Semasa menikmati hidangan nasi goreng paprik yang tidak berapa menjadi malam tadi, kami dihidangkan juga dengan slot raja lawak melalui skrin tv yang disediakan di gerai itu. Sambil menyudu makanan, sambil menoleh ke skrin. Aku menunggu-nunggu punch line untuk tergelak besar. Namun setelah tiga empat orang peserta membuat persembahan, aku masih tidak mampu untuk tersengeh apatah lagi tergelak terguling-guling.
Benarlah. Bukan mudah untuk melawak. Bukan mudah untuk buat orang ketawa. Aku kagum dengan aruah p.ramli. Walaupun cerita dan lawaknya aku dah tengok sejak aku masih di zaman sekolah dan ada dialog-dialog dalam ceritanya yang aku sudah hafal, tetapi setiap kali aku menonton semula filem-filem lawaknya sudah pasti aku akan ketawa sampai mengalirkan air mata. Berbeza sekali dengan cerita lawak masakini yang pada pendapat aku masih belum dapat menandingi hasil kerja p.ramli.
Kita selalu juga mendengar orang berkata 'buat lawak bodoh'. Kadang-kadang orang ketawa juga bila ada orang buat lawak bodoh tetapi lebih kepada mentertawakan orang itu daripada mentertawakan lawak yang dibuatnya. Dan selalunya kita menyampah mendengar lawak bodoh ini.
Ada orang pula memang sudah semulajadi menjadi pelawak. Melihat memek mukanya sahaja orang sudah ketawa. Patah-patah perkataan yang keluar dari mulutnya membuat orang ketawa. Tapi pelawak semulajadi seperti ini belum pasti dapat membuat orang ketawa sekiranya bertanding di dalam gelanggang raja lawak.
Siapakah bakal menjadi pemenang peraduan dialog lucu. Tunggu. Seperti yang aku katakan, bukan mudah untuk membuat orang ketawa.
Mintak maaplah ye. Gambar tak ada kena mengena dengan n3.
kakpah
20 comments:
betul tu kak pah...tak mudah nak melawak.
tp klu tgk link sy nnti, hrp kak pah sengih sket pun jadila sbb tak mungkin kak pah ketawa kowt...sbb sy tak pndai buat lawak.
gmbr mmg tak kna dgn n3 tp cantik dan sedapppp :)
Err...
gambar strawberry tu mengancam selera la.. ye betul, kucing memang suka merayau cari anak anjing yang dia suka geget-geget tu... itulah resmi kucing berbadan besar..
p/s: ada kalanya, komen tak seteru dengan entry ... hahaha
Kata kakPah:
"Mintak maaplah ye. Gambar tak ada kena mengena dengan n3"
Sebenarnya....itu yang lawak tu kakPah...ha...ha...ha...ha...
:)
ASSALAMMUALAIKUM KAK PAH
gambar ais krim tu mengancam sungguh
gambar2 itu sudah cukup untuk lawak...dok fikir, apa kaitannya....senyum aje , tak ketawa...susah mahu bikin orang ketawa!
salam hajjah
strawberry tu macam enak sangat...
ya....sb tak dianugerahkan "lawak" le saya tak layak join contest kakpah..walaupun nak sgt menang wang besau tu..puas pikir& berguling2 dgn ameen+iman tak kuar jgk dialog lawak....
Kak pah...gambar terakhir tu...memang saja nak menggoda tu...
aku baru nak kata apa pertalian gambar dgn N3? jauh kelaut.. apa2 pun gambar2 yg ditayangkan itu sungguh memukau pandanganku...
cayalah kakpah..
tulah kak den confius gak apo lak kono ngona gmbr ngan lawak hehehe.. tak kira ler ekk.. asalkan hati suka hehehe ..
sila pindahkan gambar tu kat entry acik ye kak pah...sbb acik yg bru turun dari cameron highland...hehehe..
*malasnya nk hapdet skang nih...
aryn, ngeh..ngeh.. kakpah tersengeh baca komen aryn.
nizam, ko belum abis sedih pasal kucing ko hilang haritu?
cklah, eh..eh.. ye ke. haha..
cikgu, rasanya lagi mengancam.
sonata, gambar untuk melepas gian. n3 untuk melepas geram sebab tak dapat gelak tengok raja lawak.
azani, strawberi masam2 manis. tiap kali naik ch mesti beli gak untuik bawak balik.
ummu ameen, tersengeh kpah baca komen tu. haha memang tak semua orang boleh melawak.
anie, memang.... sebelum makan amek gambar dulu bagi orang tergoda hehe..
smm, rasa macam nak tukar profeseyen plak..hehe..
iina, botul..botul.. suko hati den hehe
acik, ko nak gamba aiskrim tu ko wakaka.. jom cik. baskin robbins ado kek alamanda kan tapi humang aii mahal e..
Salam kakpah.
Puaslah saya cuba kaitkan gambar dgn citer kakpah. Rupanya takde kena mengena. Lawaklah kakpah kahkahkah
Salam hajah,
Saya tak follow pun Raja Lawak. Tapi posting hajah ni ada mesej tersirat dan tersurat.
yb, haha..kira-kiranya aku ni ada bakat lawak lah ye!~
nora, salam. saya pun antara follow tak follow je.
aku baru nak tanya apa kaitan gambar tu dgn lawak kak.... he he.
.
TM, kaitannya.. aku melawaklah..hehe..
Lawak sepatutnya bersahaja...
Mana buleh paksa paksa.
.
.
gambor???..
aku dah agak dah makcik nih!!!
ha ha ha ha
Post a Comment