i
Otak kata jangan ngengado. Kojo kau banyak lagi yang nak dibereskan.Tapi tangan ni osah tak donga cakap e. Gata yo de nak mengotuk kibod ni ha. Cam ni lah, bia lah akak lopehkan gian jap yo. (Osah tak soda diri e uwan kau ni faris)
Kenduri kawin kakngah, beres. Siapa yang tak sedih bila anak dah betukar milik. Sedih o. Tapi siapa yang tak gembira bila anak sudah bertemu jodoh. Tentulah aku gembira. Ada mix feelings lah.
Aku tengok abah bukan main riang lagi sepanjang musim kenduri. Ramai kaum kerabat yang datang bertandang. Rabu, saudara dari Jakarta datang. Khamis, saudara dari Pilah dan Batam datang. Jumaat, saudara dari Johor dan Melaka datang. Semuanya berkampung di rumah. tak cukup tempat tidur, mereka bawak diri pergi tidur di tadika. Siap bawak toto dan bantal bagai. Sabtu, lagilah ramai saudara mara yang datang.
Aku jemput bloggers yang aku agak-agak sudi nak datang. Yang tak dijemput tu, mintak maap la banyak-banyak ya. Akak buat kenduri kecik-kecik je. Kalau ada umur, next time lah. Anak akak ada 6 lagi tu.
Kepada semua kawan bloggers yang datang: Cklah dan anak-anak, cikgooden, Tasek Merah and famili, Tijah and chem, Cija, Kakngah and famili, Insyirah, Ezza and hubby, Lilies, Mama kiter dan anak-anak, Mimiloma, Umi Humaira and famili, Nizam, YB, Dr Sam (ada sesape kakpah tertinggal ke?) aku ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi datang dan mintak maaf bebanyak gak sebab tak dapat nak layan. Aku berterima kasih pada si Ashley yang sudi menjadi orang kuat aku melayan korang.
(Bila aku sms Ashley : besok tolong layan bloggers boleh? Dia jawab dengan penuh semangat: okayyyyyyy!!!)
Sebenarnya aku masih tertanya-tanya, KTS dan Juliet datang ke tak? Aku risau diorang datang menyamar jadi kawan-kawan anak aku je hehe..
p/s Tijah, ekau emailkan gambar kito borompek tu. Yang kaki cun cun tu lah..
ii
Tengahari tadi aku menghadiri taklimat pasal haji. Ada maklumat-maklumat terkini yang nak disalurkan pada jemaah. Sebelum zohor kami dah bergerak ke Ampang tetapi berpusing-pusing mencari dewan ampang jaya sampai satu jam lebih.
Memang ramai yang mendapat panggilan tergempar. Kitorang ni kira okay lah. Diberitahu malam jumaat, rabu berangkat. Ramai juga yang kena pergi besok, cuma selang 3 hari dari masa dapat tahu. Tapi ni kan dugaan buat haji. Tak bolehlah nak merungut. Kalau nak merungut baik tak usah pergi.
Bagi yang tidak tahu mungkin tabung haji dipersalahkan. Tabung haji tak salah dik oi. Sian dia. Bukan senang nak menguruskan benda-benda berat macam ni. Sebenarnya kami tadi diberitahu, Arab Saudi memberi kuota lebih sebanyak sepuluh ribu orang lagi. Baru rabu TH diberitahu. So, setiap hari ada penerbangan tambahan dan penerbangan tambahan ini perlu diisi. Masalah timbul bila landing rights untuk kapal terbang tambahan ini diberi untuk tempoh lebih kurang sepuluh hari sahaja lebih kurang. Kalau tak silap dua hari dah terlepas. Kalau lepaskan peluang ini, kita juga yang rugi.
Kamis diorang meeting, mendapat kata sepakat: kekosongan penerbangan perlu diisi. Mana-mana yang boleh ditolak ke depan, ditolak. Pekej kami memilih untuk pergi dulu. Begitu juga dengan beberapa pekej lain. ( daripada kuota tambahan sepuluh ribu ini, enam ribu diberi kepada pekej. Muasassah ambil empat ribu).
Sebab tu lah kami dapat panggilan tergempar. Allah dah panggil pergi awal, pergi je la..
Perlu berkumpul di Kelana Jaya pada jam 12:00, penerbangan KT 103 jam 4:40 petang. Keluar dari rumah pukul sepuluh.
(Naik kapalterbang? Dah tua-tua ni aku macam phobia pulak naik kapalterbang. )
Sebelum kakpah mengundur diri, kakpah nak minta maaf atas apa juga kesalahan semasa berblog atau membuat komen di blog kamu semua. Assalammualaikum wbt.
27 comments:
moga kakpah selamat sampai dan pulang...dan dapat haji mabrur :)
moga diberikan kesihatan yg baik2 jua :D
aminnnnnnnnnnnnn
selamat menunaikan haji kak
Selamat berangkat kak Pah..semoga mendapat haji yang mabrur
ckLah doakan segala urusan kakPah dan Prof. dipermudahkan Allah....
Selamat menunaikan Haji.....doakan buat kami di sini, agar segera trpilih.....
Maafkan segala salah silap ckLah terhadap kakPah selama ini....
Pssst: Sedaplah telur pindang kakPah.....Terima kasih
salam ...
selamat berangkat kesana dan selamat pulang kesini dgn haji yg mabrur ..
semoga segala amal diterima dan dipermudahkan serta kesihatan yg memuaskan ....
doakan ummi sampai ke sana lagi Jun nanti .....
