Bahasa adalah alat komunikasi. Bahasa menyampaikan maksud. Mungkin ia dituturkan, mungkin ia ditulis, mungkin ia hanya diisyaratkan sahaja melalui tubuh.
Bertutur dalam bahasa ibunda belum tentu kita mahir dalam bahasa kita. Ada pelajar yang gagal mendapat keputusan baik dalam matapelajaran BM. Tetapi mempelajari dan mengetahui bahasa asing adalah satu kelebihan. Semasa aku di U dulu aku mengambil bahasa jawa sebagai subjek elektif. Selepas satu semester aku boleh membaca kitab jawa yang ditulis dalam tulisan jawa. Tulisannya bergelung-gelung macam tulisan India. Kemudian kitab itu hilang. Kamus bahasa jawa yang aku fotostat dari penyarah juga hilang. Sedikit-sedikit keupayaan aku membaca tulisan jawa juga hilang.
Untuk mahir dalam bahasa asing kita perlukan praktik. Belajar secara teori saja tidak mencukupi. Menuturkannya penting untuk mendapatkan kemahiran dan keyakinan. Pernah seorang bapa menyuarakan kenapa anaknya belum pandai-pandai bercakap dalam bahasa Inggeris. Tadika hanya beroperasi 3 jam lebih sehari dan waktu selebihnya dihabiskan di rumah. Untuk mendapatkan hasil yang bagus, bahasa itu patut juga dituturkan di rumah. Ia bukan sesuatu yang kita perolehi semalaman.
Anak aku kakngah menggunakan bahasa isyarat kerana dia anak istimewa. Walaupun begitu, aku tidaklah berapa mahir dengan bahasa isyarat ini kerana jarang-jarang mempraktikkannya. Ini adalah kerana kakngah bukan bisu total. Tapi bakal suaminya tidak boleh bertutur langsung. Akan adakah halangan komunikasi? Tidak kerana bahasa sesuatu yang boleh dipelajari. Yang membezakan cuma kemahiran. Aku akan mahir bila mempraktikkannya.
Hari Jumaat malam Sabtu 30 Oktober adalah majlis akad nikah kakngah. Ramai yang ternanti-nantikannya kerana majlis ini adalah majlis istimewa yang menyaksikan pasangan kurang upaya menamatkan zaman bujang mereka. Lafaz nikah akan diucapkan dengan menggunakan bahasa isyarat dan di terjemahkan melalui penterjemah yang juga merupakan guru kakngah semasa di sekolah dulu.
Sebagai ibu aku gembira kerana anak aku menemui jodohnya. Namun ada rasa sedih berbaur. Kakngah akan ke utara mengikut suaminya nanti meninggalkan kami. Pasti kami akan merinduinya.
15 comments:
Selamat pagi hjh
Semoga jodoh mereka perpanjangan hingga ke akhir hayat.
selamat pengantin baru kak ngah...mesti sebak melepaskan anak dara kan, kak pah.
tp pasal bahasa tu sha setuju sangat. practice makes perfect. sha sendiri pernah dikritik hebat bila buat blog dlm BI, kononnnya tak sayang bangsa. tp mereka tak tau...sha juga manusia yang perlukan practice!
Tak pa Kak pah...kak ngan pindah kat utara saja...bila masa saja kita boleh melawae dia...saya tau macam mana perasaan akak...
Semuga majlis kawin ini berjalan dengan lancar....
rugi la kak... dah lupa bhs jawa tu..
tahniah buat kakngah
semoga berkekalan hingga akhir hayat..
sykur alhamdulillah
salam cik pah..
semoga perkahwinan kak ngah bahagia hingga ke penghujung nyawa..
ini lah dinamakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan .
Ni yang tak sabor nak gi RAKAM BIDEO nih!!
he he he
SEBOKKKKK!!!
lepas ni kakpah buleh ler selalu ajak atok ke utara jenguk kakngah.
wah kak selamat menerima menantu yo kak.. den ucap dr jauh yolah.. kad jemputan kwin utk den xdo ko??
selamat pengantin baru buat kakngah semoga bahagia sehingga kehujung nyawa...
faham sangat dgn kesedehan yg kakpah rasa, tumpang sedih jugak..
kaknora. tenkiu
sha, kakpah ni bm pun tak perfect lagi. alahai...
ezza, tq. tapi kerinduan ezza lagi susah nak ditanggung.
kakngah, sikit2 tahu lagi.
chincau(hehe) tq
ummi, begitulah hendaknya
ashley, rakam le. aku nanti terlalu sebok nak amek gambau...
juliet, yes!! shoping padang besau..
ina, mombaazir yo bagi kad kek kau hehe..
smm, tenkiu..
kak, smlm kak ash ajak aku pi kenduri umah ko kak. pepandai je kan dia... he he.
.
Salam Kak Pah,
Tentu tengah sibuk. Semoga Kak Ngah selamat berbahgia hingga ke akhir hanyat.
Psstttt...kalau Auntie terus pergi je ke majlis tu tak boleh ke??...rasanya macam tahu je kat mana rumah Pah tu...errr, Section 3 ke Section 4??...ke Mutiara Bangi?
alhamdulillah, selamat dah :)
tasek, meh lah
yan, nanti kpah bagi alamat
maksu, alhamdulilah
Post a Comment