Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, February 2, 2010

CASA IMPIAN

Aku mempunyai sepupu yang baru sahaja berpindah berkerja di hospital sultanah kalsom di cameron highland. Baru tak baru dah hampir ke setengah tahun juga lah. Sebelum bertolak, abah berpesan supaya pergi menemuinya bila sampai di sana.

'Alang datang satu famili ko' tanyanya.

'Tak. Beduo yo'

'Ambooooiiiii...' dan aku cukup-cukup paham dengan amboinya yang panjang itu.

'Alang tingga kek mano' tanyanya lagi.

'Di Casa..... Casa..... Casa apa bang?'

'Casablanca'

'Ha.. Casablanca. Nanti bilo alang dah sampai sanun, kito calling-calling lagilah ek'

Kami teruskan perjalanan hinggalah sampai ke tempat penginapan kami.

'Ek ele... Casa dela Rosa la. Mana plak datangnya casablanca nih' kik..kik..kik.. kami sama-sama ketawa.


Besoknya seperti yang dijanjikan melalui telefon, kami ke kuarters pegawai hospital yang letaknya juga di dalam kawasan hospital dan bertemu dengan sepupu aku sekeluarga. Lenguh aku naik ke tingkat 4. Naik tangga sebab tak ada lif.

Kono duo taun ekau duduk sini Nor, maun tinggal tulang rangko yo. Good exercise botul ni.

'Lang, malam tadi kitorang poi meround Tanah Rata, tak jumpo pun Casablanca'

Kik..kik..kik..



Aku masih lagi terbayang-bayangkan bunga-bunga yang cantik diCH dan tangan agak gatal juga mahu mendownload gambar-gambar tersebut. Tapi tak mahu boringkan yang datang menjengah di sini.


Sekian.

kakpah

16 comments:

Mak Su said...

hik hik, casablanca pun casablancalah :)

Anonymous said...

Oo... ada hospital kat sana, ekk ? Tie tak pernah pergi laa.. Mesti best dok tempat sejuk tu..!

ckLah @xiiinam said...

Keh..keh..keh...

aza ni said...

salam hajjah,
kira dokeklah tu...

Yunus Badawi said...

salam kakpah.

amboi pergi CH berdua aje. Teringat saya bawa emak adam (eh masa tu belum ada adam) berbulan madu ke sana hehehe

sejuk best! ngeeee

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Hajah,
CH ingatkan saya Teh Boh pelbagai flavour: seperti strawberry, lemon, orange.Mesti bawa balik.

iina said...

oklah tuh kak poei casablanca hehehe.. tingat cito lamo casablanca.. dedulu CH tuh tompek den poei dating hehehe ;)

pak long said...

salam buat akak....
ada satu lagi hotel yang namanya....
Rosapasadena....tapi orh kuala kangsor kata....
...Rosak pasa deme....hehehe

Nizam.Ariff said...

Kak, kat sana masih sejuk lagi ker?

Karam sing walia kata dah nak panas..

ibundo said...

maksu, haah tak kesah. asalkan aku dapat jenjalan kehkeh..

tie, ada. pesakit paling ramai 15 orang. relek tul.

cklah, keh..keh..

azani, dokek.

yb, kiranya adam tercipta di situ.

nora, antara barang mesti beli bila ke ch. teh2 pelbagai rasa dan strawbery.

iina, haha cito lamo yo. cito lamo tu yang sodap dikonang.

paklong, haha pandai la paklong buat lawak.

nizam, toksah pecaya cakap karam seratus peratus. Sejooooook wo.

Unknown said...

salam kak pah ,
dah lama gak tak jenguk ke sini ...

ambooiiiiiiii g CH berdua je no .. kik kik kik

apa khabar pengantin ari tu , tak der cerita di sebalik cerita lagi ka?

indahhouse said...

salam kak pah,
hihihi. dah jauh gi casablanca tuh. cantik betul nama tempatnya casa dela rosa...

tasekM said...

aku dh bertahun2 tak gi sana kak. CH adalah best bg aku...

:)


.

sakurasa 2 said...

kak pah tq atas ucapan dan doa untuk sakura

ibundo said...

ummi, cerita pengantin? haha.. ada cerita baru mesti kakpah posting dalam blog.

indah, bunga2 kat CH tu teramatlah indah.

tasek, pegilah.. tapi cinaraya ni dah jem.

sakura, semuga bahagia kekal ke akhir hayat.

ASH said...

kakpah,
ni kira hadiah hari jadi jadian la kan..sambut sendiri sendiri..keh keh keh...
belated to both of you
sorang on the 7th of January
sorang lagi on the 28th.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...