Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, April 4, 2010

Alhamdulillah....Selesai sudah.

Bangun!! Bangun!!! Subuh dah nak masuk ni. Lepas subuh kang jangan tidur balik. Orang nak keluar awal ni..

Bebel si emak yang tak pernah-pernah jemu mengingatkan anak-anak menunaikan solat lima waktu sehari.

Siti, nanti kamu ikut ibuk. Berangkat jam tujuh tepat. Jangan lambat.

Semasa aku turun sebelum azan berkumandang, siti sudahpun selesai membuat sarapan. Nasi lemak siap dibungkus dalam daun pisang. Memang setiap hari ahad menu sarapan kami adalah nasi lemak walaupun aku amat jarang menjamahnya. Tapi ia feveret anak-anak.

Hari ini adalah hari yang hektik bagi aku, bagi suami, bagi anak-anak, bagi guru-guru, bagi bibik aku juga. Hari ini hari sukan tadika aulad.

Malam tadi, semua hadiah dan peralatan sukan dimasukkan ke dalam unser, vitara dan kereta basyir. Peralatan yang besar seperti winner stand, tong air dan lain-lain sepatutnya dimasukkan ke dalam van. Tapi van meragam tak habis-habis. Kelmarin dah ganti bateri tetapi semalam dah tak boleh start lagi. Terpaksalah menggagau mencari alternatif. Suami akhirnya dapat meminjam frontier kawan.

Pagi tadi kami tak payah kepoh-kepoh masukkan barang. Tepat jam tujuh aku dan siti membelah pagi yang masih lengang menuju ke stadium seksyen 15. Suami, anak-anak dan guru-guru menyusul tidak lama kemudian dan masing-masing saling membantu mengangkat barang-barang dan menyusun hadiah.

Mak! mak ada bawak tong air kuning ke.

Ada. Apahal..

Tadi saya ada nampak tong air kuning kat tepi bustand jalan besar tu. Serupa macam kita punya.

Siti... tong air kuning mana?

Ada dalam kereta kawan ustad

Aku berlari menuju ke frontier. Tak ada tong air kuning. Tong air tu aku beli di Mekah masa umrah beberapa tahun dulu. Aku berlari balik mencari suami aku.

Bang, tong air kuning terjatuh ke. Tak ada dalam kereta.

Ye ke.. Belakang tu tak lock tadi sebab tak boleh tutup rapat. Ada winner stand tu sebab tu tak leh kunci.

Boleh pulak laki aku tersengeh-sengeh. Aku tak kesah sangat kalau air tu tercicir sebab ada lagi satu tong lain. Tapi yang buat aku menggelabah bila aku cari peralatan sukan aku satu bakul tak ada. Tak ada alat sukan macamana nak bersukan. Nak tercabut rasanya jantung aku. Aku berlari balik mencari suami aku.

Bang, alat sukan satu bakul pun jatuh la.... Jom cari!!!
Macam nak menangis pun ada dah aku time tu.

Aku dan suami drift balik mencari barang yang tercicir. Elok je bakul dan peralatan tu parking tepi jalan. Agaknya ada orang yang sudah meletaknya ke tepi. Siap singgah dekat bustand ambil tong air sekali. Alhamdulillah....

Sampai ke stadium, terus mulakan majlis. Alhamdulillah lagi, cuaca amat baik walaupun waktu pagi ada gerimis turun.

Gambar di bawah menceritakan peristiwa:

Nasib baik anak aku si imah kepoh ni dapat meluangkan masa untuk menjadi emcee dan menceriakan majlis.
Kirin dan kawannya sebagai petugas.









Sila klik pada gambar sekiranya tidak dapat membaca dialog.








Salam. Kepada ibubapa dan guru-guru terima kasih di atas penglibatan anda.

