Followers
jom klik
Monday, April 5, 2010
Bersukan Di Dapur
Petang ni nak buat ayam penyet. Pagi tadi dah pergi pasar cari ayam kampung. Kalau buat ayam penyet sedap guna ayam kampung. Dah memang rezki agaknya, ada sekor saja yang tinggal. Itupun kecik. Tapi aku agak terperanjat juga tengok harga ayam kampung ni 13 ringgit sekilo.
Dalam periuk ni aku sedang merebus ayam sampai kuah kering, daging lembut dan rempah-rempah meresap ke dalam daging hingga ke tulang (hehe). Masa aku buat n3 ni, ayam masih mengegelegak dalam periuk. Nanti bila kuah sudah kering, keluarkan ayam, sejukkan dan digoreng pula. Keladak-keladak dalam periuk itu juga digoreng dan taburkan atas ayam. Kalau tak suka nampak bersepah, letak saja di sebelah ayam tu.
Sementelah dah nampak rupa periuk aku ni, aku nak cerita sikit. Nampak tak tangkai dah tak ada. Tak ada tangkai pun aku guna juga sebab kualiti periuk ni bagus. Aku beli masa aku kat state college pennsylvania dulu. Umurnya? Masa aku beli ni kaklong belum lahir dan sekarang kaklong dah ada Faris. Adalah dalam 31 tahun umur periuk ni. Farber ware. Sekarang tak tahulah brand ni ada lagi ke tidak.
.
.
.
Yang ini lunch aku tadi. Simpel. Aku jarang makan nasi dan lebih banyak makan benda-benda yang anak aku kata 'mak kenyang ke makan ni je'. InsyaAllah, kenyang. Kalau nak resepi aku bagi tapi korang mestilah terai. Sedap dimakan begitu saja ni ataupun dimakan dengan roti. Makan dengan garlic bread pun sedap.
Namanya aku bagi sup cendawan brocolli
Resepi ni untuk semangkuk sup
dua sudu besar butter
dua sudu besar tepung gandum
3 kuntum bunga brocolli
cendawan butang (tak kesahlah nak taruk berapa)
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh oregano
1 sudu teh stok ayam
air secukupnya
Panaskan butter, masukkan tepung. Kacau sentiasa. Masukkan air sedikit sedikit. Pastikan kacau laju-laju supaya tepung tidak berketul. Tambah air sehingga mencapai kepekatan yang anda mahu. Bila mendidih, masukkan brocolli, cendawan dan kesemua bahan lain. Rasakan garamnya. Padamkan api dan biar sejuk sedikit. Masukkan ke dalam blender dan blend. Keluarkan dan masak semula. Masak sekejap sehingga agak pekat. Pekat sup ni macam sup mushroom kat pizza hut tu.
Rugi lah korang kalau tak cuba, hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
Penyet bukan sebarang penyet.....
Selamat memenyetkan ayam...
:)
sedapnya..
kpd ibu2 blh la cuba
mahal ye ayam kg, guna ayam pencen buleh? :P
akakkkkkkkkk
pB nak resepiiiii ayammm penyek tuuuuuuuuuuuuu
ena blm penah rase lg ayam penyet camner kak.. huhu..
tingin sgt nak makan..
cam best jer sup tu.. yum yummm..
Kak, pasal blender memblender sup tu... kan ke dah masak?
tak boleh ke kunyah je lumat-lumat lepas tu telan?
Kira blender gak la tu...
Ooo.. Tie suka sup-sup gitu. Kekadang beli je yang dalam tin, boleh buat seperiuk!
Ayam penyet tu, ada resepi tak ? Tak pernah makan laa.. Kat sini ada gak ayam kampung, biasa beli dengan orang kampung je.. tak ingat lah berapa harga seekor..
salam...
amboi kak pah..sakan masak..
kak pah ..dah banyak blog juga cerita pasal ayam penyet ni..tak pernauh cuba lagi..apasal nama penyet ye kak pah..
resepi yang kak pah bagi tu..insyaallah..nak cuba juga kalau betul2 sedap dek tekak saya nanti..saya nak buat selalu..he he..kadang2 tekak tak sama kan kak pah..dah berumor ni..mula meragam dah..ada yang dah tak mau makan...
