Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 18, 2010

Masa Yang DiPerlukan

Adik kata dia dah tak ada jam nak pakai. Tali jam dah putus dan waktu dia pula dah lari.

Kan ayah ada bagi satu jam lagi? Aku tanya.

Jam yang itu ayahnya dapat free, UM bagi sebab occasion apa entah, aku pun dah lupa. Oleh sebab ayah dah ada jam, dia bagi pada adik.

Ala.. jam tu macam perempuan lah mak.

Meh sini ayah tengok jam adik tu. Besok kita pergi betulkan. Kata si ayah.





Petang semalam lepas asar adik dan ayah bersiap-siap untuk membetulkan jam di warta. Ayah memanggil Man.

Bak sini Man punya kad atm. Nanti ayah printkan statement.

Aku yang mendengar terus menyampuk.

La.. Man belum buat lagi ke. Kan ayah dah suruh buat malam tadi!!

Belum lah mak. Malam tadi terjendela.

H'a? Apa? Aku bertanya lagi takut aku yang silap dengar.

Malam tadi tak leh buat. Terjendela.

Wakakakakahhhh.... aku tegelak besar. Tak jadi nak marah. Man yang pada mulanya keheranan kenapa aku ketawa berdekah-dekah akhirnya ikut ketawa sama bila sedar kesilapannya.

Eh..eh.. silaplah pulak. Tergendala..

Haih... aku kesianlah budak-budak engine ni. Time exam macam ni entah apa yang berserabut dalam otaknya.




Dengan sisa ketawa, adik dan ayah ke warta dan balik dengan jam yang dah melekat di pergelangan tangan adik.

Dah okay dah mak, kata adik.

La.. rupanya statement tu dah ada dalam file Man. Tak payah print pun, kata ayah.

Saja tak buat kepoh, kata aku.


kakpah

17 comments:

Azita Zain said...

"rancangan terjendela sebentar...". bila gi tengok kat tingkap, tak de lak "rancangan" kat situ. isshhh...betul ke rancangan kat jendela??? konpius...!

Yunus Badawi said...

Apasal ayah dapat jam yg mcm jam perempuan dari UM? Elok kakpah ajelah yg pakai dari disimpan begitu aje. Lama2 esok rosak gitu aje hehehe

Saya ni cakap aje tapi saya pun ada jam kawan2 beri masa berhenti kerja dulu tapi sampai skrg tak pakai sbb pakai jam yg emak Adam kasi (lagi feeling) ngeh3x

Ena said...

eheheheh..

mcm2 ye anak 2 ni kan.. dah kasi memilih pulak.. cam pompuan lah ape lah.. ok lah tu.. dr x dak langsung.. hehehehe

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

hik...kadang2 kina pun mcm tuh. kat kepala nak ckp lain datpi terkeluar kat mulut muntik lain.

keh..keh..keh..

Kak Nora said...

Hajah,
Ni tentu konpius antara 'g' dengan 'j', takkan pulak, engine student.

DrSinga said...

hahaha...
besar mana budak Man ni??

Erna said...

kak pah..nasib adik mau repair je jamnya..tak mintak yang baru..

Mak Su said...

kih kih kih, terjendela

iina said...

wakakakah kak.. kalau tertingkap camno lak kak ekkk.. ari2 kono duk tepi tingkap ler kak

kakpah said...

azita, jangan konpiuskan kepala. nanti fius putus..

yb, jam tu bentuk empat segi. dia tak pekenan.
yelah.. orang sebelah yang bagi memang lah nampak cantik je.

ena, entahnya kan.. tak bagi langsung tak ada kehkeh..

kakpah said...

kina, agaiknya berlaku pada ramai orang kot. kakpah pun kadang2 camtu gak.

kak nora, haha engine tu kan bunyinya enjin..

drsinga, dah masuk u dah.

erna, kalau nak baru akak beli je yang sepuluh hengget hehe

maksu, kihkih..

iina, lawak lah kau...

pak long said...

salam baut kak pah...
nanti cikgu betulkan sebutan tu...hehehe..

Puan Isah said...

Salam bertandang :)
Wah orang Selangor...jauh...tapi seronok kenalan, saya orang Sarawak.
Seronok baca post kak pah pasal perkataan 'jendela' & 'gendala'yang ni.
Selamat berkenalan!

kakpah said...

paklong, salam. haha..

puan isah, selamat berkenalan dengan orang serawak.
Boleh oder ikan terubuk masin?haha..

Wansteddy Tales said...

sama la dgn diriku ini k.pah. bila serabut kerja ke artwork melambak ke mulalah tuturkata berubah hala. kepala pikir ke lain mulut cakap yg lain. tersasul2 tu toksah cakap la hohoho... lg sadis bile member mengusik bagi latah. habis segala pantun keluar kui3...

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Kak Pah,

Anak Akak pun pakai jam yang ayahnya dapat, ofis bagi...Ayahnya lebih suka jam yang dia beli sendiri. :-)

kakpah said...

wan, keje kena relek....
haha.. aku ni pandai cakap je suruh relek. diri sendiri pun selalu pening kepala. Bila la agaknya nak duduk rumah je goyang kaki....

yan, kadang2 orang bagi tak kena dengan selera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...