Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 26, 2010

Hujung Minggu Ni Rasa Macam nak Berkebun Lagi





Seringkali aku tengok budak-budak yang datang ke tadika dengan lemah longlai pada setiap hari isnin. Ada yang terpaksa emak pujuk sambil usap-usap ubun-ubun dan cium pipi berdesup-desup baru anak dengan mahu tak mahunya melangkah menuju pagar sekolah. Sedap cuti dua hari dan bila nak mula balik dah rasa malas.

Today is Friday.

Yea!!!! besok cuti kan ummu. Besok besok pun cuti kan ummu.

Hah, suka lah korang bila hari cuti kan. Asal cuti je, horray. Asal nak pegi sekolah je buat muka tempe penyek.

Cuti jangan lupa baca buku.

Okay ummu.

Cukuplah ummu ni nak percaya korang punya okay.


Hik..hik.. yang sebenarnya kan, ummu pun suka hari jummat ni. Ummu pun suka besok dan besok besok tak sekolah jumpa korang......hehehe...


Sempena hari jumaat yang mulia ini dan sempena hujung minggu dimana kita selalu menghabiskan masa dengan keluarga sambil masak-masak dan makan-makan maka dengan senang hati aku nak menayangkan satu resepi yang aku buat hujung minggu lepas. Baru harini nak tayang.



stew daging sayuran

bahan:
daging yang lembut
sedikit tulang rusuk
dua sudu butter buat menumis
sesudu kecil lada hitam
sedikit tepung jagung
dua/tiga sudu besar tomato puree
bawang putih, bawang merah

sayur-sayur:
leek
carrot
kentang
kacang peas
jagung muda
celery
cili benggala merah dan hijau

Lumurkan daging dan tulang dengan tepung jagung dan lada hitam. Panaskan butter. Tumis bawang putih/bawang merah sampai berbau wangi. Masukan daging. Balik-balikkan. Tambah air dan rebus sampai empuk. Jangan lupa masukkan garam dan tomato puree.

Bila empuk, masukkan kentang dulu. Pastikan masa tu kuah tidak cair dan terlalu banyak. Bila kentang sudah empuk, baru masukkan sayur. Balik-balik terus tutup api. Tak payahlah tunggu sayur tu sampai lembik. Mana nanti tinggal zatnya.
.
.
.

Cubalah. Rugi kalau korang tak cuba..

26 comments:

kakngah said...

nk kene borong dgg btg pinang sok gi...

AISYAH HANI said...

kena cuba ni.. dah boring asik makan ayam jer..

aNIe said...

Kak ...stew tu nampak sedap...

Ku Tak Sempurna said...

fuuuhhh... menyelerakan... baru tengok gambar... belum rasa.. ;D (dgn hrpn kakpah akan msk lagi dan ajak kumakan ;D)

.
.


kompem ke klu msk stew tu akan jd serupa mcm stew dlm gambar tu??


errr..

.
.


klu tak serupa, malas aaaarrr nk masak..

hihihi... kukuh tak alasan :D

tunbegia said...

sungguh rajin memasak,

salamm,

Mak Su said...

ooohhhh....sedapnyerr...... sslluurrpppp

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

hik....sodapnye kak pah...

julietchun said...

orang keje pun tunggu hari cuti gak :P

Erna said...

kak pah..nak cuba ni..sebab..saya dirumah ni..jarang makan sayur...goreng sayur untuk anak2 dan bapak dia aje...

.:cEmmAh:. said...

pehh..terasa lapar lah pulak..ngee

Ena said...

sedapnyerrr kak pahhh..
walaupun arini ari makan.. menu yg kak pah buat nie tetap buat sy jd teringin pulak.. hu3x..

selamat berhari minggu ye!

Kak Nora said...

Sedap makan dengan roti.

Azita Zain said...

abis tu...kakpah nak tanam apa ni???
leek, carrot, kentang, kacang peas,jagung muda, celery, cili benggala merah dan hijau??

Ms.Lilies said...

camni wiken kena pi umah kakpah ni.....
slurrrppppp

pak long said...

salam buat kak pah..
menitik ayaq liuq hamba..

lupekanje said...

laaa...ingatkan citer pasal kobun...nak la gi tulun mesin gumput ke....
sampai ati kak pah masak sodap2 centu, tk panggil acik pun...huhu...

iina said...

Wah kak best tuh.. time sejuk2 mkn stew mmg best.. tapi den selalu gak buat kari kambing lotak karot ngan kentang.. klu buek sup pun karot kentang seleri semuo den masuk .. peh tuh tau2 yo selesai ;)

kakpah said...

kakngah, ko kan dah poi pasar..

aishah, haha.. cuba jangan tak cuba.

anie, sesedap rasanya cewahh..

kakpah said...

kts, cukup kukuh alasan ko. takper lah, lenkali akak panggil je ko datang makan kat sini. Tu pun kalau sudi la..
Haritu akak ajak ko makan pun ko tak nak datang kan..

tun, masak kakpah ni ada mood. kalau rajin masak, masakkkkkkk je. Kalau malas, alamat makan salad je lah..

maksu, sila..sila tambah.. jangan segan.

kina, cubalah nak tau sodap ke tak.

kakpah said...

juliet, iye ke.. ko pun tunggu cuti gak ke..

erna, ni mosti dari kocik tak gomar makan sayur ni.

cemmah, ko lum makan ke..

selamat berhari minggu. hari minggulah hari makan-makan. hari lain tu tak yah makan tak per.

kaknora, betul. cicah roti sedap.

kakpah said...

azita,semua nak tanam tapi tak menjadik-jadik. Bagi petua sikit.

lilies, ala la, syian kat baby tu. Mehlah sini..

pakong, salam. Tadah paklong..
sayang ayaq liuq tu.

acik, tolong potong rumput tadika cik. Ujan-ujan ni copek bona naik kemuncut.
La.. kan dah panggil tadi. Apasal tak datang!!!

iina, kontang masuk sup sodap. Campur plak ngan sayur2. kono la tu..

secangkir madu merah said...

sodap lak nampak eh stew kakpah tu...kono torai ni....huhuhu...

kak ina kl said...

salam kak pah..memang tak pernah makan stew lah..bolehlah cuba nanti ek

NenekPenne said...

wahhh sedap ni....

kakpah said...

smm, torai..kehkeh.

ina kl, wah!! orang terer masak nak cuba kita punya.. Malulah ai..

nenek penne, tak nak cuba?

qaseh mas said...

Salam Kak Pah
sedapnya...nak cuba lah resipi ni nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...