Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, February 17, 2010

Sakit Mata Memandang

Dia sedikit membongkok mencapai borang di hadapannya, mendedahkan sedikit bahagian belakang. Dia tegak kembali mencari sesuatu di dalam beg tangan. Mencari pen barangkali. Terus membongkok semula menulis sesuatu di dalam borang tadi. Tangan kirinya kejap-kejap menarik ke bawah belakang bajunya yang agak pendek itu. Mungkin dia juga tahu yang beberapa pasang mata sedang memandang ke arah itu.

Sambil menulis, sambil menarik baju. Membuat aku merasa heran. Kalau sudah menyarung baju sebegitu mestilah untuk dipertontonkan kepada orang. Kenapa perlu ditarik-tarik?

.
.
.
Orang melayu sekarang sangat pandai berpesen.

kakpah

16 comments:

kakchik said...

assalamualaikum kakpah.

membaca entri kakpah yang ni mengingatkan kakchik pengalaman turun escalator dlm shopping mall.

si lelaki tarik tangan perempuan bertudung duduk, bila dia duduk, astaghfirullah, kakchik yg di belakang ni nampak terus ke dalam seluarnya, nampak segala. dia paling belakang, tengok kakchik ada, dia bangun, tarik bajunya. si lelaki terus tarik tangan suruh duduk hingga escalator sampai di bwh, tak mau dia dan matanya asyik paling ke belakang tengok kakchik.

tau pun segan.

Yunus Badawi said...

Salam kakpah.

Singgah kejap sebelum tidur.

Ini mcm perempuan yg pakai tudung tapi pakai t-shirt lengan pendek

iina said...

Kak pah.. agaknya sekarang nie fesyen tarik2 kot hehehe.. tingat main mercun tarik kocik2 marin.. tarik2 yg itu mmg best hehehe ;)

pak long said...

salam buat akak...
haah kan kak...kiter yg nengok naik rimas n malu...hehehehe
buat kak pah..moga sentiasa dirahmati ALLAH...

Erna said...

kak pah..bukan sangat pandai la..kak pah..tak pandai tu..kalau pandai..mesti tau..macamana perempuan islam berpesen..kat opis ada sorang..selalu saya tegur..sampai dia marah ngan saya..umur dah 45...masih pakai pendek2 ketat2..macamana la nak tegur anak suroh sopan...

kakpah said...

kakcik, yang nampak lurah belakang tu memang selalu terpandang dan geligeleman

yb, nampak betis pun ada gak

ina, kek sanun ado jua morcun tak.

paklong, ameeeen...

erna, ada juga orang yang berani menegur macam erna... bagus tu. biar la dia marah pun.

xiiinam said...

Kebejatan sosial semakin menjadi-jadi...


Ya...sooooo..sial!

kakngah said...

diorg xmo tutup kak.. kite la yg terpaksa tutup mata....

ima said...

salam kak pah...memang ramai kak pah yang pakai pesen tu...kadang2 kita pulak yg rasa malu...huhu,minta jauhlah benda2 yg tak elok tu dari keluarga kita.

kakpah said...

cklah, dah balik dari bercuti ke..

kakngah, camno nak tutup mato. kang jadi macam haiya cik siti.. ana tak nampak yalan..

ima, mintak2 dijauhkan ...

Kak Nora said...

Eleh, dah tahu tak selesa, nak berpesen juga.

julietchun said...

pesen tunjuk spender tu lagi dasat, apa kes nak tunjuk spender murah kat org,kita yg pandang ni pulak rasa tebal muka tapi dorang selamber je.

a kl citizen said...

assalammualaikum kak pah

saya rasa dia tarik tu nak suruh orang tengok...

Mak Su said...

tak paham gaks maksu apa masa'elah nyer tu... ciri2 solehah kot? oops!

kakpah said...

kak nora, tu lah pasal..

juliet, yang terpandang ni pun dapat saham gak..

cikgu, haha iye kot..

maksu, ooopsss hehe..

lupekanje said...

hahah....kak Pah..kak pah..
memacam ...

errr....jgn anakku pakai centu...tk ku hambat keliling tasik putajaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...