Pagi tadi, Sabtu, orang yang nak pergi haji kena datang ke pejabat tabung haji untuk mengambil gelang besi, beg dan macam-macam( Osah botul macam-macam. Selipar gotah pun ado). Dalam surat arahan dah disebut dah, datang jangan habih satu rumah dihangkut, datang sengsorang je. Oleh sebab kami ni orang yang patuh pada arahan, suami aku je lah yang pergi. Baik aku duduk kat rumah memain dengan si faris. (Suami aku cakap, ciak miak jugak dengan bebudak. Pejabat TH bandar baru bangi tu sesak dengan orang besar dan orang kecik)
Tak sampai setengah jam suami aku telefon. (sebab dah selalu pergi memana bedua-dua ni kenalah calling calling bila yang sorang lagi tak ada kan). Suami aku cakap, stanby..standby. Apehal pulak nak suruh aku standby kan. Rupa-rupanya ada orang yang sama beratur kat TH tu cakap jemaah haji akan diberi suntikan H1N1 pagi tu. So standby jelah untuk aku drift ke TH sekiranya betul. Menggelupur aku masuk bilik air.
Tapi... tak de pun. False alarm je.
Ini keratan sokabar hari ini.
Aku ni kadang-kadang lomah nak baca sokabar ni. Kang kalau ada orang kata sokabar buat laporan tak betul, marahhh.. Tu yang menteri tu pun main cakaaaaapp je.
Mana ada suntikan H1N1. Vaksin tu pun tak ada. Belum datang lagi. Tabung haji pun pening kepala tau tak bila orang asek tanya ada vaksin H1N1 ke tak de. Aku agak klinik-klinik swasta pun pening jugak sebab orang asek telefon bertanyakan tentang vaksin ni. Orang ni termasuklah suami aku dan jawapannya macam tu macam tu jugaklah. Tak ada. Belum ada.
Jadi, siapa yang memandai-mandai kata tabung haji bagi suntikan H1N1 secara percuma kepada jemaah haji ni. Cuba cerita sikit..
Suntikan yang kami kena ambil ni ada tiga: 1. Meningitis 2. Pneumoccal 23-Valent 3. Influenza. Agaknya bila sebut suntikan influenza ni lah diaorang ingat suntikan H1N1 agaknya. Tolonglah.. bukan.
Kalaulah ada, kalaulah... aku bedualah orang yang pertama belolah (tengok dictionary tijah) ngulurkan lengan untuk dicucuk-cucuk.
16 comments:
Kak, nanti tolong doakan kami dapat tambah zuriat yg baik-baik... mana tau masin pulak mulut akak.
yeke...laa...kesian kak pah. biasalah tuh, sokkaba pun boleh pakai taram jek. aunty sha pon nak pergi minggu depan.
* akak doakan sha dapat jodoh ek~! hehehe...(gatal sket)
kadang2 sokobar ni tahu sikit tulis je lebih - orang kata sejengkal - tambah sampai sekaki...
selamat berangkat ke tanah suci - moga dipermudahkan semua urusan.
belolah yo kak...mano tak ehh...preeee....
tak do mano eh kak oooii..
sokaba ni tah hapo hapo knkdg tuh...naknyodapkan cito sokaba diorg yo kak..
baca buley...pecaya...lon tawu lagi....tu la dio..
kak...
nanti kirim golang mokah buleh kak? yg lilit2 kaler merah/itam tu.
hkhik. larikk!
Adoi.... kelakor betul bila baca komen2 tu. Macam-macam permintaan !
Err... Tie pun nak mintak sesuatu. Tapi tak tahu pulak nak mintak apa, hehe...
Salam Pah,
Bila penerbangannya? Doa saya untuk Pah dan suami sihat-sihat selalu supaya dapat mengerjakan haji dengan selamat dan mudah. Selamat perjalanan pergi dan balik.Aaaameeen.
kakpah..
nak ituttttt...
agak agak kalau masuk dalam beg kakpah, lepas imigeresen tak?
he he he
...semoga mendapat haji yang mabrur buat uwan dan atuk faris!
Semoga urusan kakpah berjalan lancar...selamat pergi...selamat beribadat dan selamat kembali...
Dalam kesibukan begini ya kakPah....Kagum sungguh saya!
Alhamdulillah.....Tuhan dah jemput kak pah dan suami kesana.... mudahan akan dapat buat haji yang terbaik. Kak pah g awal @ pertengahan @akhir?
berito koba vaksin tu sampai mesia hujung tawon ar.. boto ko tak tu.. xtau la..
kak.. sy nk kem slm kek Rasulullah yo..
semogo slmt poei & kembali...
kak, nak pi nanti bgtau yek. aku pun nk kirim doa. he he.
email aku kak nk5654@yahoo.com.
insyaallah kalau tak ada aral melintang saya sampai. :)
huuuuiiiiihhhhh... banyak nye nak kena cucuk kak pah... ni yg den ngeri ni...
assalammualaikum
bila berangkatnya k.pah...?
semoga dipermudahkan Allah
kakpah,semoga kakpah dan suami serta semua tetamu baitullah mendapat haji mabrur...selamat pergi dan selamat pulang ke tanahair...
kakpah: semoga dapat hajji mabrur,selamat pergi dan pulang semula...doakan kami sekeluarga...
Post a Comment