Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, January 13, 2010

TAU!!!!!!!!

'Tau!!!!'

Bila kita cakap dengan anak begitu begini, macam tulah kadang-kadang dia jawab. Ada masanya belum sempat habis cakap lagi dia dah jawab

'Tau!!!'

Masa Muhammad masuk darjah satu, aku bagitau dia supaya tunggu aku datang jemput. Tunggu di sini, aku bagitau dan dia jawab,

'Tau!!'

Kebetulan aku terlambat sampai. Baru mahu keluarkan kereta dari garaj ada satu motosikal berhenti depan gate. Dia sahabat suami aku. Dan aku lihat Muhammad membonceng di belakangnya, tersengeh-sengeh. Belum sempat aku bertanyakan apahal, si sahabat bercerita.

Saya nampak Muhammad ni melalak ke hulu ke hilir depan sekolah. Saya tanya kenapa, dia kata emak tak datang ambil. Saya bawaklah naik motor.

Sampai sekarang aku sering ungkit balik ceritanya dengan adik beradik dia. Bila orang cakap tak mahu dengar betul-betul terus cakap: tau!!!!!


Masa masuk asrama, aku sering nasihat supaya menjaga harta benda sebab budak-budak asrama ni bukan semuanya boleh dipercayai. Dia jawab apa?

'Tau!! '

Tapi kejap-kejap itu hilang. Kejap-kejap ini hilang. Aku pun dah malas nak cakap. Dulu masa matrikulasi di Gambang, henpon hilang dalam bas semasa balik sini. Tercicirlah tu. Lepas tu beli henpon lagi. Beli henpon tu pulak tak nak yang koman-koman. Entah berapa bijik henpon dia ada. Masa dah masuk U dia merengek nakkan nokia yang harga seribu lebih. Ayah dia belikan. Aku cakap, jaga baik-baik. Pergi mana-mana bawak. Jangan tinggalkan dalam bilik.

"Tau!!!!"

Seminggu lepas tu aku talipun dia tak dapat-dapat. Bila balik rumah aku tengok kengkawan dia call dia guna telefon rumah. Aku main sergah je kata henpon dah hilang hape!! Dia tersengeh-sengeh nyorokkan muka belakang bantal. Sah!! hilang kat CC. Beli pakai kredit kad. Belum bayar lagi dah hilang.


Untuk mudahkan dia berulang alik ke kampus, ayah dia belikan kancil second hand. Masa tu dia dah duduk rumah, tak duduk asrama lagi. Tapi bila abah pindah duduk rumah kami, bilik dia dah kena take over oleh abah. Dia jadi setinggan di bilik adik dan Man. Lama-lama dia kata nak duduk dengan kengkawan, sewa rumah di Sungai Chua. Aku cakap dan ayah dia juga cakap, kereta tu kunci betul-betul.

"Tau!!!!"

Masa balik dari Mekah haritu, kaklong beritahu kereta Muhammad kena curi. Betul-betul pada malam sebelum kami sampai ke rumah. Dua tiga hari selepas kami balik baru dia berani tunjukkan muka.

Hilang. Kancil dia kena curi. Sekarang ni pergi kampus, menumpang motor kawan. Henpon? Sejak hilang, aku belikan yang cikai je. Boleh talipun dan boleh buat sms. Tak ada gejet-gejet.

Hai.... la Muhammad Basyir.

27 comments:

Yunus Badawi said...

Sabar ajelah kakpah ngeee

Tie said...

Tu laa...

Bila ibu cakap, semuanya tau...tau..

Pastu buat tak tau je.. kan dah susah.

Psst - Anak Tie pun sama la ..

lupekanje said...

acik pun tgh pening ngan anak sorang ni..
selain dari jawapan 'TAU' nih...diorg ni suka jawab.. 'MANADER!'

kkannnz...

Kaklong @ Izan said...

Macam2 feel anak2 ni...kaklong tak de anak besor lagi...tp ada adik yg suka cakap OK...
Tapi...buat lengah juga...
Suruh solat...die jawab..OK...
Tp dkt sejam tak berganjak gak...huhu...

Kaktiny said...

anak mak.. anak mak..

dia TAU yg mak dia sayang kat dia.. hehehehe...

indahhouse said...

Salam kak Pah,
Apa khabar? saya slalu blogwalkin sini.suka baca cite anak2.
Hihihi. tiap anak lain perangainya, kan kak? dia belum matang lagi tuh. Insya Allah, dia akan blaja sendiri.

psss...bagus tu, kak. beli henpon cikai je. kikiki

tasekM said...

kak... MC yg kecik ni pun dh pandai jawab 'tau' bila aku bg arahan apa2.

tapi 'tau' dia kadang2 selalunya menepati pun 'tau' yg aku nk.

sabor je.

he he.



.

