Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, October 8, 2009

TERMINATOR II



Beyond water. Sistem Pemulihan Air Bio-aktif, Sistem Penapisan, Penulenan dan Pengaktifan yang termaju di pasaran masa kini.

Itu katanya lah.

Kita akan katakan yang barangan kita yang terbaik. Dah memang adat macam tu. Takkan kita nak angkat orang lain punya.

Dah banyak tahun aku guna beyond water. Nak kata excellent, aku tak berani cakap. Aku dah pakai macam-macam dan rasa airnya lebih kurang saja. Aku tak kesah brand apa pun. Asal air yang keluar dari paip itu bersih, tak berkeladak, tak berkuman seperti yang di claim oleh banyak syarikat dan tidak mengembangkan anak tekak bila ia meluncur jatuh ke perut melalui kerongkong, sudah memadai. Di bandar baru bangi ni air memang jelas kotor. Air mesti kena tapis.

Sejak ramadhan lagi beyond water aku buat hal. Air yang keluar dari saluran penapis tersangatlah kecil dan mengambil masa yang cukup lama untuk menadah penuh satu jag. Ultra 1 yang menyimpan tabung Penapis Seramik 3 Peringkat dengan Perak Tersteril, aku cuci selalu seperti yang disarankan. Aku call upline. Dia kata sudah sampai masanya aku menukar terminator II, tabung peringkat dua yang mampu menyingkirkan sehingga 99.9% pencemar berbahaya dalam air seperti herbisid, pestisid, klorin, kloromin, klorofom, bahan kimia industri dan pelbagai hasil sampingan seperti sebatian kimia organik meruap, trihalometana dan sebagainya. ( Aku bayangkan Arnold Schwarzenegger duduk di dalamnya untuk memerangi semua bendaalah ini).

Okaylah. Mintak upline oderkan dan tolong pasangkan sekali. Aku beritahu bibik aku supaya tadah air untuk buat simpanan kerana nanti ada orang nak datang servis beyond water tu.
Seperti yang dijanjikan, petang semalam upline datang dengan kawan yang nak buat servis ni. Kawan upline aku ni datang suami isteri ( apasal aku rasa macam aku kenal je diorang ni?) .

Dia buka penutup. Dia cuba buka cap Ultra 1. Tak boleh. Dia menggunakan seluruh tenaga lelakinya. Tak boleh juga. Tak apa, saya ambil alat, katanya. Dia cuba buka guna alat. Tak boleh juga. Aku tengok peluh menitik-nitik dari dahinya. Aku tanya bibik siapa yang bersihkan ultra 1 ni. Bibik aku cakap, pagi tadi wak yang bersihkan.

(Wak Muji sering aku panggil kalau ada kerja-kerja pembaikpulih yang perlu dilakukan di rumah ni. Sekarang ni dia tengah betulkan jenang tingkap bilik air yang reput)

Mulalah aku membebel. Yang kamu suruh wak kenapa. Kan ibuk dah cakap dah ada orang yang akan datang betulkan penapis ni. Wak bukannya tahu. Ni dia dah pulas penutup ni kuat-kuat, nak bukak pun tak boleh. Kan ibuk dah ajar dah bila tutup cukup dia berbunyi klik dua kali. Tak boleh pulas lebih dari tu. Nanti ceramik boleh pecah. Bla..bla..bla..

Siti terkebil-kebil. (Siti ni dah kerja dengan aku lebih sepuluh tahun)

Memang tak boleh bukak pun. Sampai azan maghrib dah berbunyi, dia masih terkial-kial. Akhirnya dia bawa balik beyond water aku tu. Nanti saya cuba tengok macamana, katanya.

Harga asal untuk menggantikan Terminator II yang berharga empat ratus lebih (tak termasuk upah servis) mungkin akan bertambah seketul dua lagi disebabkan "kepandaian" orang.

