Anak itu manis. Orang yang melihatnya pasti tertawan. Percakapannya juga petah. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya pasti membuat si pendengar terpesona. Di antara lucu dan geram. Termasuk aku.
Bapanya toke daging di pasar BBB. Semasa datang ke tadika untuk mendaftarkan anak itu, dan semasa pembantu aku menerangkan jumlah bayaran pendaftaran, bapanya tidak banyak soal. Dia terus menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sebeban wang yang berlipat, diikat dengan getah dan terus membayar tanpa banyak soaljawab.
Anak itu, Haziq, menjadi satu figure yang popular di tadika dari mula ia masuk sehinggalah sekarang. Popular bukan saja kerana manis dan kepetahannya tetapi juga popular kerana sering menjadi sebutan anak-anak lain.
Ummu!!!!! Haziq buang selipar Aiman...
Kat mana..
Kat belakang..kat luar pagar...
Ummu!!!! Haziq tumbuk perut Muhammad...
Ya Allah.. apalah nak jadi dengan kamu ni Haziq
Haziq nak jadi pandai lah, jawabnya.
Dan macam-macam lagi aduan anak-anak. Dan macam-macamlah cerita yang disampaikan guru. Dan macam-macamlah tingkah yang aku perhatikan. Semuanya di antara lucu dan geram. Dan macam-macam pulalah aduan mak bapak yang telah menerima aduan dari anak-anak masing-masing.
Malam tadi kereta ayah Haziq tak boleh start, adunya.
Habis tu Haziq buat apa?
Haziq buat blur je lah....
Ummu, nak beli daging pegilah pasar. Nanti Haziq bagi diskaun..
Haziq...Haziq... Belajar bilalah nak pandai ni...
Kakpah
14 comments:
sesuai jadi lawyer, tapi jgn jadi loyar buruk dah..petah btul!!
Heheh...petah dia berkata2...kadang kita pun tak terjawab
salam buat kak pah...
insan macam tu la jadi penawar luka pengarang jantung...
bab bg diskaun beli dgg tu tak blh tahan.... hahahaha!!
osah boto ar..
slalu Maria jumpa kanak2 yg nama dia Haziq, mmg cam tu mulut dia... ampun... penat nak dilayan... kenapa ye? ada kena mengena ngan nama tu ke?
Haziq sedang belajar ni lah cikgu..
annie, budak ni memang loyar
anie, ada saja jawapannya yang kadang2 kita tak sangka dia jawab
paklong, memang betul tu paklong. Dia racun dia jugak penawar.
kakngah, haha.. memandai je dia nak bg diskaun. akak poi boli daging apak e buek dono yo kahkah..
eja, entahlah... Satu lagi nama Haikal. Budak yang nama haikal yang penah kakpah jumpa semuanya boleh tahan..
kaknora, umur dah 6 tahun. masuk tadika satu benda tak tahu. Sekarang ni dalam proses lah tu tapi bila tiba bab belajar banyak tul songeh nya haha..
bak meh sini no fon bapak haziq...acik ni nak buat kenduri ni...
acik ni nak diskaun...
seb baik dia tak jawab "buat bodoh je.."..hahhahaa...kiut budak haziq tu...
Hehehe kak.. leh byg mesti mulut dio bising.. tp klu dio xdo mesti teraso kan ;)
drsinga, ayah haaziq bagi diskaun kat cikgu dia je.
smm, memang budak tu kiut. Ingat lagi kontest kakpah yang buat dialog lucu tu? yang rambut lencun dengan minyak dan senyum manis tu lah haziq.
ina, hehe.. haritu tak datang seminggu. Aman tadika.
memang geram kalau dapat budak petah kan kak pah..tentu seronok melayan kerenahnya..
kaka pah cantik la..sudah tukar ya...ada dot dot lagi...
erna, haah...
ala.. tukar2 langsir selalu biar tak bosan hehe..
sangat petah kan haziq bercakap.. tu la budak2 skrg..
Post a Comment