Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Bukan Kerja Mudah

Bukan senang memberi nasihat, memberi teguran.  Dan kita pula bukan senang menerima nasihat, menerima teguran. Apatah lagi nasihat dan teguran itu nasihat atau teguran tanpa diundang. Orang tak minta, kita beri.  Kita tak minta, orang beri. Nasihat dan teguran yang diterima dengan minda sedar ini selalunya akan berlaku penolakan. Kebanyakannya penolakan secara agresif.  Maka terjadilah kejadian tidak bertegur sapa, bermasam muka yang berlarutan.

Sekiranya kita berkata-kata menggunakan mulut, maka yang mendengar ialah telinga.  
Berkata-katalah dengan jiwa kerana insyaAllah jiwa akan mendengarnya.

Seorang penceramah di radio ikim berkata;
Nasihat yang baik adalah nasihat yang diterima oleh minda di bawah sedar pendengar. Nasihat itu diberi secara tidak langsung tetapi bernas dan berupaya membuat si pendengar berfikir-fikir.  Mungkin nasihat itu tidak diterima oleh si pendengar ketika itu tetapi lambat laun berjaya membuat pendengar itu menerima kebenarannya.

Salah satu caranya adalah dengan cara bercerita.  Mungkin kita mempunyai kawan atau kenalan yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama dan tidak ada silapnya kalau kita gunakan cerita itu sebagai contoh. Ataupun kita boleh sampaikan nasihat dan teguran melalui cara berseloroh dan boleh diterima oleh si pendengar melalui minda di bawah sedar.




Apa-apa pun, ia bukanlah satu kerja yang mudah.
Sama seperti menasihati anak-anak.  Bukan kerja mudah.
Anak-anak sering menyalah ertikan nasihat kita sebagai tidak memahami perasaan mereka.  Sebab mereka muda lagi dan kita sudah tua.

Sedangkan mereka lupa bahawa kita pernah menjadi remaja, menjadi orang muda.
Sedangkan mereka lupa bahawa mereka belum pernah menjadi tua seperti kita.


kakpah

Wednesday, January 20, 2010

HATI-HATI

Hati-hati

Kalau tiba-tiba saja anda rasa ada orang berjalan di belakang anda dan mengikut langkah anda ke mana saja anda melangkah.
Mungkin dia menuju ke arah yang sama.
Tapi mungkin juga dia berniat lain.

Aku sudah terkena.

Hati-hati

Kalau anda sedang berjalan di tengah bandar dan tiba-tiba ada orang memintas anda sambil bertanya

Akak kenal tak haji ituini sedangkan kalau mengikut firasat anda takkanlah di tengah-tengah bandar ada orang bertanya macamtu. Lainlah kalau orang yang bertanya itu tersesat dalam kampung kita.

Aku sudah terkena semasa aku berjalan di kajang seorang diri. Tetapi aku tak pandang muka orang itu, sebaliknya aku susup sasap menyelinap ke dalam kedai berhampiran.

Hati-hati

Kalau tiba-tiba belakang kereta anda di sondol dari belakang semasa anda memandu di highway. Mungkin ada orang yang menawarkan pertolongan tetapi dengan sejumlah bayaran.

Anak aku imah sudah terkena.

Hati-hati

Kalau anda memakir kereta anda untuk menurunkan anak anda di tadikanya. Pastikan anda mematikan enjin kereta anda dan membawa kunci kereta bersama anda kerana mungkin ada orang yang berniat untuk melarikan kereta anda.

Seorang ibu di tadika aku di taman mesra sudah terkena. Tiga tahun dulu. Unser yang baru dibeli dua bulan dilarikan orang semasa menghantar anaknya masuk ke perkarangan tadika.

Hati-hati

Bila anda sedang duduk relek-relek di dalam kereta kerana menunggu anak anda keluar dari tadika/sekolah dan ada seseorang mengetuk tingkap pintu kereta anda. Jangan terburu-buru menurunkan cermin tingkap walaupun pada pandangan anda orang itu memerlukan bantuan.

Seorang ibu di tadika aku di taman jasmin sudah terkena.

Semalam semasa dia sedang menunggu anaknya, seorang budak india yang menunggang motosikal berhenti di sisi keretanya dan mengetuk tingkap. Ibu yang berperasangka baik ini menurunkan cermin. Dia menerima habuan kerana menunjukkan sikap prihatin itu. Lehernya di hunus pisau. Dia dipaksa menanggalkan rantai dan gelang. Wang tunainya juga turut dirompak.

Hati-hatilah!!!!!!

kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...