Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, October 24, 2009

KONVO 2009

Besok Ahad 25 Oktober hari Konvokesyen Tadika Aulad. KONVOKESYEN. Bunyi glemer kan? Akan glemer jugakah persembahan anak-anak? Kita tengok besok.

Tahun ni tahun kedua majlis ini diadakah di dewan utama ESSET, KWSP di Sungai tangkas. Tahun-tahun sebelum ini kami buat di Dewan Anwar Mahmud UKM. Tahun lepas permohonan untuk menggunakan dewan UKM tak lulus sebab tengah diselenggara. Tahun ini semasa mengemukakan booking, UKM masih belum bersedia juga. Minta-minta tahun depan dah boleh. Bukan apa, sewa ESSET ni mahal bukan main. Tergigil jari jemari bila menyain cek.

Yang hadir untuk majlis besok cuma anak-anak enam tahun yang akan graduate sahaja. Anak-anak berumur empat dan lima tahun kena tunggu giliran tahun akan datang. Sebab? Tak boleh ramai-ramai sangat. Kalau ramai yang datang, nanti cikgu-cikgu pitam. Kalau cikgu pitam, prinsipal juga akan turut pitam. Kalau cikgu-cikgu dan prinsipal pitam, siapa yang nak kendalikan majlis?

Itu belum sebut lagi mengendalikan ibu bapa yang ghairah melihat anak-anak mereka tamat pra sekolah dan akan memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka. Selalunya ibu bapa ini akan meluru ke depan pentas mengambil foto anak-anak yang sedang membuat persembahan, menjadikan depan pentas itu medan jurugambar tak bertauliah. Suasana akan menjadi sedikit bising. Persembahan anak-anak, orang belakang tak berapa nak dengar dan tak berapa nak nampak. Kesian anak-anak. Mengendalikan anak kecil bukannya senang tetapi mengendalikan orang tua lagilah susah.


Semalam aku ke centre melihat latihan terakhir anak-anak ni. Yati S mengeluh pelakon utama tak datang sebab demam. Risau kalau-kalau besok tak datang. Kalau tak datang, kau je lah naik atas pentas tu yati oi..


Besok, seramai 120 orang murid enam tahun akan menjadi graduan. Selamat mengharungi dunia yang lebih luas anak-anak!! Tapi tadika belum habis lagi ya. Kena datang lagi sehingga pertengahan bulan sebelas. Konvokesyen tahun ini diawalkan sebab tarikh lain sudah dipenuhi dengan acara penting dalam diari aku.

Selamat bersilat wahai cikgu-cikgu.

14 comments:

kakngah said...

lps konvo.. xder acara rombongan tadika ke kak??
kehkehkeh!!!

Tirana said...

Kakpah..

Seronok tengok dan mengendali budak-budak kecik walaupun penat sikit sebab diorang ni aktif..bergerak ke sana ke mari.

xximan said...

Salam Hajah,
Memang begitulah parents ni. Excited tengok anak perform. Walaupun dah dimaklumkan ada photograher pro tak dipedulinya. Harpa-harap semua perancangan konvo Tadika Aulad berjalan dengan dengan cemerlang.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Macam buat palem la kak, pengarah bagai nak rak bagi tujuk ajar last2pelakon utama buat hal, sampai saman meyaman kat court. Mudah2an anak2 ni sihat walafiat hendaknya masa konvo nanti.

Kalau dah atas pentas nanti, mula la kita jumpa pelbagai aksi spontan dari anak2 ni. Lain cikgu ajar pandai2 lak dia tambah aksi sendiri. Baik2 nak pitam lansung tergelak dibuatnya.

Namun itulah aksi anak2 namanya. Jangan marah2,be cool dan kita ENJOY!!!

jane said...

salam kakpah,

seronoknya dengan kanak2 prasekolah!! kenangan yang tak dapat saya tukar ganti. 14 minggu aje bersama. hingga sekarang mereka masih kenal saya.

ckLah @xiiinam said...

Semoga lancar majlis tu kakPah...

lupekanje said...

cikgu bersilat...prinsipal nyer buat aper kak???

acik nmpk ader sorang cam prinsipal tadika aulad yg asik ngulang makan fenadol je...hehhe

semoga majlis berjalan lancar...

sonata anak kancil said...

selamat berkonvo....ingatkan sape tadi yang konvo...tahniah la wahai anak2 kecik yang akan memasuki alam sekolah tahun depan...belajar rajin2 ye...

aNIe said...

Kak Pah...memang pun...penat saya tgk cikgu2 tadika masa nak mengendalikan anak2 yang berkonvo...lebih2 lagi kalau dibuat serentak dengan pementasan anak2...mak ayah jgn cakap lah...semua berkumpul dpn pentas nak amik gambar...hehheeh...anie pun sama dulu...

Selamat berkonvo buat anak2...tahniah juga buat guru2 yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik...

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Hjh Pah,
kalau baca komen xiiiman di atas, saya lah tu. terpakai acc dia sebab dia tak sign out. Jangan marah ah!

ibundo said...

kakngah, ekau ni ingat rombongan cik kiah jo kan. Jom kito poi langkawi..

tirana, seronok dan memenatkan hehe..

xximan @ kak nora, mudah2an segalanya lancar.

yati s, aku sibuk nak tangkap gambar bebudak. koranglah yang bersilat ye..

jane, diorang ni tengah nak serap apa je yang kita ajar. seronok...

cklah, tenkiu.. insyaAllah..

acik, aku ngendong kamera kulu kilir..

sonata, tahun depan bersilatlah pulak dengan cikgu baru.

anie, haha.. kat mana-mana pun serupa ye. parents ni excited lebih. maklumlah, sekali dalam seumur hidup anak.

kaknora, yes.. haha.. dah tau dah

Anonymous said...

aku hari2 handle org tua... memang susah pun

aza ni said...

selamat menjalankan konvo...semoga berjaya...

ibundo said...

Fatt, ye ke.

azani, tenkiu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...