Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 25, 2010

PENDERAAN SAIKOLOGI

Situasi 1.

Apasal awak pukul dia!!

Dia buat saya dulu ummu.

Dia kan kecil lagi. Baru empat tahun. Awak dah darjah dua.

Bapa saya kata kalau ada budak usik, BELASAH JE!!!!!



Situasi 2

Anak ai mengadu ada budak buat dia.

Anak yu pun kadang-kadang buat budak lain juga.

Ai yang suruh macam tu. Kalau ada budak usik, pukul balik.



Kebelakangan ini banyak cerita pasal ibu bapa yang mendera anak-anak. Penderaan fizikal ini mudah kita nampak. Tapi anak-anak yang kena dera secara saikologi ni apa hukuman setimpal untuk ibu bapa seperti ini?

Haih... bukan senang jadi cikgu tadika ni. Bilakah aku nak pencen duduk goyang kaki kat rumah ni.

Apak e!!! Boleh bagi omak e gaji tiga ribu sebulan tak!!!


23 comments:

pak long said...

salam buat kak pah..
ala...jangan putus harap kak pah...jasa dan pengalamanmu masih diperlukan dalam dunia pendidikan.

Ms.Lilies said...

Akak dah bulih bukak kelas taekwando ni ehehehe

Azita Zain said...

kakpah kena buat kelas tadika utk mak bapak diorang plak ar....!

aNIe said...

Kak Pah..memang tulah yang selalu saya dengar...'len kali kalau orang pukul...jgn diam aje...pukul balik'

Ntah bila lah bebudak tu nak tau yang pukul memukul tu takkan berakhir kalau masing2 takmo mengalah...

.:cEmmAh:. said...

napo mak bapak skang xsamo cam mak bapak dulu2..mak bapak dulu2, wlpn anak e xsalah totap salah..ish3

kakngah said...

adam lombik sikit kakpah. mudah nangih kalau kwn ejek. tp, ayo tak ponah suh dio ejek @ lwn blk. ayo koba an kek dio, kok kono ejek poei jejauh. jgn duk ngn bdk tu. jgn lawan blk. tahan yo.. bwk besoba bebanyak. tp takdo pn suh dio jgn kwn mo bdk tu. kwn totap kwn kan... alhamdulillah. dah tak donga laei dio mengadu kono ejek.

Ejamaria said...

ape yg kak pah cite tu contoh 'self defense' anak2, mak bapa ni kena la main peranan, tak usah la suruh anak gaduh, jgn sampai kena buli je...

Ku Tak Sempurna said...

duk umah goyang kaki pun bole mendera saikologi gak kak pah..
.
.



hihihi

kayteeze said...

Alaa... kakpah, di sekolah ni.. macam-macam ragam. Anak perempuan Tie tu dulu masa darjah 4 selalu kena selak kain.

Tapi Tie tak perlu ajar. Dia sepak je sesiapa yang usik dia. Sampai sekarang cikgu-cikgu (sek rendah) dia masih ingat lagi betapa garangnya dia (adik dia yang beritahu).

Kak Nora said...

Relaks, relaks macam saya, cikgu pencen :=)

julietchun said...

dok umah badan cepat naik kakpah :P dok tadika pulak darah cepat naik :P

Ena said...

Salam
Teringat pulak pulak pd adik beradik, abang & ipar duai yg berada dlm dunia perguruan nie.. sungguh mencabar kan!..

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Kak Pah....

Jadi pendidik ni bukan mudah, tak kiralah, didik budak kecik atau didik orang dewasa.
Auntie hanya didik anak saja....pun bila dah besar depa lupa apa yang kita ajar.. :-(

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Tu pasal la kita tengok bebudak sekolah berani lawan tolak menolak dan sepak terajang cikgu dia, walaupun bebudak pompuan. Tak leh kena tegur lansung, tak pasal-pasal cikgu dilepuknya.

Anak zaman sekarang dah hilang rasa hormatnya pada guru. Tak mustahil kalau dari kecik mak bapak dia pesan suruh balas balik bila kawan usik. Padahal sesetengah kengkawan tu nak bergurau jer..tapi dia yg sensetif sangat..manja.

Kunang-Kunang said...

Kak Pah, ini dialog anda cucu kak ani yang berusia 4 tahun dengan tokbaknya (suami kak ani)

Tobah: Sya, cium tokbak sekali

Sya : Tokbak, tokbah bou, sya girl,
tak boleh cium

He he terus gelak dan lari.

Dalam hati saya, konfius budak ni. Sehingga sekarang semua 'boy' termasuk abahnya tak boleh cium dia sebab dia girl.

Di mana tersilap.

kakpah said...

paklong. bukan putus harap. cuma nak cerita yang perangai orang ni macam2.

lilies, dah bukak kelas silat gayung tapi takde sambutan hikhik

azita, mak bapak ni sebenarnya pandai tapi ada yang terlebih angkuh..

anie, kadang2 budak ni tak sengaja. Tak maksud pun nak buat orang. Ada budak ni pulak pantang terkena sikit, mulalah mengadu yang dia kena buat. Tu yang susah tu. Memang ada parents yang anak dia tak boleh tecuit sikit pun...

kakpah said...

cemmah, mak bapak dulu2 tak suka cari gaduh dan tak suka saman menyaman kehkeh...

kangah, untunglah dapek omak cam kau ni kakngah.
kalau ajar budak bekasar, nanti tu lah yang dia tahu. Cuma kita kena pandai bezakan yang mana bentuk perangai budak2 yang mana bentuk buli.

eja, tu lah pasal. Mak bapak yang lebih2 kadang2 tu..

kakpah said...

kts, haah ek. Ish.. camana nak relek ni..

tie, wuish garang nya...kalau dah sampai selak2 kain tu haha.. memang patut kena tu.

kaknora, seoronok tak relek2 ni kaknora. mesti seronok kan. masa nak tambah ilmu akhirat pun banyak.

juliet, haha.. tau2 je ko ni aku ada darah tinggi..

ena, takde kerja yang takde cabaran. Tapi tak ramai yang suka jadi guru ek...
sebab tak tahan cabaran lah tu agaknya..

yan, jadi cikgu pada anak-anak banyak pahalanya asalkan tak menjurus pada yang tak baik. Anak2 ni pulak kecik2 dulu ikut je apa yang kita cakap. Bila dah besar ikut kawan cakap. haih...

kakpah said...

yati, kau tau tak budak yang bapak dia suruh belasah tu, dibalingnya cikgu dengan kerusi. Camno kau nak tafsirkan tu...

kak ani, haha.. kena specify betul2 kat budak kecik ni. Dorang main hentam semua serupa je..

Tijah said...

sey sajo tunggu nak komen lambek2 kit. takdo pun apak-e jawab kak. alamat eh lambek laie la pencen tu kak oii. hikhikhki

Mak Su said...

si tua bangka ni pun masih kena dera saikologi.... cemano ni kakpah?

iina said...

Kak den dah lamo mintak cengitu tak ponah pun dapek hahaha.. minta kredit kad limit 7 ribu pun xdo byg camno?? wakakakah..

Duk umah tanam pokok pun best apo kak.. leh gak dero bdn sendirik ;)

qaseh mas said...

Salam Kak pah
erm patutlah ..kat Kindergarden pun dah begitu..sian kat cikgu cikgi.Takpe kak Pah.Moga2 usaha murni kak pah ini diberkati Allah.
p/s; teringat kawan mak saya yang buka tadika,mak sya panggilnya,Pah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...