Kepada anak-anak, mak nak pegi zoo bulan lima ni. Sapa nak ikutttt!!!!!

kakpah

23 comments:

iina said...

kak pah den nak ikut.. tapi den nak poei zoo edinburgh.. bkn zoo negara hehehehe.. lama dah tak p zoo negara.. last maso den dating ngan pakwe den marin.. wakakakah ;)

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tahniah kak Pah>..meriah..sungguh....terlupa nak pergi jenguk2 tadi....

cikgu_math said...

tahnaih kakPah... nampaknya lebih meraih daripada hari sukan sekolah budak-budak besar!

Erna said...

tahniah kak pah..berjalan lancar dan meriah nampak nya sukan kak pah...walaun pun mencemaskan diawalnya..alhamdulillah..dah pun selesai..

farah hamirdin said...

yahoo...besok tadika cuti!!

kakngah said...

kak, van tu bukan ondak bateri baru.. ganti van baru toghuish.... hiihihihi!!! maun melecet taya kek jln kn.. atok drift...

pak long said...

salam buat kakpah...
fuhhh memang meriah sakan tu.....seronok tengok gambar-gambar tu...

Ms.Lilies said...

Penuh pancaroba si tong air itu hihihi....syoknya sukan meriah camni

tasekM said...

dialog last sekali tu aku suka kak. kikiki...



.

pB said...

salam Kak Pah ....

tahniah
tahniah

meriah sungguh pB lihat ...

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Kak Pah,

Meriah sungguh sukan budak-budak ni...! Tahniah! :-)

kakchik said...

salam kak pah. alhamdulillah ... syukur majlis sukan tadika aulad berjaya w/pun ada cubaan dlm perjalanan tu.

fotografer akak expert la kak. lawa-lawa gambar yang diambil, terasa bagai kakchik pun berada di stadium.

Ejamaria said...

wah... best nye... bila la tadika anak nak buat sukan gak nye... tak sabar nak join menyibuk nih...

Zaitun said...

Salam,

Meriah nampak sukan ni, para ibu n bapa pun turut serta.

Kak Nora said...

Tahniah Tadika Aulad!!!

kakpah said...

ina, den nak poi zoo edinburgh gak. apo agak e dalam zoo tu yo. Boyo ado tak..

cikguden, ooo.. yang akak nampak tadi bukan ko lah ek..

cikgu math,sukan budak kecik ni ibubapa excited nak join sama. sukan budak besar haha.. kakpah pun mals nak pegi..

erna, mau tak cemas.

farah hehe..

kakngah, akak dah cakap dah. campak an yo van tu. Jua pun dah laku dah..

kakpah said...

paklong, meriah dan penat..

lilies, bila ingat2 balik, ketawa terbahak2 dibuatnya. Ko caye tak yang air dia maintain penuh lagi. Tak setitik pun luak..

TM, kahkah..

pB, alhamdulillah, meriah sampai tamat..

yan, ada cucu nanti hantar le ke aulad. kakpah bagi diskaun hehe..

kakpah said...

kakcik, salam.
err.. takkan kakcik tak tau lagi sapa fotografer tu kakcik hehe...

ejamaria, yang tolong menyibuk tu yang meriahkan majlis tu.

zaitun, salam. Alhamdulillah..

kanora, tenkiu..

Mak Su said...

tahniah kpd puan pengetua yang berkerja keras di bantu oleh orang orang kuatnya :)

jangan pelangkung oghang yo...ahaks

Azita Zain said...

bestnya bersukan dgn anak2 murid! kakpah...nak ikut..nak ikut... nak ikut gi zoo!!!!

Uda said...

nampak meriah betul acara sukan tu..tahniah pd puan pengetua dan kakitangan..

kakpah said...

Maksu, kahkah, warning je tu..

azita, jomlah ikut. Kita jumpa kat zoo 8 haribulan mei hehe..

uda, terima kasih uda.

DrSinga said...

err....manaaaaa cekgu ash....
(dok panjang2 leher cari ni...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...