Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, February 12, 2010

JUTAWAN FAKIR

Salam Jumaat


Semasa berhenti di traffic light semalam, mata aku terpandang satu kertas yang di tampal di tengah-tengah tiang. Bila aku amati betul-betul tulisan di kertas itu berbunyi

PENDAPATAN 1,500 - 3,500 seminggu
hanya berkerja di rumah.
hubungi 012-xxxxxxx


Melihat kepada angka yang diberi, siapa yang tak terliur dan menelan air liur.. gulp..
Katalah dapat 1,500 je seminggu. Kalau sebulan? Kalau berbulan-bulan?

Berjalan-jalan di alamaya juga pasti kita akan bertemu mesen membuat duit seperti ini. Siap dengan bukti terpampang, cek-cek dan akaun yang mencecah ratusribu ringgit. Gulp... telan air liur lagi.

Naluri tetap mengatakan, tak usah percaya. Agaknya sebab itulah orang macam aku ini tidak boleh bergelar jutawan.

Kakpah

13 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Salam Kak Pah,

Jangan percaya benda2 tu. Banyak sangat penipuan..

kakngah said...

buleh buek kelabu mato jd eh..
baik tak usah.. kang nk jd kayo.. toghuish kayap!

Tirana said...

Betul la kak pah, saya pun susah nak percaya benda-benda macam tu sebab berpegang kepada "tak kan orang senang2 nak bagi duit kat kita". Nak jadi kaya, kena usaha kuat.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam hajah,
RM ke Rupiah? Jangan cayalah!!

julietchun said...

saya pon kekdg teruja gak tgk iklan gitu tapi masih belum berani nak mencuba.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

dulu kina dah pernah kena tipu sekali.sampai sekrang htg x hbs lagi.

1 hari kina lagi pb bln dah nak kawen.tetiba sorang lelaki cina suh bukak kad yg telah disediakan.katanya x byr pape.just bukak je.kami pun bukak je lah.dan2 ada gambo kereta.dia kata kalau nak kereta kena beli brg dulu.sbb hadiah nie dah tahu menang pe.kami pun nak sgt dpt kereta baru.pergilah beli brg2 tue.tapi bila dah byr dia suh bukak kad. kami pun bukak la. dan2 dpt tilam jed. hampeh!!

bila kina ckp mn hadiah kereta tue? dia kata kami tilam nie je.kereta x de..

so lepas nie kina x mo pandang lansung org yg nak bg kad gores ke kad cabut ke.kina dah fobia!

huhuhuhuhu...

Acik Erna said...

betul kakpah..jangan mudah percaya..kalau la begitu mudah dapat duit..tak de orang susah kat malaysia ni..

Mak Su said...

x leh caya tu, semua auta

iina said...

aihh senang2 jek org nak bg 1500 seminggu.. hahaha.. kalau jutawan kak.. seminggu musti dapek 10K baru leh jd jutawan hehehe.. alah duit takkan dtg bergolek.. xde tumbuh kek pokok de..

klu btul2 leh buat duit kan nape takde iklan kek dlm tv ke.. jdkan program utk rakyat termiskin ke.. nape takat tampal2 kertas topi jln yo.. hehehe den muskil ler kak

Elly Emmy said...

salam..
betul tu kak pah.. tak leh percaya.. last2 dlm terang kita jadi "butawan" kena tipu idop2

aza ni said...

salam hajjah
ntahla...

ibundo said...

kepada semua,
haah.. jangan pecaya. penah juga dulu mencuba haha.. sebab tu tau.

sori tak dapat jawab satu2. tengah holiday di melaka dan tenet pulak macam siput.

selamat berlibur....

Nizam.Ariff said...

Dia kaya dengan duit orang yang kasi kat dia la tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...