Tadi sebelum isya' semasa aku membuat sesuatu berkaitan majlis hujung minggu ni, tiba-tiba anak aku AbdurRahman menimbulkan satu soalan yang membuat aku tersentap.
Mak, tadika mak ada kontroversi ke
Aku berhenti membuat kerja, memandangnya dan bertanya balik.
Ada apa Man?
Tadika ada kontroversi ke tadi.
Aku mencari-cari jawapan di dalam otak, bertanya-tanya pada diri sendiri apa benda yang berlaku kat tadika aku siang tadi. Setahu aku tak ada apa-apa yang menimbulkan kontroversi.
Kontroversi apa pulak ni Man oi.
Eh eh silap..... Hahaha.. tadika mak konvokesyen ke tadi.
Kahkahkah... adik beradik lain ketawa. Mahu aku lepuk jugak budak ni kang.
Konvokesyen. Okay, berjalan lancar. Layan sajalah gambar di bawah ni. Sikit saja aku letak. (Ada ke aku boleh terlupa nak cek bateri flash kamera aku. Tak puas hati betul dengan foto-foto yang aku ambil).
Anak-anak di atas sedang membaca surah fatihah sehingga Al Kafirun,
Yaasin sehingga ayat sepuluh
dan doa selepas membaca Al Quran.
Agak-agaklah kan, ada tak parents yang tak boleh hafal
Yaasin sampai ayat ke sepuluh.
Agak-agaklah.....
Yaasin sehingga ayat sepuluh
dan doa selepas membaca Al Quran.
Agak-agaklah kan, ada tak parents yang tak boleh hafal
Yaasin sampai ayat ke sepuluh.
Agak-agaklah.....
Gambar di atas ni pula semasa mereka membuat gaya
untuk fashion show. tengok budak yang pakai cermin mata tu.
Berderai jugalah tawa ibu bapa.
Little 'bears' dari Aulad Mesra.
Si Ashley dengan anak-anak yang membawa binatang belaan.
(Mampuih aku .. letak gambaq dia tengah beraksi ni...)
Acara kemuncak!!!!!
Ni anak sapa la ni.........
Sekian laporan penuh kontroversi untuk hari ini.
untuk fashion show. tengok budak yang pakai cermin mata tu.
Berderai jugalah tawa ibu bapa.
Little 'bears' dari Aulad Mesra.
Si Ashley dengan anak-anak yang membawa binatang belaan.
(Mampuih aku .. letak gambaq dia tengah beraksi ni...)
Acara kemuncak!!!!!
Ni anak sapa la ni.........
Sekian laporan penuh kontroversi untuk hari ini.
16 comments:
he he he..
tak marah aihhhhh..
cuma malu malu kuciang ja!!
kakpah kalau ada gambar saya yang cun melecun masa dok conduct pesen show tu, boleh email tak?
hidasaif67@yahoo.com
pleaseeee...
sebab suruh cikgu lain tangkap gambark guna kamera saya, depa tak reti nak guna pulak..
(yang ye nya PEMALU belaka!!)
hopefully pesen show tu TAK KONTROVERSI!!
ngeh ngeh ngeh...
Terasa sungguh kontroversinya....he...he..he..
Syabas....majlis berlansung dengan jayanya. Lepa ni fokus untuk majlis minggu depan.
Psst: JANGAN LUPA CAS BATERI KAMERA PULAK... NANTI TAK BOLEH POSING DENGAN CKLAH!! Ahaks!
hehehe..dua perkataan yang hampir sama panjangnya tapi lain benar maksudnya..
Meriah majlis konvo..Tahniah pada kak pah!
kakpah...sape yang bagi scroll tuh kak? teringat masa zaman sha tabika dulu...hehehe...kebetulan plak posting pasal tabika arinieh...
tgk gambo nieh rasa hepi plak...
sha link posting nieh dengan posting sha okay...?
salam kak pah..selalunya lepas konvo ni barulah leh tarik nafas..ina dah rasa dah dulu..
penat nak melayan kerenah anak-anak tak kurang jugak kerenah ibu bapa.
bila tenguk balik gambar-gambar kat sini..terkenang peristiwa lalu..
Salam,
Tadika, sekolah....semuanya dah mula ada majlis konvo untuk student tahun akhir...... waduh...zaman kita kecik-kecik...mana ada majlis cam tu kan...... Chekdee hanya rasa majlis konvo masa dapat deggre jer.....
hihihi...kontroversi la anak akak tu....
weekend ni saya dtg nyuruk2 la ye...
hahhahah!!! osah boto ar..
bikin kontrovesi..
anyway.. congrats to aulad team.
cute btl ar bdk2 tu...
Setinggi-tinggi tahniah kepada Tadika Aulad: Pengetuanya, Guru-gurunya serta anak didik mereka.
rasa nak balik ke zaman tadika la plak...
pakai costume yg comey2... sgt kontroversi rasanya..
hihihi
Tahniah kak sobab solosai dah konvokesyen .. mano muko principal dio ahh kak.. muka atok yo nmpk
Majlis Kontrocation namanya tu..
Hahaha
alhamdulillah selesai satu bab, tahniah kepada semua anak2 yg menimbulkan kontroversi itu.. dan tahniah juga utk guru2 yg mengajar.. dan tahniah juga untuk cameralady yg menangkap gambar yg cantik2 itu..boleh digilap lagi bakat yg ada..
Ya Rabbi
salam singgah sini kak pah..
hik..hik..hik.. konvokesyen dikata kontroversi
assalammualaikum
kontroversi yang meriah sekali
Post a Comment