Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, September 22, 2009

SEHARI DI MELAKA

Salam raya.

Ini cerita sehari sebelum raya.

Kami semua sibuk di dapur merebus ketupat dan membuat rendang. Aku mengarahkan ros memblender semua bahan. Serai, blender. Halia, blender. Cili api, blender. Bawang, blender. Kunyit, blender. Udang kering untuk aku buat kuah kacang pun aku suruh blender juga. Sampaikan blender aku KO terus tak boleh jalan. Suruh atuk pergi kedai beli blender dia kata kedai belum bukak. Kaklong kata dia ambil blender dari rumah dia je lah.

Aktiviti merendang pun bermulalah sehingga selesai. Tak ada orang yang disuruh merasakan asam garam. Tawakal je. Sedap tak sedap, belakang kira.

Bila tiba masa aku nak masak kuah kacang, aku tercari-cari udang kering.

Udang kering yang dalam mangkuk tadi mana!!
Orang tak de amek.
Tadi kat sini. Betul-betul mak letak sini.
Orang tak tau.
Ros, kamu udah basuh mangkuk yang ada udang kering tadi ye!!
Otak aku dah mula nak menuduh.
Eh.. Tak de lah buk. Ibuk tadinya letak di mana.
Jangan-jangan mak dah masukkan dalam rendang.
Aku kacau-kacau rendang ayam. Aku ambil sesudu dan aku hidu. Sah!!! ada bau udang kering.
Raya kali ini aku hidang rendang ayam berperisa udang kering. DAN tak ada orang yang komplen haha...


Ini cerita semalam, hari raya kedua.

Janji pagi-pagi lepas subuh bertolak ke Melaka. Aku pagi-pagi dah bangun. Lepas subuh budak-budak ni dihentamnya tidur semula. Puas pula aku mengejutkan second round. Akhirnya jam lapan baru semua orang siap dan yang paling lambat siap ialah laki aku. Aku membebel-bebel, lain kali kalau nak pergi mana-mana ayah kena siap dulu. Mekap macam orang perempuan. Laki aku buat dek saja. Maklumlah, drebar. Tak boleh nak smash kuat-kuat sangat. Takut mogok tak nak bawa penumpang, susah juga kan.

Orang Tiang Dua dah tunggu kami sebab dah janji nak jalan beraya konvoi dua kereta. Sampai-sampai je diorang sound apasal lambat sangat sampai. Yang menyound tu pula mandi pun belum. Dan wak supirnya pun masih terbongkang di surau. Sabau je la. Sementara menunggu diorang bersiap, kami beraya di rumah adik ipar, belakang rumah.

Di depan rumah makngah (adik ipar aku) ni ada pokok belimbing buluh. Buahnya baru keluar bunga. Nak tengok rupa bunga belimbing buluh ni?



Diorang kutuk-kutuk aku sebab terhendap-hendap keliling kampung mengambil gambar. nak buat macamana. Dah memang hobi.


Kemudian kami bertolak ke bukit senggeh, rumah busu madon adik emak mertua aku. Sampai sana betul-betul time makan tengahari. Jarum penunjuk dalam usus dah mula mengarah ke level merah. Busu yang dah memang tahu kami nak datang, dah siap masak dari awal. Memang tiap-tiap hari raya kami akan ke sini dan makan tengahari di sini.

Busu madon, bapa saudara suami.
Gambar isteri dia lupa pula nak abil sebab dia tengah sibuk di dapur.
Busu madon adik beradik lain bapa dengan mak mertua.

Bergambar di rumah Busu madon. Anak dara tiga orang kat depan tu
anak buah aku. Pantang jumpa kamera. Tak caya tengok gambar kat bawah ni.




Keliling rumah busu, penuh dengan bunga oked. Tangannya memang sejuk menanam bunga oked ni. Tak macam tangan aku. Tanam oked asek tinggal pasu je.





Kemudian kami pergi ke rumah bapa saudara di Semabok pula. Kami panggil dia wak sebab dulu dia pernah kawin dengan orang jawa. Wak adik beradik dengan mak mertua aku. Dia pun dah tak berapa sehat. Dah tak berapa kenalkan orang lagi.

Wak Sahaman. Nama sebenarnya Osman.