Semalam masa nak pergi main boling tu lalu jugak depan restoran ayam penyet tapi tak singgah sbb emak adam dah masak kat rumah. Lain kali kami bolehlah ke rumah kakpah kalau nak makan ayam penyet hehehe
Umangai...lunch citoraso mat salleh rupo ei..maklum la kg kek Pilahdelfia.
Apo lak makan ayam penyet k.pah..sepatutnyo buek ciken chop baru kono. (menjadi ko den sepiking orang Pilah ni)
Ayam penyet tu faberet kitaorg. Bila gian dtg.. melurulah kita kat Restoran Wong Solo Sek 9 tu k.pah. Sedap..ayam kg dgn sambal dia.. ada tahu dan tempe goreng lagi. Nampak simpel bebenor tapi harga dia RM10 sepinggan.
Tu resepi bibik Siti sama Ros ya buk?
lambat la nk siap sup cendawan tu kak...
ada 2 proses tuh...nk tunggu sejuk lagi..nk blender lagik.....alahai...
lenkali la ..klu akak masak, panggil acik yo...acik sanggup temankan akak makan....waaahahaha..
kakpah..lupo nk bgitau...
da lama acik tk masuk sini.. dan memana blog tmasuk blog sendri..
tpi template baru akak ni mang menawan kalebu ku...I laikkk..
tahniah pd yg membangunkan background blog ini... sapo aa? dak Kirien ko dak Imah ko?
macammana nak buat ayam penyet...
CM tak pernah dengar, tak pernah rasa dan terasa nak mencubanya!
Macam-mcam hajah ni...bersukan kat dapur pulak dia!
kakpah, semalam bersukan di trek, ari ni bersukan kat dapur lak. tak penat ker???? lps ni mesti slimmm sakan nih...! sayangggg kakpah!!!
salam kak pah...kalau barang yang bagus memang boleh bertahan lamakan...emm nampak sedap je sup tu...ima pun suka hirup sup..
cklah, bangun-bangun pagi ni mata kakpah penyet sebelah haha..
wan, kepada bapa2 dan yang bujang pun boleh cuba juga.
juliet, ayam pencen pun boleh gak. Err orang pencen dapat duit pencen. Ayam pencen? Sian, kena semelih jugak.
pB,. haha.. nanti akak bagi
Ena, nanti kpah bagi resepi. Kalau rajin, buat. Kalau tak rajin, makan je kat kedai..
nizam, sup yang ni tak main kunyah2. Masuk mulut terus telan je hehe.
Tie, sup buat sendiri lagi bagus. Ayam kampung kalau beli kat kampung mesti harga lebih murah. Yang kat pasar ni dorang dah up kan harga melampau2.
paklong, orang perempuan tak boleh lari dari bersakan masak.
erna, cubalah masak ayam penyet ni. Sedap daripada goreng biasa sebab rasa rempah2 dah masuk terus dalam daging.
yB, No problemo. Kakpah memang suka jamu kengkawan makan. Nak datang, roger je. Ajak satu famili.
Yati, kau hantam saja la labuuuuu...
weh, ini resepi sepupu aku kat jakarta tu bagi. Kau nak tak...
