Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, October 10, 2009

Anak Hyper

Aku terdengar cucu neighbor aku terjerit-jerit menangis. Kemudian kedengaran pula suara neighbor aku cuba memujuknya. Lagi dipujuk, lagi kuat anak itu melolong. Lama-lama senyap juga.

Tak berapa lama kemudian henfon aku berbunyi.

Pah, kak M ni. Tadika kau ada kosong lagi tak. Nak masukkan si Im ni. Tak tahanlah Pah. Lasak nau.

Kecik lagi si Im ni kak.

Dah tiga tahun lebih.

Next year je lah kak. Sesi dah nak habis ni. Bulan depan dah nak cuti.

Takleh tumpang-tumpang eh..

Takleh kak. Tahun depan umur dia akan masuk 4 tahun kan?. Tahun depan je kak.

Okay la hehehe...



Anak ini memang hyper. Malam kelmarin aku pergi open house di rumah neighbor di hujung jalan. Dia ada sama dan dia tak duduk diam. Berpusing keliling rumah, kejap duduk kejap bangun, kejap pegang itu kejap pegang ini. Nenek dia pun terpaksalah tak duduk diam juga.

Parents yang ada anak hyper seperti ini sering bertanya samaada anak mereka boleh diterima atau tidak. Memang mereka ini perlukan special attention. Kami cuba sedaya upaya untuk menangani extra energy yang ada pada mereka.

Ada yang sampai hujung tahun pun masih merangkak bawah meja. (hehe.. apa macam ashley. Tapi dia ni masuk kelas Mie. Empat tahun)

Kepada parents yang ada anak empat tahun dan nak masuk tadika, sila daftar segera. Kami ambil 15 orang saja. Ada tinggal lagi beberapa tempat.

7 comments:

cHeRyNa PiReS said...

slalu kalo hyper, akak buat macam mana? contoh, dia amik pen org lain dll...ada cara nak mengatasi?

sha bukan apa, anak takde tp budak dtg raya tuh adalah. nak ditegur, takut mak ayah terasa. tp mereka hyper! nak buat macam mana tu?

Tijah said...

omak eh mano kak?

ashley said...

kakpah,
jangan sobut bab hyper ni kakpah ooiit..
hypertension dibuatnya nanti!!
ayoo yooo.. tahun depan ada sorang hyper dah siap sedia nak masuk kelas aku!

Kak Nora said...

Pah,
Itu kes, anak hyper, tak larat nak jaga, hantar ke nurseri minta tolong jaga. Pengalaman akak pula, semasa bertugas dulu, parents yang tak dapat kawal anak gadis , minta tolong HM tempatkan anak di asrama sekolah,mudah kawal!

kakpah said...

sha, anak ni kalau ada parentsnya, tak usah haraplah ko boleh tegur. Ko pandang je lah....

Nak tekel dorang ni kena keep them occupied. Problemnya, dorang cepat jemu dengan satu2 kerja. So, kena crativelah...

tijah, porasan yo kau kan. omak e dah larikk... sobab ayah e garang bona.

ashley, nak buek camno

kaknora, kita ni apa yang patut dan boleh dibantu, kita bantu.

AZANI said...

kakpah:hyper atau ADHD,pantang depa minuman bergas, sebab kandungan gula yang tinggi dan ada karbonate...menyebabkan tindakan kimia yang amat ganas dalam sistem saraf mereka...sebab itu tak boleh duduk diam.makanan berkanji sila kurangkan kerana karbohidrat boleh bertukar jadi gula...gula asas dari asid amino...kesan rangsangan yang agak ganas bagi mereka...cokelat is a big no no.
banyak pantanglarang bagi mereka...ini menurut pakar pemakanan.terbaik, gantikan dengan gandum , sekoi...

Ajan's wifey said...

salam kak pah, saya baru je follow kak pah punye blog ni...salam perkenalan...

macam mane nk tahu anak tu hyper ke tidak? anak saya x tahu la hyper ke tidak...kdg2 dia boleh duduk diam..tp bila dia da datang mood semua bnda dia nk usik especially bila pergi umah org atau tempat baru..kalau kt rumah sy macam biase je agaknye sbb rumah sy x byk perabut kot...tp tulah..risau juga takut org benci sbb pergi rumah org semua bnda dia nk usik..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...