Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, January 18, 2010

Lepas Geram hari Sabtu Haritu..

Sampah sana, sampah sini. Orang suka buang sampah merata-rata. Buang putung rokok keluar tingkap kereta. Buang botol air mineral ke dalam longkang. Tinggalkan polisterin bekas makanan di tepi-tepi jalan. Sangkut plastik di dahan pokok. Itu adalah antara contoh-contoh yang aku nampak.

Aku perhatikan juga, kakilima kedai-kedai yang berderet sering di penuhi dengan sampah juga. Kadang-kadang terjelepuk di satu sudut. Kadang-kadang berselerakan hingga ke tengah jalan. Walaupun sampah berupa serpihan plastik atau kertas atau putung rokok atau pembalut gula-gula, tetapi bila sudah banyak dan bersepah, maka sakitlah mata yang memandang. Sama sakitnya macam kita memandang rumah kita tidak berkemas dan bersapu.

Saranan kerajaan supaya mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterin ada logiknya. Sama ada berkesan atau tidak, sebenarnya terpulang pada tabiat pengguna @ orang ramai. Kalau dah memang tabiat suka membuang sampah merata-rata, kerjaan bagi luggage bag seorang sebiji untuk buat pergi shopping kat tesco pun, sampah tetap akan berserakan jugak. Orang tetap akan buang plastik ke dalam longkang juga.

Jadi, berkesankah kalau kerajaan menyuruh pasaraya tidak menyediakan beg plastik lagi untuk mereka yang membeli belah. Yang herannya, walaupun tidak menyediakan plastik tetapi pasaraya ni menjual beg plastik yang melambak-lambak. Yang merah, yang biru, yang hitam. Tak disediakan tetapi kita boleh beli. Ishh... aku konpius.

Maaflah puan. Hari Sabtu tesco tak sediakan beg plastik.

H'a? Tak ada plastik? Saya tak tahu pun.
Aku memang tak tahu sebab selalunya aku pergi hari Jumaat. Tetapi sebab aku ada kelas sejak mula sesi ni, aku ke tesco Sabtu. Kelmarin.

Habis macamana ni.

Saya cuma ikut arahan je puan.

Mana encik-encik dan puan-puan yang selalu berdiri berlegar kat tepi kaunter bayaran ni? Saya nak jumpa.
Naga yang menyorok dalam diri aku meronta-ronta mahu keluar. Hidung sudah mula terasa panas kerana bahang api yang sudah mula dimuntahkan naga.

Kenapa puan.

Tak ada beg plastik? Ni yang banyak-banyak ni saya nak letak kat mana.

Kami menyahut seruan kerajaan, tak gunakan beg plastik lagi. Sekarang kami mulakan dengan hari sabtu dulu. Hari Sabtu kami tak sediakan plastik.

Barang-barang saya yang melambak ni nak letak kat mana.

Perempuan itu menunjukkan ke arah beg plastik hijau yang dijual tesco.

Puan belilah beg tu. Seringgit satu.
Berasap telinga aku mendengar jawapan mengong itu.

Saya beli sepuluh helai pun tak cukup nak letak semua barang ni. Saya ni pelanggan tetap tesco. Tiap-tiap minggu belanja $%#@ratus. Macamana saya nak bawak semua ni kalau tak ada beg. Bla..bla..
Macamtulah lebih kurang aku cakap.

Kami boleh bagi puan guna plastik tesco yang biasa tetapi puan kena bayar sepuluh sen selai.


Aku beli barang bukan sikit-sikit. Dua troli tu. Penuh. Dahlah troli tu jalan senget macam ketam. Sakit bahu tau.... Kena becekak pulak lagi.

Lama-lama perempuan tu blah. Aku masih membebel-bebel tepi kaunter. Budak yang jaga kaunter tu teruskan juga punch barang-barang aku. Agaknya dia terpikir-pikir juga apasallah mak nenek ni meroyan pepagi hari tu.

