Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 19, 2010

Dah Makan Ke Belum!!!!

Salam Jumaat. Harini teragak nak buat entri masak-masak pulak. Layan je lah.

Masa kecik-kecik dulu emak kadang-kadang ada juga masak gulai selain daripada gulai lemak cili api. Tapi kadang-kadanglah. Aku dengan abah tak kesah pun emak masak apa. Lebih-lebih lagi aku. Apa yang emak masak, semua aku bedal macam orang buruk makan.

Salah satu lauk yang aku nak tunjuk hari ini adalah resepi asal emak. Namanya aku taruk je lah tenggiri lemak kicap berempah. Nama tu aku yang taruk. Dulu bila aku tanya mak, ni masak apa, dia jawab 'kau makan yo lah'. Kalau aku taruk nama masakan ni 'kau makan yo lah' macam tak glemer pulak.



Bahan:
tenggiri beberapa ketul (goreng dulu. Jangan sampai hangus)
cili api yang sudah ditumbuk (ikut suka pedas masing-masing. Tanyalah diri sendiri)
rempah penumis empat sekawan
kicap (ikut masin sebab tak payah pakai garam)
Sedikit halia, bawang putih dan bawang merah untuk menumis
sedikit minyak
santan (kalau kelapa kecik sebiji. Kalau kelapa besar, separuh sukup. Itupun ikut banyak mana ikan lah. Pandai-pandailah mereka)
Terung dua biji cukup

Panaskan minyak. Tumis cili, bawang putih, bawang merah yang telah dihiris bersama halia dan rempah penumis. Tumis sampai berbau wangi. Masukkan santan dan kicap. Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Masukkan terung yang telah dipotong ikut citarasa sendiri. Bila terung empuk, masukkan sekeping asam keping. Rasakan masin. Kalau kurang masin maknanya kicap kurang.

Senang. Tapi pastikan kuah janganlah sampai banjir. Kalau cair tak sedap.


Resepi berikut ni ayam goreng sayur

Senang jugak. Ayam aku potong kecil. Bawang putih, bawang merah, halia aku tumbuk. Serai aku ketuk. Panaskan minyak, tumis semua tu. Kemudian masukkan ayam yang telah dilumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng. Kacau. Aduk. Masukkan air sikit. Bila agak-agak ayam dah tiga suku masak, masukkan sayur-sayur. Rasakan garam. Padamkan api ketika sayur masih lagi belum layu. Nanti hilang zat pula.


Haha.. yang berikut ini memang resepi spesel. Namanya sambal otomatik. Sambal ni suami aku yang ajar masa kami mula-mula kawin dulu. Otomatik sebab simpel dan sedap. Cuma ketuk beberapa biji bawang putih, tumis sampai wangi. Kemudian masukkan cili kering yang dah diblender. Minyak kena lebih sikit sebab nanti cili tak masak garing. Aku tambah sesudu kecil rempah kari. Resepi asli tak ada. Lepas tu goreng je lah sampai benar-benar masak dan garing. Rasakan garam. Tak payah taruk asam pun.

.
.
.
Sebenarnya ni menu tengahari ni. Selamat menjamu mata. Aku nak jamu tekak kejap lagi ni.



kakpah

24 comments:

kakngah said...

lapaaaaaaa....

xiiinam said...

Laparjugak Ngah....Tengah tunggu orang lelaki balik dari Masjid ni....




Baru boleh makan....ramai sangat kat rumah ni...kerja masak memasak jadi lewat...hi..hi...

Ms.Lilies said...

woh...
semua masak sedap2 je ha 2-3 hari ni....
lapaaaaaaarrrrrrrrrr

Ena said...

