Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, January 20, 2010

HATI-HATI

Hati-hati

Kalau tiba-tiba saja anda rasa ada orang berjalan di belakang anda dan mengikut langkah anda ke mana saja anda melangkah.
Mungkin dia menuju ke arah yang sama.
Tapi mungkin juga dia berniat lain.

Aku sudah terkena.

Hati-hati

Kalau anda sedang berjalan di tengah bandar dan tiba-tiba ada orang memintas anda sambil bertanya

Akak kenal tak haji ituini sedangkan kalau mengikut firasat anda takkanlah di tengah-tengah bandar ada orang bertanya macamtu. Lainlah kalau orang yang bertanya itu tersesat dalam kampung kita.

Aku sudah terkena semasa aku berjalan di kajang seorang diri. Tetapi aku tak pandang muka orang itu, sebaliknya aku susup sasap menyelinap ke dalam kedai berhampiran.

Hati-hati

Kalau tiba-tiba belakang kereta anda di sondol dari belakang semasa anda memandu di highway. Mungkin ada orang yang menawarkan pertolongan tetapi dengan sejumlah bayaran.

Anak aku imah sudah terkena.

Hati-hati

Kalau anda memakir kereta anda untuk menurunkan anak anda di tadikanya. Pastikan anda mematikan enjin kereta anda dan membawa kunci kereta bersama anda kerana mungkin ada orang yang berniat untuk melarikan kereta anda.

Seorang ibu di tadika aku di taman mesra sudah terkena. Tiga tahun dulu. Unser yang baru dibeli dua bulan dilarikan orang semasa menghantar anaknya masuk ke perkarangan tadika.

Hati-hati

Bila anda sedang duduk relek-relek di dalam kereta kerana menunggu anak anda keluar dari tadika/sekolah dan ada seseorang mengetuk tingkap pintu kereta anda. Jangan terburu-buru menurunkan cermin tingkap walaupun pada pandangan anda orang itu memerlukan bantuan.

Seorang ibu di tadika aku di taman jasmin sudah terkena.

Semalam semasa dia sedang menunggu anaknya, seorang budak india yang menunggang motosikal berhenti di sisi keretanya dan mengetuk tingkap. Ibu yang berperasangka baik ini menurunkan cermin. Dia menerima habuan kerana menunjukkan sikap prihatin itu. Lehernya di hunus pisau. Dia dipaksa menanggalkan rantai dan gelang. Wang tunainya juga turut dirompak.

Hati-hatilah!!!!!!

kakpah

19 comments:

Mas said...

orang jahat melambak skrg kak...memang kena hati2.Takut bila dengar macam2 kes yang jadi.Adik saya punya kakak ipar punya Fortuna kena kidnap tanpa dapat dikesan...laki dia kuar beli susu anak...skali tu cina datang hunus pisau suoh dia n anak2 tu kuar. Pastu tak lama dia beli Fortuna baru...tapi kali ni dia pastikan lock pintu bila dok dalam keta yng berenti.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

MasyaAllah...

kenapa lah manusia suka aniaya sesama sendiri...kat mana lah kita nak hidup aman kalau di sekeliling kita ada jenis jenis orang macam ni....

Minta di jauh kan segala musibah...

ita cutevirus said...

skang ni memang bahaya la kak...

mak & ayah ita slalu pesan pasal tu...

kalo bawak kete, hend bag jgn letak kat seat sebelah.. kalo boleh letak kat bawah kaki kite...

masuk je kete, trus kunci pintu.. walaupun dalam kete panas... biar kite panas...

gerun.. gerun..

mamarempit said...

takuttt....mekaseh Kak pah 4 the info...kena berhati2...tk kire di mana

pB said...

tak kira berada di mana mana , memang wajib berhati hati ...

kakngah said...

lg 1... time isi minyak.

pastikan pintu kereta dikunci semasa pergi membuat pembayaran di kaunter...

tasekM said...

ya. kadang2 kita perlu bersangka jahat pd org kan...



