Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, March 22, 2010

Biarlah dia hujan. Kurang sikit panas ni...

Petang semalam hujan lebat sungguh. Dengan petir dan kilat sabung menyabung.

'Abah, kilat sabung menyabung ke, sambung menyambung'

Abah terer teka silang kata. Dulu kat suratkabar selalu ada peraduan teka silang kata. Abah tak pernah miss hantar borang. Ada juga beberapa kali abah menang. Tapi sekarang ni dah lama tak ada.

'Sabung menyabung'

Sebenarnya aku pun tahu tapi saja nak test abah. Kalau dia tahu aku saja-saja nak test dia mesti aku kena sekel sebijik.




'Nanti malam remote jangan pegang h'a..'

Hek ele, tak pasal-pasal je aku kena warning dengan suami. Baru aku cadang nak tengok HBO.

'Ala.. tak heran. Ai pun ada banyak kerja nak buat malam ni' Jawapan orang yang tak puas hati sebab tak dapat pegang remote astro.

'Malam ni MU main. Jangan kacau'

'Hehheh... entah-entah takde siaran. Rintik-rintik lagi kat luar tu' aku sengeh sampai tepi telinga.

'Dengkilah tu'

Aku dengki? Takkan aku nak mengaku aku dengki pulak kan tapi rasa-rsanya memang aku dengki...keh..keh..



Tau jelah astro ni. Asal mendung je dah mula buka siaran 'no service'. Kesian juga aku bila tengok suami terkebil-kebil tengok MU score sebaik game bermula dalam keadaan gambar yang klik klak..klik klak..

Aku? Dalam kesian tu sempat juga hati aku berkata, told you so!
Dan aku tengok suami aku terlelap depan TV yang masih tak bergambar.



Dalam badan aku ini aku agak-agak ada mengalir darah raja bugis. Jangan warning aku lain kali. Nanti ketulahan.
Kahkahkahkahkah.......


kakpah

24 comments:

Ejamaria said...

amboi kak... gelak dengki nampak... hahaha... kite pun gelak utk En.Ejam...

Ena said...

eheheh..
kelakar lah akak nie.. cam sy juge la tu.. selalu x ngaku ngan hubby pd hal memg dengki pon.. ^_^

sueMY said...

lawaks..saya if ada citer best,sy suh asben lepak kedai mamak tengok bola..haahhahaa

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam kakpah..

gelak sakan nampak....

nOtaKaKiKiNa: kakpah..ada TAG tuk kakpah.

Ummi Humaira said...

salam kak pah ...

ummi tak pernah dengki dgn hubby kalu kes astro . ummi tak pernah menang kalu berebut benda alah tu ... he he he

bila ujan Awni selalu ckp 'ummi, Awni nk pnjt ats bumbung leh tak , nk letak payung ' he he he
padan muka korang tak dpt tengok , ,,,UJAN .. dengki gak le tuuu

tasekM said...

pesen dengki la ko ni kak!~








errr... sama le kita~
he he.

kayteeze said...

Di ganu ni pun dah hujan... dekat seminggu. Alhamdulillah.. sejuk sikit rasanya.

Tie dah tak guna Astro lagi, so bila hujan tak ada masalah, ekekeke.....

Wansteddy Tales said...

ha'ah la astro ni. ramai dah komplen tp xde tindakan pun. hujan sikit2 pn sibuk nk off siaran. kita bayar memahal tgk TV blank je huhu. sama la hb kita k.pah. klu liverpool bersiaran jgnkan HBO, disney channel utk Damia pun kena off siaran haritu huhu

ita cutevirus said...

so sweet kak pah...

tp kan kak, dari dengki mendengki tu la datangnyer sayang kan kak??? bergurau senda...

Tijah said...

alaa...

baru nak lotak gamba mi berahim pasar pilah. agak2 kono ketulahan tak peh tu?

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Kak Pah,

Memang semalam hujan lebat sungguh. Kilat tu yang takutnya.
Kat rumah Auntie tu ada 4 orang peminat bola..Auntie ni, minat sikit-sikit je. Sambil depa tengok MU tu, Auntie ngadap gak TV, tapi sesambil gosok baju.....eh?...rumah kita tak jauh mana... apasal rumah Kak Pah tak dapat siarannya?...rasanya kat rumah Auntie semua jejaka tu happy je tengok MU sampai habis...MU menang lagi kan??

Kak Nora said...

Kalau sana MU, sini tennis, jangan kacau tau! saya hadap PC jawabnya!

julietchun said...

dengki berdengki membawa bahagia :P

DrSinga said...

air hujan bertakung dalam dulang estro tu.....
salam kak pah...!!!
:)

kakpah said...

ejamaria, sambil gelak sambil keluar tanduk.

ena, kehkeh..

suemy, kalau ada citer best, kakpah awal2 dah sorok remote.

kina, wah.. ko kenakan akak ek.

ummi, dengki2 bawak bahagia hehe..

tasek, huwaa.. akak dah tau dah ko memang pesen tu wahaha

kakpah said...

tie, baguslah dah hujan tu. dugaan!!

wan, kami berebutkan 2nd decoder ni..

ita, h'a.. tau tak per.

tijah, gerenti ketulahan tujuh keturunan.

kakpah said...

yan, Dah nak habis baru siaran ada. Sini hujan semalam. Kat putrajaya tak ujan ke.

kaknora, kalau bola ni kakplah tengok jugaklah. tapi kalau tenis, tak minta langsung. macam boring je.

juliet, hehe.. weh, mana pegi lama tak update.

drsinga, salam. Betul..betul..

iina said...

samolah kita kak darah bugis gak.. hahaha dulu omak den ponah khabar kek den.. isteri nie mulut dio masin.. jgnlah ckp bebkn hahahaha musti kono..

lupekanje said...

jgn memain dgn org bugis ye kak pah...??! hehe..

jgn kasik org bugis naik darah....golo dek eh...hehehe

pB said...

salam dari Puchong

kat umah ni tak ada siaran Sport sebab aBear tak minat tengok siaran sukan ...

he he he ....


kalau mlm , remote astro pB yang cong'kerrrrrr

Erna said...

samo lah kak pah..hujan..tapi kol 10 dah o.k dah..cite yang nak tengok dah habis..tertengok pulak cerita hindi..dah lama tak tengok..sekali tengok..best pulak...shah rukh khan..

AZANI said...

salam hajjah
power tu hajjah ada daulat,,,,

kakpah said...

ina, darah bugis campur darah minang lagi power kow..ekeke

acik, osah botul.. golo

pB, orang kalau dah gila MU susah. Dia ajak kita gila sama.

Erna, kpah haritu tertengok citer hindustan channel 952. Mr B main. Tengok gaklah sampai habis sebab channel lain sume cerita ulangan.

Azani, haha.. ko jangan memain ngan akak.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kelakar la...hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...