Di screen terpapar @$#.60. Termasuklah harga beg plastik tesco sebanyak 8 helai untuk mengisi botol-botol sos, kicap, ubat gigi, berus gigi, pen etc yang kecil-kecil. Selebihnya aku dan siti humbankan je ke dalam troli. Selepas membuat bayaran kami tolak troli menuju ke kereta dan barang-barang tadi kami humbankan pula ke dalam kereta.

.
.

Tadi semasa aku pergi seksyen sembilan, aku tengok sampah masih juga bersepah-sepah tepi jalan dan tepi kaki lima kedai. Kalau tak boleh guna beg plastik, apa kata tutup terus kilang-kilang yang membuat beg plastik dan polisterin ni.

Sekian saja bebelan makcik. Hujung minggu ni aku pegi tesco nak bawak sarung bantal empat lima helai.

kakpah

18 comments:

ckLah @xiiinam said...

"....Naga yang menyorok dalam diri aku meronta-ronta mahu keluar..."


kakPah....seekor lagi naga yang keluar lupa nak masuk balik tu. Ada merayau-rayau depan pintu pagar rumah kak Pah...



Lariiiiikkk
KakPah gerammm...

aNIe said...

Alamak ai...Naga Kak Pah dah keluar tu...

Marah punya pasal...barang2 semua kena humban ye kak...haha...

Sabar kak...memang sekarang Sabtu diorang tak bagi beg plastik...

iina said...

Lepas nie kena angkut semua beg plastik ler kak.. kat sini dah biasa benda2 camtu.. lopeh nie akak bwk yo karung guni hehehe ;)

Kak Ezza@makcik Blogger said...

saya pun dah kena minggu lepas..kalau kak pah kena bayar 10 sen beg plastik kat tesco, saya di kena kan 20 sen kat tesco klang ni..rasa nya dah tiba masa nya kita kena pakai bag kain besar setiap kali pi beli barang,,,or kita kidnap jer troley tu balik rumah..apamacam?

Anonymous said...

Kat ganu ni tak de lagi gitu. Tesco kat kelantan.. tak tahu la kalau mereka charge beg plastik tu.

Susah gak, kita beli barang bukannya sikit. Memang patut fikirkan apa yang kak ezza sarankan. Bawak guni, ekekeke............

Pasal sampah tu.. hu hu.. entahlah. Ada orang, kat rumah dia bukan main bersih lagi. Tapi sampah, senang-senang humban dlm longkang atau ke rumah jiran sebelah (yang kosong)... Apa la dalam otak mereka tu. Busuk ati laa...

chekdenoor said...

ukhusss...... macam-macam prosuder sekarang ni... kerajaan kita pun satu hal juga......kalau nak guna pakai nilai tambah...main terus pakai jer .....sepatutnyer kalau tak nak guna beg plastik..siapkanlah beg kertas...... hmmmm sarung bantal...okay gak lah...ukhusssss

Yunus Badawi said...

Saya tengok Tesco atau peniaga di Miri yg tak bagi beg plastik ni bukan ikhlas nak selamatkan bumi dgn tidak menggunakan beg plastik tetapi lebih kpd nak jimatkan perbelanjaan mereka.

Kalau betul serius, gantikanlah beg plastik dgn beg kertas mcm yg dilakukan di pasaraya di AS nun.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Hajah,
Kempen kebersihan n gotong royong tinggal gitu2 aje. Tesco atau any supermart sepatutnya sediakan alternatif seperti suratkhabar, paper bags. Nak wrap sayur, bahan basah macam mana weh?