Wong solo kat seksyn 9 tu ada ayam penyet ek. Aku ada makan kat kedai depan stadium tu, seksyn 15. Memang ada tahu dan tempe skali. Sambal dia... umangai.. podeh..
acik, jangan tunggu sojuk botul2. Agak2 dah boleh blend tu kau blend je la. kang maso paneh monggologak tu ko blend, mau muko kau tobaka tahap kritikal..wakaka.
ala.. malehlah nak ajak acik. tak ponah nak datang pun.
acik, haah kan. akak pun porasan gak kau lamo tak dtg sini. Background ni akak buek sondiri la.. apo!!! ingat tak pandai ko haha
cikgu-math, nanti senang2 kakpah bagi resepi ek.
kak nora, haha.. kat dapur tu macam2 eksersais ada!!
u dulu pennstate gak kan. Tak banyak bawak pinggan mangkuk periuk belanga balik mesia ke. Correlle dan china kakpah masih elok lagi.
azita, err.. rasa2nya bersukan kat dapur ni lagi menambah lemak.
ima, tu yang orang kata alah membeli menang memakai.
Salam Kak Pah,
Sib baik Kak Pah cakap nama masakan tu ayam penyet, kalau tidak , harus Auntie ingatkan lomak cili padi....nampak serupa je......
errr...janagnlah tayang rupanya saja....sertakan leh resipinya sekali...suspen tau!!
suka la kita ngan tajuk ni, hehe... jogging setempat sambil basuh pinggan kira sukan gak kan
wah resepi sup yg menarik, bole try la ni... pas tu makan ngan garlic bread... huh... cam ne la Maria nak kurus... pantang resepi best mesti nak masak, pastu rebut2 makan ngan anak2... huhuhu...
sungguh rajin memasak,
salamm,
wah! nampak sodap
(tertelan ayaq lioq.. ngee)
betoi kak pah, barang2 neh
selagi kita boleh pakai, pakai ..
uji punya washing machine sebaya
umo ngan anak sulong.. 20 taon
jenama singer elok lagi, tapi
memandangkan dia punya munyik
cam munyik motobot kat pelabohan
terpaksalah beli baru, 2 minggu lepas ..
tapi yang senornya, kalo nak guna
boleh lagi .. tapi segan ngan jiran
sebelah dengar .. ngeeeee
Salam kak pah
Ada dengar mengenai ayam penyek tapi tak pernah rasa apa lagi rasa.
Ayam kampong di pasar tani shah alam ni pun rm13 sekilo. Kecik jer. Kadang sekor tak sampai sekilo. Teringin beli juga.
yan, nampak macam serupa sebab taruk kunyit tapi taki bersantan dan bercili api je.
kog, kalau nak eksesais banyak, agak2 nak makan pukul 7, ko masuk dapur 6.45. hehe.. pasti terkejar2.
ejamaria, pasti anak suka makan. sedap dan berkhasiat..
tun, rajin dalam terpaksa
uji, kau cakap pasal mesen basuh antik ni akak teringat jiran sebelah rumah akak ni banyak tahun dulu ada mesen basuh yang bunyi satu malaysia boleh dengar. Setiap kali mesen tu spin mesti kitorang keluar haha.. menanti kalau2 mesen tu terbalik ke hape...
Agaknya dia perasan, terus beli baru.
kak ani, ayam kampung ni rasanya sedap. sebab tu mahal kot.
Wah kak resepi sup brokolo cendawan tuh senang yo nak buat.. alah2 cam sup jual kat cafe sini.. leh den try buek nnti.. napo lak namo ehh ayam penyet.. kono penyet ko hehehehe..
Den tgh berangan nak makan ayam turkey panggang masa cuti easter lopeh.. tapi dapur den kan tgh off.. terus tinggal angan2 yo
ina, ontah.. mulo2 ingat ayam tu di penyek-penyek haha.. tapi takdo pulak penyek.
anyway.. sodap gak la. ayam turki kalau buek penyet maun sodap gak e..
murah gak tu kak 13 sekilo..
kat sini 16.... buang bulu.. besar lg peha adeeb...
salam.. :D first time sampai kat sini..
saya sampai sekarang tak tau ape ayam penyet ni..hehe
tapi sup cendawan tu macam sangat beshh...nak try gak la nnt.. :D
Post a Comment