Pertama kali dalam 20 tahun, aku cuma melepak-lepak di rumah semasa hari pertama bermulanya sesi persekolahan awal tahun. Guru-guru yang menguruskan semuanya. Dapat aku bayangkan keributan hari pertama ini:
Ibu bapa yang datang untuk register anak last minute.
Anak-anak yang bergayut tidak mahu melepaskan tangan ibu.
Yang meraung di satu sudut sambil memeluk bag.
Yang menggigit tangan cikgu yang mahu memujuk.
Alahai.... aku tak terdaya nak menguruskan itu semua kali ini.
Penat lesu memang sudah aku rasakan sebaik balik dari mekah tempoh hari. Aku sangkakan itu cuma penat selepas aku menggunakan tenaga habis-habisan semasa mengerjakan haji. Tapi kemudian penat lesu itu diganti pula dengan demam tak pulih pulih.
Semasa sedunia bercuti menyambut tahun baru aku ke kedah kerana memenuhi janji aku pada kakngah walaupun malam sebelumnya aku demam kuat. Lagipun hari itu hari jadinya. Kesian dia duduk jauh di sana tanpa adik beradik meraikan harijadinya (kadang-kadang aku terlupa yang dia sekarang sudah jadi milik orang). Demam aku berterusan di sepanjang perjalanan.
Akhirnya aku dimasukkan di Kedah Medical Centre. Bermalam di situ dengan dilayani dayang-dayang berbaju biru (eh! biru ke). Masuk air lima botol, antibiotik satu botol yang kemudiannya membuat aku terjaga tengah malam kerana mandi peluh. Melalui xray doktor mengatakan ada sedikit jangkitan kuman di paru-paru. Tapi bak kata orang, life has to go on. Aku kena balik. Tadika nak buka. Anak nak sekolah. Imah ada kuliah. Ros nak kena jaga Faris sebab emak dia kerja. Dengan berbekalkan antibiotik untuk seminggu aku keluar KMC. Demam dah pulih tapi letih lesu masa ada.
Aku ingat virus ni serang aku saja.
Semasa di hotel menghabiskan semalam lagi di kedah, aku menerima satu panggilan telefon. Aku angkat tetapi yang dihujung sana memutuskan talian. Aku cuba cek kembali siapa yang menghubungi aku. Tapi nombor-nombor di henfon semua sudah bertukar kepada tulisan cina. Aku cuba buka phonebook. Jam. Tak boleh buka. Aku cuba charge batery, jam juga. Tak boleh charge. Sony aku tengah demam teruk. Jangkitan virus. Dan aku belum berkesempatan menghantarnya ke hospital. Nasib baik simcard boleh pakai lagi tapi banyak jugalah nombor telefon yang tertinggal dalam Sony tu.
(Orang boleh hantar virus melalui panggilan telefon?)
nota: aku masih lepak-lepak di rumah. Aku ambil mc sampai hujung minggu. Siapa yang pandai-pandai bagi mc? Akulah. Kan aku bos HAHAHA.... (Aku nampak tanduk ashley dah keluar sedepa)
22 comments:
mnm plain water bnyk2 kak..
dptkn rehat secukupnyer..
antibiotik jgn ngelat. kono abih an..
nx week blh spotcek tanduk berapa depa dah kehkehkeh!!!
musim virus la ye kak pah... acik pun tadek mood online, PC sik wat hal je...
PC wat hal, keter wat hal...
Alhamdulillah badan ni tk wat hal..
kak pah rehat la dulu...podulikkan tadika tuh...suh owang lain jago dulu...
Moga copek sombuh...
take care kak pah.... dugaan di tahun baru.
tapi kelakar gaks perihal tadika tu, huhuhu, sabo jer lah
Moga-moga cepat pulih tenaga tu... Err... minumlah kacip fatimah !! Waakakaa...
Salam Kak Pah,
Semoga kak pah cepat sembuh. Isshhhh.. melalui panggilan pun boleh ke sebarkan virus...
