Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, January 9, 2010

Sudah Tidak Putus lagi?

Lalu je di situ mesti anak-anak aku nak tidur. Pening. Aku pun kadang-kadang pening juga. Tapi sebab dari kecik dulu dah lalu di situ, tak ada lah terasa sangat sebab dah biasa.

Dah siap ko jalan tu Mah, tanya abah kepada mak saudara aku semasa dia datang ke rumah dua tiga hari lalu.

Dah siap dah. Dah boleh lalu. Cantik dah bang, jawab mak saudara aku.


Aku tengok riak muka abah macam dah nak menahan lagi nak balik. Memang dah berbulan-bulan tak menjenguk. Sebab aku sibuk dengan konvo tadika, kenduri kakngah, pergi haji dan lepas tu aku tak sihat pula seminggu dua.

Abah ada kancil. Tapi abah dah tak berani jalan jauh. Dekat-dekat setakat pergi beli surat khabar dan pergi bank, beranilah abah. Nak bawa kancil jauh-jauh, tak berani. Pernah sekali abah hantar Man pergi kuliah di Uniten sebab hari hujan dan Man tak boleh bawak motor. Lepas tu abah sesat sampai masuk highway nak pergi ke Saujana Impian. Henpon tak ada. Abah taknak pakai. Abah cakap 'Nak buek apo hai'. Nasib baik abah panjang akal. Dia berenti di tol dan tanya budak tol. Sejam lebih baru abah sampai rumah balik.


Aku tahu abah rindu kat kampung. Rumah dia, mestilah dia rindu. Aku cakap pada abah nanti Jumaat petang kita pegi jenguk rumah. Aku dapat rasa abah sangat gembira.


Petang semalam kami lalu di situ lagi. Lalu di Bukit Putus. Jalan di Bukit Putus sudah tidak bengkang bengkok lagi. Sudah teramat cantik. Aku tak perlu merengkan badan ke kiri ke kanan setiap kali lalu di selekoh macam dulu.

Abah terpesona. Aku pun terpesona. Selama ini bila lalu bukit putus aku asek tengok gaung dan imagin yang bukan-bukan. Manalah perginya monyet-monyet di tepi jalan tu ye!!!


kakpah

13 comments:

Tijah said...

cantik kan kak? sey kekadang takat nak minam potang samo pekono tapai pulut kek tmn ulu bondo tu takdo hal la. tang lebende 5 menet yo...

*pemandangan maso nak masok maghrib tang pilah ke sbn laie lawa. cam mentari merah diufuk timur kekdah eh...

Kak Lia said...

sy pun lom lalu lagi kt situ....nanti2 la...nk pegi tgk anak buah kt somban tu...

uji6june said...

bila Kak Pah citer
pasal abah
tingat kat arwah abahku ..
hmmmm ...

semoga abah Kak Pah
panjang umor dan sehat selalu ..

pB said...

tahun lepas lalu , jalan tu dah siap , tapi ditutup ...

lupekanje said...

hmm..acik nk kono berulang lagi kek situ ngantar zirah balik 2 mggu lagik..Alhamdulillah, jln tu udah luruih tk peputuih laeii kan...hehehe..acik suko..

Tie said...

Oo... ingat putus apa tadi, hehe... teruk betul makcik nih!

Tie tak pernah ke sana laaa... asyik memerap kat ulu ganu ni...

kakngah said...

ms kekocik lu.. arwah mak mesti ajk turun somban. ziarah pak sedagho eh kek jiboi. asal an sampai yo bukit putuih.. mesti kigho bapo selekoh yg ado. terapi elak poning... kehkehkeh!!!

Nizam.Ariff said...

tak lamo lai tuka nama la tu...

ibundo said...

tijah, ekau skang ni nak poi ulu bondul dah tak dapek lai limo menet doh. Ekau pindah poi mano jah.

mamarempit, apo susah, ko rempit yo lah kehkeh.

uji, alfatihah untuk arwah abah uji.

pB, kita baru seminggu je tinggalkan tahun lepas hehe..

ibundo said...

acik, tak adolah acik soram sojuk lai nompuh bukit putuih tu kan?
cik tadi kakpah singgah boli potai padi. tapi osah tolupo e nak singgah bustand boli cendol.

tie, sesekali meh sini turun. Kpah pun dah lama tak gi ganu ni. Kalau kpah pergi kpah calling2 ye.

kakngah, kakpah lalu situ tak ponah kiro selekoh. Soram sojuk ado lah. orang cakap tompek tu koreh.. hehe.. Eh, borapo selekoh e ngah.

Nizam, bukit sambung?

iina said...

Tingat den kak.. last den drive poei pilah maso nak poei sekolah teknik juaseh nyelia student kek situ.. jenuh pusing stereng keto kiri kanan.. ngeri yo bilo tgk gaung.. balik lak kono ikut bontot lori balak berzaman yo raso nk smpi somban.. eloklah kak jln dah bosa.. cam jln poei jelebu marin.. ikut bukit tangga.. poei pilah ikut bukit putus.. Dulu den sekolah kek matrik pilah tuh sethn.. lamo nar dah xjengah situlah kak ;)

ibundo said...

ina, ekau balik sok poi lah. limo menet drift dari pangkal ko hujung.
Oo kau metrik kek pilah yo. pokan mati. dari zaman akak kekocik sampai tuo pokan tu camtu gak lah.

ckLah @xiiinam said...

Lalu situ....perasaannya sama dengan waktu naik rooler coaster kat genting...seram!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...