Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, November 4, 2009

TUKAR

Salam.

Lepas Isyak malam tadi, adik suami datang. Sepupu aku yang dari jakarta masih belum pulang kerana menunggu keberangkatan kami ke Tanah Suci. Selepas berbual-bual, aku naik ke atas sebentar untuk merapi bagasi.

Kedengaran telefon suami berdering. Nyaring. Kedengaran juga dia berbalas-balas cakap dengan orang yang di hujung talian. Butir-butir yang dicakapkan tidaklah aku ketahui.

Selesai berbual di telefon, suami datang mendapatkan aku.

Ustaz Najib telefon. Dia kata tak jadi pergi besok.

H'a? Apasal pulak

Tabung haji dah masuk masuk masukkan orang kat kt 103, dah berlebih pula 50 orang. Dia tanya boleh tak kita ambil tarikh lain. Abang kata okay je.

Abis tu kita pergi bila.

13 November.






Macamtu lah ceritanya. Kami tak jadi berangkat hari ini. Dari semalam orang dah wish wish wish selamat menunaikan haji. Alih-alih pergi minggu depan.

Aku tak kesah. Kalau pergi harini pun aku dah bersedia. Kalau pergi 13 haribulan, aku terima. Dapatlah aku pergi ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan kakngah di sebelah lelaki pula.




Selingan:

Semalam aku terima satu parcel. Hati tertanya-tanya siapa pula penghantarnya. Aku buka dan di dalamnya ada satu bungkusan lagi yang dibalut dengan kertas hadiah cantik. Ada kad kecil di atasnya. Aku buka dan baca kad itu. Di antara tulisan di dalamnya: hadiah ini bukan untuk kakpah ye! Dan pengirimnya adalah juliet dan kts.

OOOooo.. yang pakai lipstik merah menyala dan kasut tumit tinggi tiga inci yang datang masa kenduri haritu bukanlah korang ye!!

Tenkiu juliet dan kts.


23 comments:

cheryna zamrinor said...

hmmm...betul2 kena kuat orang yang nak pergi haji nieh ye kak pah. kejap tarikh itu, kejap tarikh ini. sha pulak berdebar2. huh...harap sha berkesempatan rasa apa yang kak pah rasakan sekarang nieh:)

pB said...

Allah nak bagi peluang pada Kak Pah dan Prof menghadiri majlis besan tu..
Syukur ....

cikMilah said...

agaknya ada la yang berdoa supay aKakPah dapat hadiri majlis menyambut menantu di Kedah tu...KakNgah happy tak terkira tentunya...
Selamat datang ke Kedah dan selamat menunaikan fardhu haji ya KakPah.

Yunus Badawi said...

Dapatlah kakpah pergi ke Kedah dan dpt juga sambung blogging hehehe

psst - saya nak ikut kts dan juliet beli hadiah tu tapi mereka tak kasi sbb nak buat suspen kat kakpah.

Kak Lia said...

byk dugaan betul ek..tu baru nk berangkat...tp apa2 pun..mudah2an dipermudahkan segala urusan Kak Pah & suami

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam hajah,
Allah maha mengetahui. Dua-dua dapat....Syukur.

kakngah said...

merasa la bertandang ke rmh besan baru...

Insyirah said...

Ada hikmah-Nya.. :-)

ckLah @xiiinam said...

Ada hikmah di sebaliknya...

Unknown said...

salam kak pah ..

mula2 nampak N3 kak pah td , terdetik di hati , hai sempat lagi kak pah ni masuk blog ,kan arini dah 4 nov... dah baca baru tahu sobab musabbab nya ...
apa2 pun ini ujian hati untuk kak pah , semoga bila di Sana kak pah dan suami dipermudahkan segala nya...
apa2 pun , dapat ler ke negeri ummi dulu yer

julietchun said...

pasti kakngah gembira bila tau kakpah akan ada dimajlis bertandang nanti.

ASH said...

pepagi tadi, time sampai tadika, yo yo ooo jer pesankat Ktie. Pukul 9 kita lari sekejap rmah kakpah..
set..
habis assembly tengok ada msg...
alahaiiiii...
he he he...

Allah nak bagi kakpah rasa angin Kedah seround dulu..
.
.
.
13hb tu pukul berapa bergerak dari rumah gamaknya?

sonata anak kancil said...

InsyaAllah ada hikmah disebaliknya...terima la iye dengan lapang hati...

sonata anak kancil said...

antara ujian2 oleh Allah swt...

Hanisham Ab Halim said...

sabar kak pah.. saya doakan kak pah berjaya pergi jugak nnt.

iina said...

Alhamdullilah Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita kan kak.. kita ikut mana yang termampu..

Selamat menunaikan fardhu haji kak.. ;)

umi_e said...

salam kak pah... alhamdulillah dapat juga kak pah hadiri majlis bertandang kak ngah :)

mama kiter said...

salam kakpah..mamakiter mengambil kesemptan mengucapkan terima kasih diatas layanan semasa kenduri tempuh hari..seronok dpt jumpa kakpah walaupun sebentar cuma.
hajat dihati ingin menziarah sebelum kakpah bertolak ke tanah suci..Cuba call hp berkali kali, tiada jawapan..mungkin sibuk..

Mama kiter mengambil kesemptan disini untuk mengucapkan selamat pergi dan kembali..semuga dirahmati allah dan mendapat haji yg mabrur..Ada hikmah diatas penundaan pemergian ini...

Guru said...

assalammualaikum

adalah hikmahnya tu...
semoga Allah memudahkan

Unknown said...

salam kak pah...mula-mula rasa nak merajuk sebab kak pah tak jemput ina..jelous tgk gambar kat umah ashley..tak apalah..mcm kak pah kata..ada ramai lagi anak kak pah yang dah besar..

semuga selepas ni dipermudahkan urusan kak pah dan doakan agar ina dapat pergi satu hari nanti..

Anonymous said...

Tiba juga seruan Illahi atas Puan dan suami ...

Bestnya ...

lupekanje said...

banyak hikmahnya kan kak pah...
Allah dah susun smuanya utk kita.

Azita Zain said...

ishhh...ingatkan kakpah dah sampai ke sana. rupa2nya masih di sini! tentu ada hikmah disebaliknya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...