.

cikgu, salam. bila tengok orang makan sedap tu yang buat suka nak masak.

chekdee, setiap kali masuk rumah, terbayangkan mak. pergi dapur terbayang mak tengah masak. masuk living room terbayangkan mak duduk atas kerusi roda berbelas tahun. Sayu.

ungku, osah botul. Bopoluh kotiak..

echam, sedap cham oi. Ko pandai nganyam ketupat tak..

smm, meh lah sini.

farah, promosi plak ko

kapten, kue takdo nak potong.

cklah, haha.. daripada lipas yang pakai, biar le kpah bawak balik. Omak tak marah de kan? hehe..

Hjh Noralenna Abbas said...

Pah,
Kami pun berbuka dengan ketupat semalam. Tak sempat tunggu raya. Tapi beli aje kat pasar ramadhan.

kakngah said...

rugi kakpah derma duit kat warta.. hihihi!!
bnyk boto skil c ros ni..

Anonymous said...

abess terkeluar bahasa orang nogori ..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...