HAJI YG MABRUR TIADA BALASANNYA KECUALI SYURGA
KakPah, selamat mengerjakan haji dan semoga mendapat haji yg mabrur! Doakan majlis saya nanti mudah-mudahan berjalan dgn lancar. It's ok kakpah tak dapat hadir nanti, saya faham.
Thanks for the invitation hari tu. Seronok dapat jumpa kakpah, cuma tak dapat borak panjang sebab tuan majlis sibuk dgn urusan majlis. Apapun, insyaALLAH kalau ada kesempatan, kita jumpa lagi nanti.. :-)
Saya pun minta maaf dgn kakpah kalau ada terlanjur bahasa di blog kakpah. Mudah-mudahan ALLAH akan permudahkan urusan kakpah nanti, Amin.
slm kak pah.....selamat berangkat ke tanah suci ...
Muga kak pah dan suami mendapat haji yg mabrur.......dan selamat pergi dan selamat kembali
saya pn minyak maap lah sekira nye ade terkasar bahasa semasa berblogging dgn kak pah....anyway tma kasih sudi jemput mkn kenduri kelmarin...sedap mknan kenduri tu.
Selamat berangkat ke tanah suci kpd kakpah dan prof. Semoga segala urusan dipermudahkan. Saya suka sikap kakpah dlm hal ini.
Doakan kami dpt menunaikan rukun islam ke5 dgn seberapa segera.
selamat berangkat utk kak pah.
semoga selamat pergi, selamat di tanah haji dan selamat pulang.
semoga segala amalan diterima Allah.
Sha mintak maaf kalau ada silap dan salah sepanjang berblogging.
Jangan lupa doakan sha cepat2 dapat jodoh kat jabbal rahmah macam dlm cerita nur kasih tuh! (taklah...yang nieh sha gurau je...hehehe...tp kalau buat pon best gak!)
uiks!!! ado gambar kaki2 cun???
ni yg jeles ni...
sory kakpah.. kene gerak awl psl ada tmpt persgghn lg..
apa2 pun.. ns briayani tu... mmg sodap.
semoga selamat pergi, selamat kembali dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang di tanah suci.
ado tolo pindang kan???
lupo nk cokau.. kehkehkeh!!
dh msk kete br che abg bgtau ada tolo pindang.
nk turun balik.... malu seyyyy....
Salam kak Pah, Alhamdulillah, kendura semua dah selesai. hati ni ralat jugak. Auntie dah cadang nak pergi, sayang sekali, pada hari tu Auntie kena sakit tekak sehingga suara langsung tak keluar..hari Jumaat tu suara memang dah 'rock'...bangun pagi Sabtu tu...terussss suara hilang!..macam mana nak pergi?...macam mana nak berkenalan...harus kena guan sign language pulak...he...he...hanya dari jauh memandang tender putih tu...
Ok, sekali lagi, diucapkan selamat berangakt ke Tanah Suci...lambai-lambailah kami sama. :-)
semoga selamat semuanya kakpah! aminn...
Take care kak pah..
selamat pergi dan selamat pulang kak...
kak, doa2kan kita dapat tambah anak lagi ye kak. tak dapat lagi 10 dapat lg sorang pun jadi la...
:)
take care sayang..
.
selamat mengerjakan haji ya kakpah. saya minta maaf zahir dan batin ya...
ooohh, anak ada onam laie yo?
tahniah...dpt menantu...
selamat pergi, dan selamat kembali...insyaAllah....moga mendapat Haji yg Mabrur..aminn
maaf kakpah kerna tidak dapat hadir pada hari kenduri kelmarin atas sbb yg tak dapt dielakkan.. berselisih kenduri dgn adik ipar..terkilan sangat sbb tak dapat pergi..
anyway.. selamat berangkat ke tanah suci semoga kakpah dan suami dpt mengerjakan ibadah haji dgn sempurna dan pulang mendapat haji yg mabrur
Ku susun jari sepuluh memohon ampun dan maaf...
pelum cium dari ku..
selamat berangkat kak pah
moga dipermudahkan segala urusan...
kami yg berkasut tumit tinggi 5inci dan berlipstik merah saga tu :D
moga kakpah selamat pegi dan selamat kembali.
Kak, aku doakan semoga segala urusan berjalan lancar dan selamat pergi dan kembali...
Tumpang lalu: Juliet
Haah ko dan kts lipstik merah mcm bahulu ikan hari tu
Larikkksss
eh nanti dulu: kalau aku ada no hp ko dah tentu emak adam suruh ajak ko jugak mcm kami ajak Jard.
sambung larikkksss
selamat berangkat ke tanah suci Mekah...semoga memperoleh haji mabrur...& dipermudahkan semua urusan.
memang tahun ni terbaik ler buat akak
Semoga selamat pergi dan balik kak ;)
nak kato apo..
sebak ni kakpah..
.
.
.
kita jumpa esok laaa..
sebelum berlopaih..
ye..apa jua kesalahan saya, saya turut minta dimaafkan.
apa jua kesalahan kakpah dan atuk Faris,saya maafkan!
almaklum, kita ni tinggal dekat...satu kariah lagi..dan berblog blog pulak tu.
semoga kerja haji kali ini dipermudahkan...dan mendapat haji Mabrur.
Post a Comment