Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, February 16, 2010

Telinga Pun Nak Kena Servis Juga

Anak-anak kelas aku dah beratur duduk bersila atas lantai. Beg-beg semua sudah dipegang erat tak mahu dilepaskan lagi bagaikan takut tertinggal.

Nyanyi-nyanyi, sudah.

Baca zikir, sudah.

Baca doa untuk balik pun sudah.

Tinggal tunggu loceng berdering aje. Sementara itu aku buat cerita-cerita rekaan untuk merelekkan mereka yang dah tak sabar-sabar nak balik.

Aku dengar loceng berdering.

Okay children, stand up. It's time to go home. Say your salawat and salam ummu.

Aku tengok anak-anak aku macam tecengang-cengang antara nak bangun dengan tak mahu bangun.

Tiba-tiba si haziq dan haikal ketawa sambil menuding-nuding jarinya ke arah belakang aku.

Henpon ummulah yang bunyik!!! bukan loceng.

.
.
.
.
.

Susah betullah kalau ringtone sama bunyi dengan loceng sekolah.

kakpah

21 comments:

lupekanje said...

haha..lenkli pilih la bunyik yg tk kompiuskan tinger...

ibundo said...

acik... dah tukar dah. tapi konpius gak. siap leh tanya lagi tu ' weh.. sape punya tipun yang bunyik tu...'

tunbegia said...

sungguh keliru, jangan sampai bunyi masa tengah solat sudah,

salamm,

Nizam.Ariff said...

Dulu, masa sekolah rendah dulu, loceng sekolah aku adalah rim tayar lori yang diketuk dengan besi paip...

aNIe said...

Hahaha..kak pah sendiri yang terkonfius

ejaMaria said...

ala kak... cukup2 la kat skolah... kat umah pun dengar loceng skolah gak ke?

ckLah @xiiinam said...

Krrrriiiiingggg!!!




KakPah...
Masa untuk sarapan!


He..he...

Acik Erna said...

kak pah..bunyi tepon memang mengelirukan..tambah bila anak2 suka menukr2 bunyi tanpa maklum kat kita..
tentu seronok ye..kak pah mengadap kerenah budak2 hari2 macam tu..

tasekM said...

hahaha... kasi tukar la itu ringtone kak. bunyi katak pun tak pe.

:)


.

pB said...

tukauuuuuuuuuuu

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

krrrrriiiiiiinngggggggg......

krrrrriiiiiiinngggggggg......

krrrrriiiiiiinngggggggg......


hik...

bangun semua...jom balik!!

secangkir madu merah said...

hahahhahaha....nak join sama bebudak tu ketawa...

tukau je ringtone yg tak bunyi kringgggggg..

Mak Su said...

huhuhu, aiyoooo. abis tu kakpah cover line cemana?

aza ni said...

salam hajjah
nokia ada rooster tune....

Unknown said...

kalau camtu kak pah kena tukar nada deringlah ek..
aduhai takutnya tenguk apartment tu..mengerikan sungguh..tapi ina suker jejalan kat melaka..

Yunus Badawi said...

Kalau saya ada dekat kakpah, saya saja nak tepon utk dengar bunyi ringtone kakpah yg baru hehehe

ibundo said...

tunbegia, kalau kat rumah selalu gak bebunyi masa solat. kalau kat masjid, off.

nizam, ko hidup dalam kurun keberapa..

anie, dah tuo

ibundo said...

ejamaria, erk.. terbawak2 sampai ke rumah

cklah, bilalah agaknya kakpah nak bersarapan kat teluk intan ek..

erna, memang seronok dengan keletah bebudak tapi kalau kena yang tak dengar kata tu boleh kasi temperature rising jugak la haha..

tasek, dah tukau tapi aku keliru gak. ingat tipun sapa yang bunyik.

ibundo said...

pb, dah tukauuuu..

kina, ko sekolah dulu ingat nak baaaaalikkk je ek.

smm, dah tukau tapi tak sedap bunyik e

maksu, bab cover line ni maleh nak citer ni wakaka..

azani, kang abih pulak anak murid aku berkokok. lagi parah kehkeh.

ina kl, memang dah tukar pun. kampung ko kek mano ina.

yb, haha tak yah lah dengau. tunggu je aku cipta dering sendiri

Mohd Hafizd said...

cute sgt...haha

Unknown said...

ler... sabau ajelah. kanak-kanak memang lurus dan jujur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...