Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, February 15, 2010

CUTI CUTI MALAYSIA

Memang tak dirancang pun. Plan awal, suami buat kenduri tahlil untuk aruah atuk senin (FIL) di surau sebelah rumah nenek (MIL) dan kami berdua saja yang balik. Makan-makan semua diuruskan oleh pakngah guna keterer yang dia kenal. Kalau kami berdua saja senang, bentang toto tengah-tengah rumah, beres.

Tapi bila yang lain-lain tahu dan nak ikut, maka plan bertukar jadi cuti-cuti balik kampung cum ronda-ronda kota bersejarah. Bila ramai yang ikut, rumah nenek dah jadi tak muat tambahan pula bila acik dan makteh anak-beranak pun balik. Kami rancang duduk apartment saja.

Kena cuti raya cina, apartment semua penuh. Tanya sini penuh. Tanya sana penuh. Bila minta bantuan pakcik gugel, dia memberi satu nombor yang boleh dihubungi dan suami mendail nombor itu.

Ada satu apartment di air keroh, nak tak?

Amek je la.

Kita amek dua malam ek.

Janji termeterai, wang bertukar akaun dan sabtu 13 februari kami dua kereta menuju ke melaka dengan disaksikan oleh deretan kereta lain yang terensot-ensot dari bandar sri putera hingga ke seremban.

Setibanya kami di Lake Garden Resort aku terpegun melihat satu resort yang amat sesuai dijadikan lokasi filem horror.









Nak tak nak, mahu tak mahu, duit dah bayar. Aku lihat di perkarangan parkir kereta ada beberapa biji bas dan beberapa biji kereta juga. Kurang sedikit keresahan tetapi imaginasi liar tetap menerjah setiap ruang di kepala. Nasib baik juga keadaan di dalam apartment tidak seburuk pandangan di luar. Dan bila malam tiba aku perhatikan cuma ada beberapa bilik sahaja yang bersinar dengan lampu. Yang lain-lain, tetap menyeramkan.

Sayang sungguh tempat itu terbengkalai begitu. Err.. lepas ni kalau disuruh duduk free pun aku takkan mahu.

Agenda di melaka:

Hari pertama:
Kenduri kahwin anak sepupu suami, siang.


malam, kenduri tahlil aruah atuk senin



Hari kedua:

Pagi, jalan-jalan di zoo melaka. Osah ponek e.










petang, jalan-jalan di banda hilir





malam, makan ikan bakau


Hari ketiga

water cruising.


Apasallah gambar mamak tu tersesat kat situ.

Hampir pukul satu jugalah baru habis meronda banda hilir sekali lagi. Dan sempat juga kereta farah/hisyam kena saman walaupun aku rayu suruh polis tu menarik samannya balik. Polis tu jawab, isteri saya pun kena saman tadi sebab letak kereta kat sini.
Kalau cam tu, tak dapeklah den nak nolong.

p/s mintak maaplah kak nora sebab tak sempat nak datang ke rumah u. Program padat nau. Laen kali lah ek, insyaAllah.


Kakpah

15 comments:

keireen said...

lain kali kite pergi pulau jom mak!

iina said...

Kak Pah

Pesal muka akak cam tak horor jek hehehe.. dahsyat gak ekk kak tgk bgn lamo tuh.. tingat dulu den kono kek melako gak tgh2 bndr melako masa tuh bujg2 lagik.. bilik kita org kena ketuk org mabuk memlm buto.. udahlah pukul 3 pagi dan dlm tuh semuo anak2 daro hehehe

aNIe said...

Kak pah...anie pun baru balik dari Melaka...banyak2 tempat tu yang pernah pergi cuma zoo & ikan bakar je...

Terkojut boghuk ye kak pah tengok Lake Garden Resort tu...hahahaha...

tasekM said...

kak, awat la hang tak mintak advice aku dulu. jumpa tak ayer keroh d'village resort...? sblm nak pi hotel lake garden tu. resort tu lagi ok. hotel tu mmg tak dak org duduk tau dak. elok buat pengambaran scariest places on earth je tu.

ha ha.


.

Guru said...

assalammualaikum
saya pun pernah tersewa kat situ...
katanya awal2 dulu begitu gah sekali tempat tu

Yunus Badawi said...

makan angin sakan ni kakpah walaupun tak dirancang dari awal.

Ikan bakar tu kat mana?

Yunus Badawi said...

tumpang lalu: TasekM
kalau aku nak bermalam kat Melaka lain kali aku tumpang rumah ko aje lah ya. Save sikit bajet hehehe

Anonymous said...

Erk ! Takut tengok resort tu.. Tak de ke yang usik dan diusik ?

Best gak jenjalan kat melaka.. Tie dah lama tak ke sana.

ibundo said...

kirin, pulau? erkkk..

ina, tak horor ke muka tu. ish.. terlepaslah peluang nak jadi pelakon tambahan.

anie, memang tokojut. lenkali kena tengok sendiri. setakat temngok gambar dalam internet tak leh pecaya..

tasek, hek ele.. orang dah kata semua resort, hotel dah penuh. lupa plak tak gi umah ko ek..

ibundo said...

cikgu, tengok dari keadaan, mesti satu masa dulu 4 stars. sayang ek. melayu punya kot..

yb, tak dirancang tu lah jadi tersewa tempat macam tu.

tie, nasib baik tak de yang ngusik walaupun usik mengusik sesama sendiri tentang keseraman persekitaran hehe..

ASH said...

Kakpah,
asal jangan ada yang menumpang bertenggek atas kereta...ronda ronda sekali. he he he

tuan director said...

suka la banner blog kak pah..comel

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam hajah,
InsyaAllah, next cuti-cuti melaka, okey.

ibundo said...

ashley, takdak..tyakdak..

wan, betui ka..

kaknora, insyaAllah. Rumah dah tahu dah.

kakngah said...

sy msk ayer keroh hr senin, jem gak.. lalujek.. xsinggah mana2 pun psl nk g spital..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...