Sedapnyer..
lom makan lagi nie..
laparrrrrr...
uwaaaa...

indahhouse said...

salam kak pah,
hu..laparnya tgok menu kak pah. cantik gambarnya. nampak fotogenik. dah sesuai buat hiasan dinding ngan frame tu. Lawa....
pss....saya berkenan sambal otomatik tu.. ;)

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Ingat k.pah sorang je ada lauk otomatik, kita pun ada gak. Siap kasi resepi lg.
Caranya:
Kuah ayam masak kicap smlm banyak lg, ayam dia dah lesap. Selagi tak basi aar. Perangat atas api.
Kuah sup soto beli masa b.fast tak habis, pastikan belum campur nasi himpit dia. Pastikan jugak tak basi.
Campur kedua-duanya. Potong ayam kecik-kecik, campak dlm dia, cuci dulu ayam tu. Biarkan ayam empuk.
Balingkan cili api yg diketuk, bawang besar hiris, daun bwg dgn daun sup. Nak bubuh kentang lg sedap.
Ta..ra..siap. Sedap o rasa dia. Kalau kena food poisoning, jangan saman lak!

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kak pah
bedal apa saja makanan..badan macam tu gak!!!
saya ni bedal macam macam...terus jadi apam!!!

pB said...

lapoooooooooooo

Mak Su said...

wah! semua sedap! maksu suka makan menu tajuk, ekau makan yolah.

maksu cancel diet!! :)

MissNera said...

salam kak..

2,3x tengok update blog, tapi title entry akak ni 2,3x gak saya tersilap baca,.. boleh pulak baca makan tu mandi! masa baca tu pelik juga apa kena mengena mandi dengan n3 pasal makanan! last2 baru perasan mata ni rupanya tertipu.. :))

NenekPenne said...

weahhh pandai kakpah masak....

masak2 mcm ni susah nak dapatkan kat kedai makan....

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kakpah....waduh sodap nye!!

nti kina nak try leh? kakpah kina nak tanya mcm ne nak bagi bila kita msk sotong, sotong tue lembut?

annie said...

Mang aiii Kak Pah!!! Betakung air liur haaa...dapek idea menu malam ni, t/kasih yo. Hai, nampak eh tak jadilah nak diet ni do...

Tijah said...

kehkehkehh. sazah pun ghoma deh melonting bilo tanyo jodol masakan. byk lak cekadak eh kan? makan yolahh...

iina said...

kak resepi 'ko makan yolah' itu sungguh menyelerakan hehehehe.. leh den try lopeh nie.. krg pakwe den tanyo.. klu den nak kato namo tuh ehh.. sure den kono cubit wakakakakah..

sambal otomatik tuh memang otomatik.. tekan suiz hehehe ;)

kakpah said...

kakngah, huwaa....

cklah, oops.. erk.. sori dah habis.

lilies, tokak kao meragam lagi ko..

ena, huwaa...

indah, memang otomatik..
gambar tu.. hehe puas gak cari angle sesuai.

yati, wah.. janji jangan membazir. yang belen2 selagi boleh reper, reper..
Asal tak kejap2 ke jamban, sudah..

ezza, wakaka... apa lagi. bedal je..

kakpah said...

pb, tak dapek nak nolong.

maksu, haha.. kau makan yo lah gambar tu.

missnera. salam. Ni mesti kes terlampau lapar ni. Mata pun dah bepinau.

kakpah said...

Nenek Penne, ada.. nanti kakpah buka restoren adalah tu. hehe.

kina, jangan masak sotong tu lama-lama. Masukkan sotong bila kuah dah nak masak. Kalau buat sambal, pastikan cili dah masak betul baru masuk sotong. balik2, gaul2, agak2 masak terus angkat. Kalau biar lama2 nnanti air dia keluar, sotong jadi keras.
Haha.. tu petua kakpah.

kakpah said...

tijah, haha.. tak kono sekeh tu dah kiro nasib baik dah..

iina, kahkah.. eh, ori gak namo resepi tu kan?

Yunus Badawi said...

Ini tak adil: kakpah menjamu tekak kami dijamu mata aje. Tapi takpe. Tadi kami dah beli ikan tenggiri kat chow kit. Ahad ni boleh masakan mcm kakpah punya tu ngeeeeee

kakpah said...

yb, wa.. ko dah pegi nyoping kat pasar?

Erna said...

ha kak pah dah kuarkan resepi..ikut..jangan tak kut...timma kasih kak pah..bagi idea..pepagi ni...

ashley said...

..tetiba jer rasa cam best jer nak memasak!!
ha ha

kakpah said...

erna, idea bernas mesti ikut haha..

ashley, dapur ko dah berapa lama tak berasap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...