Mak Su said...

maksu mmg menyampah ngan konsep tu, tapi belum sempat nak meroyan. mmg tak berbaloi, maksu pun jenis borong sebulan or 2 bulan sekali, bukan maksu beli suar dalam jer, tapi segala mak nenek barang, takkan cukup dengan seketul beg recycle yang kena beli sendiri tu, lepas tu bawak beg sendiri katanya.... ayoyo, tak prektikal lah. maknanya, sekarang ni depa orang atasan mengajar rakyat untuk membeli-belah setiap 3, 4 hari sekali supaya tidaklah barang2 itu mencecah hingga ke 2 troli sekali borong. huh!

secangkir madu merah said...

kahkahkah...gelihati tengok kakpah mengamuk..syian lak budak kat kaunter tu tak pasal2 kena dengar ceramah pagi percuma jerk..huhuhu..
kat giant pon sama cam tu kak, setiap hari sabtu diowrang buat kempen 'no plastic bag'.. hari sabtu lepas pergi ke giant tengok ada customer yg mengamuk macam kes kakpah jugaklah ... memang mengamuk sakan org lelaki tu..merah padam muka budak kat kaunter tu..terkulat2 je dia memandang muka customer tu... so..lepas ni ingat ya kakpah klu gi shopping hari sabtu bawak karung2 besar yg ada kat rumah.. terpaksa akur walaupun tak puas hati....

'customers are always right'
boleh pakai ke ayat ni?

kakngah said...

agenda terselindung...
beli beg 'tu' + beg plastik = diorg lg untung..

sy suke kumpul beg plastik.. blh buat alas bakul sampah. xyah beli plstik sampah lg.. jimat. hihihi!!!

MrsMama said...

kak...saya susah komen ler kak, saya kat perlis ni tarak tesco. Tesco nak bisnes lah tu....next time suoh pelanggan bawak troli terus lagi bagus.

ibundo said...

cklah...yang kat luar pagar tu naga orang...

anie, tu lah pasal. tak tau le ni. kalau tau dah bawak luggage bag dah. beg pegi mekah haritu elok lagi hehe..

ina, ado sorang lagi pakcik kat belakang akak tu. Dia beli barang pun banyak gak. dia pun siap tolong bebel sama. dia cakap,'dia suruh kita pakai guni je...' haha..

ezza, akak dah cakap mo 'atuk' nak jahit karung kain sebosa guni. tiap2 kali pegi tesco, bawak. nak kidnap trolley? buek sampah yo ado. bukan e elok pun troli tesco tu hehe..

ibundo said...

tie, lama sungguh kakpah tak gi kota baghu. last sekali gi dorang tengah buat tesco. Besa sungguh kan tie? Bila la kpah nak nyoping kat tesco tepi sungai tu ..

chekdee, betullah tu. mesti beri alternatif. luar negara dah lama guna karung kertas.

Yb, kakpah sokong kau yb. Hidup yb..
err.. ko bila nak jadi yb kat bbbangi ni.

nora, betul... betul..

maksu, sebab tu kpah meroyan. memang tak praktikal langsung. Tak bagi guna plastik tapi suruh kita bawak beg plastik dari rumah. Err.. kita boikot apamacam hehe..

ibundo said...

SMM, akak pun kesian kat budak yang jaga kaunter tu. dia bukannya tau apa-apa. ikut arahan je. arahan orang atas la. orang tu duduk dalam bilik ekon dia je sambil goyang kaki. yang kena sembur ni lah budak2 kaunter tu. haha.. sian plak aku..
next time pegi akak nak bawak troli sendiri dari rumah erkk!!!

kakngah, betul tu kakngah. beg plastik tu boleh isik sampah. takkan sampah sarap dapur ni nak buang dalam beg kertas. habis tebarai dan terburai lah jawabnya..

mas, kau mana pegi senyap je ni. ingatkan dah balik melaka jadi sedagar cencaluk keh..keh.. Perlis takde tesco? Takpe la.. ada padang besar.

julietchun said...

pastikan sarung bantal yg kakpah bawak tu takde peta dunia ko,ahhahahaha.

ibundo said...

juliet, bukan saja peta dunia, peta alam semesta wakaka..
kureng asem ko..

Azita Zain said...

adui kak pah! marah pun ada, gelihati pun ada bila baca cerpen kak pah tu. errr...marah2 pun, nak gi lg tu!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...