( Wak!!!!! kalau rosak, kita tolak je
upah betulkan tingkap ye!!
)


Sebelum diorang balik aku sempat bertanya.

Kita pernah jumpa ke. Macam kenal je.

Dulu saya ada hantar anak saya di Aulad Jasmin. Anak saya sekarang dah tingkatan dua di MRSM.

Ooo.. ye ke.

Anak saya cakap, nasib baik ayah hantar dia tadika di Aulad. Kalau tak bahasa Inggeris dia tak sebagus sekarang. Saya ada anak ni empat tahun. Atuk dia suruh hantar kat Aulad tahun depan.

Surut perasaan bengkek aku bila mendengar komplimen itu.

15 comments:

Kak Nora said...

Salam Pah,
Syukur, ada orang yang pandai menyejukkan hati yang panas. Psikologi, Pah, psikologi....

Tijah said...

kok org tuo cam tijah ni nak improve english buleh register jugak ko kak?

cHeRyNa PiReS said...

Anak saya cakap, nasib baik ayah hantar dia tadika di Aulad. Kalau tak bahasa Inggeris dia tak sebagus sekarang. Saya ada anak ni empat tahun. Atuk dia suruh hantar kat Aulad tahun depan

---> yes!!! niehlah yang sha suka. nama tadika aulad tp boleh nak berikan ilmu sebegitu tanpa sebarang prejudis. congrats kak pah!!!!

nasib sha takde adik lagi.
kalau tak mmg sha akan anta.

* kalau takde cikgu ina kat ajar masa tadika dulu, takkan berani tulis blog english yang kelam kabut tuh.

kakngah said...

kak.. xnk bukk caw kek lombah ko??? ank sy yo dh berderet ni ha...

Yunus Badawi said...

Bila kakpah nak bukak cawangan tadika aulad kat kawasan saya? Boleh lah hantar Adam nanti.

pB said...

Genius Aulad tu sama ker ??

Webmaster@Echam said...

Kak Pah,
Apasal tak panggil Arnold tolong bukak kan...

farah hamirdin said...

genius aulad/ majalah aulad tak sama ngan tadika aulad kepunyaan puan latipah.

kakpah said...

kaknora, haha

tijah, erk.. ko jangan nak ngengado

sha, pendidikan awal tu penting.

kakngah, woi.. tak larat den

yb, ko dengan kakngah yang bukak. kpah franchisekan kat korang

pB, tak sama. Kakpah dah buka aulad ni dah 20 tahun dah.

echam, sebab dia bizi

farah, hehe

Nizam.Ariff said...

Bukan salah Wak tu ,kak.

Ni mesti Arnold tu tak nak keluar! Dia kuat. Mana kawan upline akak tu boleh lawan pulas-pulas dengan Arnold... hahaha

chekdenoor said...

Salam,

Zaman modern ni.... air pun dah tak boleh minum terus ...kena ada penapis pula kan..... kipas aje dah tak cukup...dunia dah makin panas ...kena install aircond pula..... waduh....cammana agaknya 20 tahun akan datang.....

tasikmerah said...

power jugak wak tu ye kak... he he.


.

Mak Su said...

pangge wak arnold susah-nak-eja bukak kan..tentu boleh, muscle dia banyak woooo

ashley said...

kakpah,
itu pasangan suami isteri namanya SAPIDAH dan TAJUL ARIFFIN kan?
Kalau PASANGAN itu, geng KPP aku tu!!
SEBAYA LAH TU!!
he he he

kakpah said...

nizam, ye le tu

chekdee, dulu kecik2 abah kakpah taruk pasir halus, pasir kasar, batu2 kecil yang diambil di sungai, ke dalam satu balang besar. Air diisi dalam balang. Di sebelah bawah balang tu diletak paip untuk keluarkan air.

tasek, dia minum power root

maksu, hehehe..

ashley, bukan sapidah. sapidah aku kenal sebab dia agen takaful aku. Kawan ni tinggal kat bandar tech nun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...