Salam.
Sukan adalah salah satu acara memenatkan setiap tahun. Pengetua penat. Guru-guru penat. Anak-anak penat. Ibu bapa pun agaknya penat juga. Tapi penat-penat yang menyeronokkan.
Besok 4 April adalah hari sukan tadika Aulad yang akan berlangsung di stadium MPKJ seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Sesiapa yang nak melihat kami beraksi, silalah datang. Tapi kalau datang jangan tangan kosong. Busuk-busuk pun bawa hamper seketul haha..
Antara acara kemuncak yang menjadi agauan dan penantian semua orang ialah acara cabutan bertuah. Dikatakan bertuah kerana tidak semua orang mempunyai tuah melainkan kalau nama dia memang Tuah. Hanya orang-orang yang bertuah sahaja yang nombornya akan dicabut dan mendapat hadiah-hadiah dari yang kecil hinggalah yang selumayan-lumayannya.
Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibubapa yang begitu sporting memberi hadiah-hadiah dan juga sumbangan wang. (Toke-toke tupperware menghadiahkan beberapa set tupperware) . Semuga tuan puan semua diberi rezki yang melimpah ruah.
Antara hadiah (antaralah.. sebab tak semua dipaparkan di sini) cabutan nombor bertuah yang pasti membuat para hadirin tak bergerak sehingga acara selesai walaupun panas terik memanah bumi atau halilintar menggegar stadium..
Siapalah agaknya dapat basikal ni.
Tapi Faris dah resmikan dulu....
Kepada semua warga AULAD, selamat bertarung mati-matian besok haha..
Majulah sukan kerana sukan. Takbir!!!!!
13 comments:
Menarik juga hadiah nye tu kak pah.. hehehhe..
kakpah, sukan tadika la sume org dpt hadiah tau.. termasuk org kampung. sukan lain ado??? tu psl adeeb sklh tadika 2 thn berturut2 hihihihi!!!
nak masuk acara tiup belon sampai pecah boleh x?lari dalam guni ke..bwk bola pingpong dlm sudu ke..boleh x?^.^
Go kak pah go.. den yokong utk kak pah dapek cabutan bertuah tuh ;)
kak, esok anak saya pun taska die ada sukan...buat kat dewan presint 9, putrajaya..
salam buat kak pah...
mak aiii dasatnya ..sokan buat kat stadium.....tabik la...
Kalau anak 'sep' kat ayahnya untuk wakilkan tak boleh ke?
Hahaha
kak pah..menarik hadiahnya..lagi2 tupperware tu..saya ni peminat no.1 tupperware..
basikal pun ada kak pah.anak sapelah yang bertuah dapat tu...dan cucu sapelah..yang bertuah dapat menggayakankannya...
hadiah untuk penonton yang takdak kena mengena tapi pergi jugak tengok ada tak?...(soalan senafas)
salam kak pah ..
kalu ummi pun sanggup tggu smpai abis acara , dok nmpk hadiah tp selalunya tak pernah dpt hadiah langsung , tuah tuah he he he
kakPah;
saya pun nak sponsor hadiah untuk Auladlah...tak terlambat rasanya!
Hadiahnya...
"ESOK TASIKA AULAD CUTI!!!"
Nak tak?
Nak Tak?
:)
(Penat ckLah berlari2 di padang sekolah semalam baru terasa pagi ni..betis rasa nak tercabut! Esok kakPah pulak....he..he..)
Salam hjh Pah,
Cadangan, buat cabutan 'nama bertuah' instead of 'nombor bertuah'. InsyaAllah sesiapa yang banyak buat kebjikan senyap-senyap (dan ikhlas) rezekinya murah.
salam kak pah...tentu penat ek hari ni..tak apalah demi anak-anak kat tadika kak pah juga kan..
betul tu..masa ina mengajar di tabika pun kami siapkan juga hadiah untuk yang kalah walaupun hadiah dia cuma jajan ajer..
Post a Comment