~~**ieta azri**~~ said...

salam kakpah......
sabo je la akak...dugaan semua tu....ank ieta tu kecik lg...tp cam kaklong gak le...klu kita pesan pa pun msti jawab OK.....tp bila tanya lik apa yg kita pesan tu....sungguh x OK....kadang2 geram sangat....depa wat mudah je....lg 1..kt sek...tp2 ari nk gi sek...ieta pesan jg2 barang yg kita punya....ok gak la jawapanya...alih2 bila lik sek je mmm ada je menda yg ilang....mmmm ank2 la ni x tau la cam na no....klu tangan2 kang len pulak jdnya kan.....pa pun SABAQ je la kan......

kakngah said...

ms adam g kamping hjg thn lps...
3 helai tracksuit + 2 helai tshirt hilang...
mengaum omak eh....

Ms.Lilies said...

hehehe...
rasa2nya hampir kesemua anak cemni kot kan...toksah kata anak saya kak...saya sendiri dulu pun jwb ngan mak camni

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Tak tau lah saya, Hajah!

secangkir madu merah said...

salam kakpah...,
budak2 skrang memang cenggitu lah..
semua nak kena ingatkan..
tambah2 bila senang nak dpat apa2 benda kan? mintak je dapat, mintak je dapat.. kita dulu beli pensel sebatang tu pun punyalah jaga, punyalah sayang... isk isk isk...

Azita Zain said...

samalah ngan anak saya kakpah. cam gitulah juga jawabnya bila kita bercakap. lum sempat cakap lg dah menjawab. kengkadang tu geram gak...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam kak pah..sht ker? baca citer kak pah nie geli hati dan geram pun ada dgn ank bujang kak pah tue. nanti esok2 si adam cam ne la perangai nyer kan?

kina rasakan anak bujang kak pah bersikap mcm tue sbb dia senang nak dapat barang yg dia nak. dia x tahu bertapa susahnya kita nak belikan brg yg dia nak.

nti bila dia dah keje..dah ada duit sendiri. baru dia tahu hargai setiap barang yg dia miliki.

julietchun said...

hensemnya muhammad basyir,hahahaha.
kalau kereta hilang susah nak jumpa balik.

ibundo said...

yb, sabau..sabau..

tie, tu lah pasal.

acik, tu antara jawapan standard.

kaklong, ha.. tu pun jawapan standard gak. suruh pegi mandi, ok.. tapi ok dia sampai dah nak masuk mahgrib

kak tiny, emm alahai..

ibundo said...

nurindah, henpon cikai harga seratus je. hilang pun tak mengigau-ngigau..

tasek, haha.. tu baru sorang.

ieta, haha..rasanya jawapan ok tu jawapan standard anak-anak. Ok yang tak ok. asal jawab je apa yang kita suruh. err.. ieta dulu kecik2 macam tu ke ngehngeh..

kakngah, pueh kau mengaum yo. Singo ko, rimau..

ibundo said...

lilies, hahaha...err akak dulu tak kot (eh ..ye ke..)

kaknora, hehe..

smm, tengok budak gak lah. Ada yang memang tak tau nak jaga harta benda. Ada anak kpah ni yang tersangatlah sayang kat harta dia sampai orang lain jangan nak cuit sikit pun..

azita, tu yang geramm tu.

kina, adik beradik dia cakap macam tu gak. Nanti dah ada duit, beli sendiri, baru tahu betapa susahnya nak cari duit ni. barulah tau nak sayang harta.

juliet, ada rupa pelakon korea ke.
haah, dah hilang, jangan haraplah nak jumpa..

iina said...

Hehehe.. tau takpe hehehe..

ckLah @xiiinam said...

kakPah...










...TAU!!!



He..he..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam kak pah,

KN datang jenguk ni. pernah datang sini senyap2 dulu...heh3. selamat berkenalan.

ibundo said...

iina, sabau je kan..

cklah, tau!!!

Hajjah zainab, selamat berkenalan. jenguk2 le kita hehe..

Unknown said...

salam kak pah..hairan dengan budak-budak sekarang..tak pandai jaga barang..
bila hilang bukannya dia sedih.buat derk ajer..
.kita jugak di paksa ganti yang baru..geram sungguh..

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Hai la Muhamad Basyir!

Jangan risau Kak Pah, anak-anak saya pun gitulah jugak perangai memasing.
Bila keluar malam hujung minggu, balik lewat. Kata pesan berbuih mulut, kunci pintu, kunci pagar elok-elok bila balik nantai...jawabnya "ok, tauuuu!!! jangan risau mak!...cooolllahh..."
Esok pagi kita check tengok, pagar ternganga, kunci rumah elok je tergantung di pintu bahagian luar!
Adui! la!...manalah mak tak dapat darah tinggi! Nak dibalun dah besar gunung berjanggut bebagai!!
Sabooooo je lahhhh!

patik basyir said...

ade plak ckp cmtu mak ni..siap p0st kat bl0g lg tu..xnkla tengkar ngn mak,mak ckp jela pe mak suke..

ASH said...

kakpah,
merajuk dah anak kakpau TAUUUUUUU...

ASH said...

oooppppss.kakpau pulok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...