Sedang menapak menuju ke rumah wak. Anak-anak aku yang ikut enam orang saja. Yang dalam gambar cuma lima sebab sorang lagi ambil alih tugas aku sebagai f
otografer.


Di rumah wak, kami dijamu dengan mee kari. Perut sudah tak boleh masuk da...


Kemudian kami ke rumah mak saudara di Semabok juga, makcik Jabah. Jabah ni adik beradik dengan mak mertua aku juga. Adik beradik lain bapa. Adik kepada busu madon. Dia baru keluar hospital sebab muntah keluar darah.


Makcik Jabah.
Nampak macam dah sehat tetapi yang di dalam tak siapa yang tahu.


Mak Mertua aku.


Kami berjalan lagi ke beberapa rumah sehingga sendat perut dijamu. Mak mertua yang sudah mula berpuasa sunat nampak seronok kerana dapat bertemu dengan adik beradik dan sanak saudara yang lain. Bukan mudah nak berjumpa selalu. Bila ada kesempatan, kami ziarahi mereka kerana belum tahu Syawal yang akan datang kami diberi kesempatan ini.


Kami sampai semula di Bangi lebih kurang pada jam 10 malam.


15 comments:

sonata anak kancil said...

satu rumah kakpah tertinggal - rumah kat Bed Hill.....!

xiiinam said...

Selamat berziarah...

lupekanje said...

rayer sakan kak pah yoooo...

Yunus Badawi said...

Blender pun sampai KO? Ganaz kakpah oii.

Bunga orkid emak adam tak banyak yg berbunga sbb baru pindah rumah. Petang Jumaat sblm raya kami pergi Nilai 3 beli orkid plastik wakaka

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak..bila nak datang klang..bawak kamera skali tau....boleh ambik gambar helang,gagak ,kucing saya si puteh dan gambar saya ni comel loteh ni....

Ms.Lilies said...

mcm syok je makan rendang berperisa udang kering hihihi...

ashley said...

kakpah,
rendang berperisa baruuu..boleh commercialize kan tu!!
ngeh ngeh ngeh..

iina said...

wah kak beraya kunjung sanak saudara mmg sonok kan kak.. nak2 lak lama tak jumpo..

cHeRyNa PiReS said...

yang pentingnya bila tangkap gambo tuh, gambo tuh cantik (ikhlas sha katekan, gambo dlm blog nieh sangatlah cantik). so, tak kisahlah org usik2 kan?

* sbb blogger memang begitu...kena sabar dgr usikan org...

cuma yg sha nak tau, kat manelah agaknye gambo rendang perasa udang kering tuh:)

* org tiang dua ye...hmm...pernah dgr nama tpt nieh:)

kakpah said...

sonata, sampai bed's hill dah malam. hehe..

cklah.. memang selamat.. balik rumah terceret-ceret.

acik, osah botul cik..

kakpah said...

yB, mesti tangan mak adam tu sejuk. Tanam oked berbunga cantik. jelesnya..

ezza, haha kono booking dulu.

lilies, licin. Jordan kucing kpah pun suka makan.

ashley, tapi nampaknya tak de permintaan. tak leh la nak promote.

ina, memang sonok sampaikan loteh melempeng..

sha, oleh sebab terlampau lakunya rendang berperisa udang kering tu, sampaikan tak sempat nak ambil gambar dah licin hehe..

AZANI said...

selamat pulang dari beraya kakpah..senin ni tadika bukak?

zai said...

salam kak pah..

wah bestnye dapat beraya sakan..zai plak nampak gayanya tahun ni terpaksa menerima kunjungan tetamu jer...tak sempat nak kuar rumah..tetamu tak putus2 datang berkunjung dari raya pertama sampai hari ini..ponat den...

kakpah said...

azani, senin dah bukak. rasa2nya budak2 ramai yang mood hariraya lagi..

zai, salam. seronok terima tetamu. kalau penat pun macam rasa tak penat je. selamat hari raya

kakpah said...

azani, senin dah bukak. rasa2nya budak2 ramai yang mood hariraya lagi..

zai, salam. seronok terima tetamu. kalau penat pun macam rasa tak penat je. selamat hari raya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...