Salam hajah,
Semoga sudah sihat segar semula. Principal on MC. Parents nak jumpa tu. CPU saya pun buat hal. Tempat yang letak CD tu asyik buka, katup aje walau empty. Siapo punyo kojo tu?
Salam Kak Pah...
Laaaa...siannyaaaaa...insyaallah sehari dua lagi sembuh lah tu...rehat bebnyak, jangan fikirkan sangat tadika tu, pandailah dia orang uruskan...
salam Kak pah ,
masyaAllah demam2 pun nk jln jugak ka ,nanti cikgu kecik rotan baru tau , he he he ,
tak pa tak pa , ummi dah g jumpa dah si Asyley tu.
tanduk dia ummi dah lastik tu , terputus dua . jgn marah asyley.
tapi kak ash itu sgt cekap. tak gitu kak ash...? he he.
.
salam hajjah,
rehatlah, dah segar nanti baru ngadap klas.
kakngah, dah bontouih dah kek minam air.
acik, aduyai.. tu somo buek poning tu. takpo la cik. ado joki sok boli keto baru. kek 7E pun banyak jual kahkah..
maksu, betul la maksu. kenangan di tahun baru..
tie, nanti aku kena kacip dek budak fatimah wakaka..
echam, salam. insyaallah beransur sembuh.
nora, salam. semakin segar ni. pc tebukak tekatup? mungkin ada yang ziarah dari bukit depan tu? hehe...
yan, guru kakpah banyak membantu. memang tak terbalas jasa. Siapalah aku tanpa mereka..kik..kik..
tasek, yang ko jek dia tinggi sangat tu apehal. nak paw belanja makan ek..
azani, tenkiu. begitulah nampaknya.
kak rehat2lah.. mc tuh leh buek sendiri kan.. nak lelamo pun boleh.. biar rehat betul.. nak kejar2 pun krg klu tak betul2 sihat sakit lain lak dtg.. tapi biasalah org pompuan nie kan sakit2 pun fikir gak keje.. domam2 pun buek gak kojo umah.. kan kak..
ina, hati ni nak poi bojalan jo. kaki togigil2 lagi. Tapi botullah cakap ko tu. orang pompuan ni susah nak tobaring jo kalau domam pun. ado yo yang tak kono kek mato...
terlupa nak ucap...selamat kembali dr tanah suci..
fuh..lamanya tak masuk sini, haih.
hahahaha...
Salam kakpah.
Semoga cepat sembuh walaupun mc sampai hujung minggu. Jgn kakpah sebarkan virus melalui blog sudahlah ngeh3x
(jgn marah - gurau aje)
seronoknya kalo buleh bagi mc pada diri sendiri,lama plak tuh.
Ha ha ha..
STETMEN : 'Tanduk keluag sedepa" tu agak agak nak TANDUK sapa tuh?!!!
ha ha ha
.
.
.
aku tak pengsan lagi!
MUJURK!!
Aku rasa orang yang dok dalam kelas 6 tahun kat PERDANA yang nak PENGSAN mola mola.
Anyway semoga cuti cuti nih melegakan segala penyakit.
puihhh puihhh puihh...
nah aku dah sembor ngan ayark yasiiin!!
LARI HABIS SEGALA BIRUS!
Cepat sembuh ya kakPah!
salam..semuga cepat sembuh dan boleh gi lawat tabika..masa nilah best gi tenguk..macam-macam ragam ader..
Salam Kak Pah
uji doakan akak cepat semboh
boleh sambong balik
ngurusin tadika
aritu PC uji pon
dah terkena bairus
dekat seminggu
take care kak .. :-)
ckgooden, iyolah..
yb, haha.. boleh transfer ke. kalau boleh aku hantar kat blog ko (saja nak dengki hehe...)
juliet, aku rasa nak tambah seminggu lagilah..haha
ashley, er..er.. virus aku tak nyangkit ler.
cklah, on the road of recovery.
ina kl, senin depan insyaallah.
uji, thanks. Dah nak okay dah ni. Dah boleh masuk dapur, masak.. hehe.
Post a Comment