.

ummi humaira said...

salam kak pah..

kadang2 kita berniat baik , tp kita di balas dgn kekejaman pula , itu ler ujian namanya ...apa nak buat..

adik ummi pun pernah disondol kereta dia ketika memandu sorang2. tp seb baik dia perasan dlm kereta belakang tu ada dua org muda2 lg .n tak berani berhentikan kereta.

Kak Nora said...

Thanks hajah for reminding.

indahhouse said...

salam kak pah,
Akhir zaman ni macam2. Buat baik pun, dibalas tak baik. banyak sasarannya orang perempuan. memang kena banyak berhati2. huhu

Tie said...

Mungkinkah kita tak boleh bersangka baik lagi ?

julietchun said...

sekarang ni nak tolong org pun takut2, takut diri sendiri terkena.

kakpah said...

mas, kena kunci pintu tiap kali duduk dalam kereta. orang yang lalu lalang tak boleh nak pecaya semuanya.

ezza, ada orang nak cari jalan senang utk dapat duit. keje tak nak. duit nak banyak... habis tu menyusahkan orang.

ita, kakpah dulu terkena maacamtu lah. letak henbeg kat atas kerusi sebelah kakpah. pintu pulak lupa nak kunci. orang datang bukak pintu, terus sambar henbeg.

mamarempit, ya.. kena berhti2.

pB, u re right

kakngah. itupun satu gak. jangan tinggalkan kuci lam kete dan jugak henbeg. mampuih...

tasek, biarlah orang kata kita jahat sebab kita berperasangka jahat.

ummi, ada satu lagi cerita kakpah. 2 tahun dulu satu ibu ni dalam perjalanan nak hantar anak dia kat tadika aulad di kajang. masa memandu kereta di tengah2 jalan besar, kereta dia kena sondol. dia turun. dua orang lelaki yang menyondol kereta dia juga turun. semasa dia cek kecederaan kereta dia, sorang lelaki tu masuk dalam kete dan larikan kereta dia dengan anak dia yang sedang tidur kat seat belakang. masuk berita kesah tu. nasib baik anak dia tak apa2. orang tu letak kat stesen komuter kajang.

kakpah said...

nora, supaya kita sama-sama berhati2.

indahhouse, sebab perempuan ni dorang anggap lemah dan boleh dijentik je..

tie, kena tinggalkan ruang untuk berperasangka jahat.

juliet, tu lah. kita tak boleh baca apa yang tersirat dalam hati orang.

a kl citizen said...

assalammualaikum kak pah

nak kluar rumah/nak masuk rumah, bacalah bismillah paling kurang pun, dan desitkan dalam hati agar Allah jaga kita...

saya amalkan ini, alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini.

Allah je yang boleh menolong kita sekarang ni, yang lain2 sebagai ikhtiar.

ashley said...

Ye hati hati...tapi dalam berhati hati tu pun terkena juga.
.
.
Memang tak berhati perut perompak tu!

Azita said...

salam kak pah,
hidup skrg ni rasa mcm tak aman dan selamat je. sbb byk sgt perkara2 yg tdk disangka2 berlaku. semuanya kena berada dlm keadaan berjaga2 24jam, 7hari seminggu. zaman darurat pun tak cam gini. skrg ni kalau lalai sikit je ada je yg ambil kesempatan. sekali fikir mcm takut lak nak idup lama2... ishhh, melalut ke situ lak. sama2lah kita berhati2...

Nong said...

Kena sentiasa be careful. Susah nak buat baik sekarang ni. Ada saja orang nak take advantage.

kakpah said...

cikgu, salam. memang bagus kalau semua orang amalkan berdoa setiap kali keluar rumah. mintak allah beri kita pelindungan.

ashley, orang macam ni kalau kita doa depa cepat terjun masuk longkang ke hape ke, dosa tak ha?

azita, kakpah hidup dah lama. rasanya dulu-dulu takdelah macam ni. sekarang nak keluar rumah pun takut. kadang2 duduk dalam rumah pun rasa takut gak.

nong, kena sangka buruk juga dengan orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...