Anda tak ada idea nak buat kreativiti apa dengan anak-anak? Jom kita buat bola hiasan..
yang diperlukan:
Beberapa helai kertas warna.
gunting
gam
tali/reben
acuan berbentuk bulat. Tak kesahlah, mangkuk pun boleh.
Tekap acuan bulat ke atas kertas warna sebanyak lapan keping. Gunting.
Kemudian lipat setiap bulatan kepada tiga penjuru seperti dalam gambar.
Dengan menggunakan gam, lekatkan empat keping kertas tadi seperti dalam gambar jugak. Kalau malas, nak guna stapler pun tak apa. Tapi mestilah tak cantik. Anak-anak lebih gemar main gam. Lagipun kang terstapler jari, aku tak bertanggungjawab.
Okay, dah siap set sebelah atas. Buat yang empat keping lagi tu macam step di atas.
H'a, dah dapat dua. Ni belum siap lagi ni. Lepas ni kena cantumkan pula kedua-dua ni. Ala, kacang je.
Apabila semua sudut sudah digam, maka jadilah ia sebiji bola hiasan yang siap untuk digantung. Kalau nak gantung kenalah ambil tali dan pandai-pandailah nak lekatkan tali tu macam mana.
Err...gantung kat pintu masuk rumah pun cantik gak ni. Apa lagi, jomlah buat. Pastikan gunting yang digunakan itu tak tajam. Jangan saman aku kalau ada jari yang tertanggal. Aku dah warning dah awal-awal.
Kat tadika tadi buat aktiviti gunting-gunting jugak. Masa nak balik baru aku terperasan yang alas meja aku dah sompek. Cantik je kena tarah. Bila tanya sorang pun tak mengaku.
21 comments:
woh...
bleh try ngan mem kecik kat umah ni...menarik2...
tocei teacher :)
sebbaik diorg tarah als meje jek kak.. kot ditarahnya rmbut kengkwn.. sadis!!~
pandainyerrrr...
saya mmg fail bab kraf kraf
orait... cantek la idea kak pah, hujung minggu ni tutup dapur, buat kraf la pulak ngan budak2... uuupps ambik mangkuk dulu kat dapur...
kak pah,
meja kak pah pulak jadik mangsa nyer... anyway, akak ni kreatif la.. pandai attract budak²..
kak pah, tiru idea nak buek ngan anak2 saya kek prasekolah ni kono bayar royalti tak kak?
utk mengelakkan alas meja sompek sila alihkan alas meja terlebih dahulu,hahahaha.
salam...
kalau dlm pend seni dia panggil mobail....memang best buat menda ni...nak pulak gantung menda ada bunyi..
kak pah memang kreatip la..main gunting tak berapa berani la kak pah..guna gunting pokok pun dah 2 kali gunting jari..sekali tu..kena injek..kali ke 2 malas la pi spital..nanti kena injek lagi..boh minyak gamat je...
Alahai rajinnya main gunting2 ni.. nak try jugak la.. Nanti saya dah buat datang jenguh blog plak ye.. ehehehe...
Nakal sungguh pelapik meja tu..
ade ke ditarahnya gunting yang tajam itu..?
ish ish ish...
hahahah..komen nizam kelako..kah3
laaa ingat bola nak buat main mcm world cup kat afrika selatan tu. Rupanya bola perhiasan.
Tapi cantik jugak tu hehehe
lilies, torai..jangan tak torai..
kakngah, huwaa.. pueh nak monjawab mo mak bapak e
maksu, ala.. maksu kan orang seni
eja, pastikan takde alas meja berdekatan hikhik
ita, ni memang kerja kegemaran bebudak ni
annie, kalau kau nak bagi royalti pun apo salah e. nadah yo tangan ni ha hehe..
juliet, bagus gak idea ko tu
paklong, nanti kakpah buat yang ada bunyik punyer.
erna, yang ko pakai gunting tajam bona apasal. pakailah yang tumpul je yang potong gerenti tak lut wakaka
liennast, nanti kalau dah siap, roger kakpah
nizam, hahaha ( ko perasan tak ketawa tak ikhlas akak ni)
cemmah, sinizam tu memang camtu hehe..
YB, cantik gantung kat opis ko.
wah...ada idea buat anak2. tq kak pah.
Hajah,
Mujur tergunting alas meja, boleh ganti yang baru!
naimatul, haha cubalah.
kaknora, kalau tergunting tangan? puas nak jawab...
Tie suka buat paper craft macam ni. Ada sekali ada pertandingan greeting card di sekolah.. mama mereka yang sibuk-sibuk buat pop-up card, seronok betul.
Salam KakPah
anak saya yang K2 ni pun sibuk
mencari gunting dan nak gunting kertas..
tak terlayan tapi sian pila kalau tak beri,
takut sekat kreativitinya
Post a Comment