Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, January 10, 2010

JANNATUL NAIIM

Empat hari sebelum sesi sekolah bermula, seorang guru berhenti sebab mendapat pekerjaan yang lebih baik. Aku take over kelas dia. Mungkin untuk beberapa waktu sehingga aku dengan rela hati melepaskannya.

Aku akan mengajar kelas jannatul naiim, kanak-kanak berumur 5 tahun. Seminggu semasa aku kurang sihat, ada guru lain yang mengambil alih buat sementara.

Anak-anak lima tahun sekiranya inilah kali pertama ke tadika, kebanyakan mereka masih belum ada kemahiran menulis. Apatah lagi mengenal huruf dan angka. Kadang-kadang terasa teramat rugi bila masa dan tahun-tahun awal anak-anak itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bimbingan ibu dan bapa. Berumur lima tahun, sepatutnya anak-anak sudah boleh membaca sedikit-sedikit dan sudah mempunyai kemahiran menulis. Sayang. Sayang sekiranya menunggu masuk tadika baru hendak mula semua itu.

Perancangan besok?
Otot-otot tangan perlu dikuatkan untuk persedian menulis. Aku akan buat lacing dan threading beads. Kemudian buat coloring. Pakar kata kalau mewarna sambil menyarap dapat menguatkan otot lengan dan tangan. Okay, besok kita menyarap.

Untuk mewarna pula, belum perlu lagi mereka ini mewarna dalam garisan. Biar scribble dulu. Gasaklah conteng arah mana pun. Lepas tu guide mereka mewarna ikut garisan menegak. Lepas itu ikut garisan melintang. Lepas itu buat bulatan. Itulah urutan yang betul.

Semuga aku berjaya. Aku nak ngajar 3 bulan je. Lepas tu ada sesiapa minat nak jadi cikgu?


13 comments:

ckLah @xiiinam said...

Saya minat kakPah...saya minat!!!!







KakPah....
Budak tingkatan 3 pun ada yang masih kabur baca tulis. (Macam Renuka cklah tu! ). Kalau dah jadi buluh betung macam tu.....lagi susah nak ajar. Kita ajar dengan buku pra-sekolah, tau pulak dia malu! "Ayyuooo...Tak mau ceguooo!"

Yang hairannya tu....boleh pulak dalam begnya ada surat dari boypren...tak taulah siapa tolong tuliskan untuk dia...

Unknown said...

salam kak pah ...
aduh poning gak nk bentuk anak2 yg belum mengenal apa2 ..
tapi dah nama pun tanggungjawab kita , terus kan aje kak pah .
jasa guru tiada tandingannya..
semoga kak pah sihat sepenuhnya.

Tie said...

Meniarap ? Alamak, selalu marah kat anak2 kerana bimbang tercucuk pensil ketika gitu.

aza ni said...

salam hajjah,
dengan rasa kagum saya melihat guru prasekolah membimbing anak anak kecil era bawah 5 tahun ....nampak jasa dan bakti guru guru tersebut....semoga Allah membalas kebaktian berlipat ganda...juga kagum melihat semua guru guru membentuk murid2nya tak kira tahap usia murid....besar juga jasa dan kebaktian mereka....sezsungguh darjat orang yang berilmu begitu tinggi........semoga Allah membalas kebaktian berlipat ganda...

Kepada semua guru guruku,yang hidup dan telah pergi...halalkanlah apa saja ilmu yang aku pelajari ...

aza ni said...

salam hajjah
syukur Alhamdulillah, Allah menjodohkan aku dengan seorang guru,banyak yang aku pelajari darinya...

tasekM said...

aku punya syak... ko ni macam garang je kak.

hehehe...




.

kakngah said...

ms adb msk tadika thn lepas.. sorg kwn adeeb pggl cikgu lamah 'opah'
cikgu lamah tu.. bkn cikgu ramlah yer.. hiks!

mamawana said...

mama minat jadi guru...

iina said...

Den ngajar tahap 3 sekolah malaysia kek sini.. balik ngajar pulak bakal cikgu.. kiro den dah jadik cikgulah hehehe kak.. kdg2 ngajar bebudak kocik lgik sonang dr ngajar mak bapak budak hehehe ;)

julietchun said...

saya ni pantang anak buah buat salah terus jerkah,err...buleh ke jadi cikgu? ehehehee

ibundo said...

cklah, dulu kpah tak pecaya gak yang budak sekolah menengah ada yang tak pandai mbaca. Tapi bila ikut husband gi seminar dan dngar dari mulut mereka, barulah pecaya. Ranuka ko tu masuk tingkatan 4 ke tak..
Cklah dah terover qualified nak jadi cgu tdika hehe..

umi, memang poning tapi bila nampak peningkatan, kembang kempis lubang hidung

tie, meniarap tu elok untuk kanak2 yang nak belajar menulis. Biar otot tangan jadi kuat. tapi takdelah tiap kali menulis nak meniarap plak kehkeh..

azani, terima kasih kerana mengangkat kerjaya guru. tanpa guru siapalah kita. kakpah selalu nasihat guru kakpah supaya ajar anak2 sembahyang dengan ikhlas kerana bila anak2 itu pandai solat dan mengamalkannya sehingga ke akhir hayat, insyaAllah guru akan mendapat sahamnya juga.
kakpah masih ingat kepada ustaz kapah yang mengajar doa qunut semasa darjah tiga. Allah akan panjangkan pahala untuknya....

ibundo said...

Tasek, ko nak tau aku ni garang ke tak, ko tanyalah si ashley tu... auummmmm....

kakngah, takat ni belum ada lagi anak murid panggil aku 'opah' hik..hik.

mamawana, minat jadi guru?

ina, memanglah ina. Mo orang tuo camano kau nak tojorit2 macam ngaja budak kocik haha..

juliet, tak payah lah nak interview ko.

Hjh Noralenna Abbas said...

Cikgu pencen boleh hajah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...