Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, April 26, 2010

EMBUN PAGI

Embun.
Embun cantik secantik namanya. Aku sering mengintai embun di hujun daun. Indah. Berseni. Orang kata kalau nak awet muda ambil embun dan sapukan ke seluruh muka setiap pagi sambil baca selawat. Orang juga kata kalau anak lambat berjalan, suruh anak itu memijak rumput yang masih berembun. Banyak kata-kata orang mengenai embun. Banyak petua orang, juga mengenai embun.





Semuga apa yang kita ada, apa-apa saja, tidak seperti embun di hujung rumput.


kakpah

25 comments:

Yunus Badawi said...

Salam kakpah.

Saya suka makan pisang embun tetapi sekarang susah dapat. Dah hilang juga mcm embun disinari mentari agaknya huhuhu

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

pagi tadi, keluar mengiringi suami dan anak ke sekolah, rasa seronok melihat tanamaku di basahi embun pagi.

Ejamaria said...

si Luqman lambat berjalan, bawa la dia pergi pijak embun kat taman permainan pagi2 pukul 7, sudah nye asal lepas maghrib dia menangis, lepas 3 hari mcm tu, bawa pergi jumpa ustaz minta tolong tengok2kan - ketegur rupanye... alahai nak suruh jalan punye pasal... pastu tak pernah dah bawak pijak embun kat rumput... takut...

Kak Nora said...

Hajah,
Beutifil pictures of 'embun pagi'. Saya tak boleh kena embun, selsema. Dan teringat juga arwah mak saudara yang bernama Embun.

tasekM said...

suka gambar2 tu...



.

kakngah said...

pg ni sejuk sgt.. bersalut embun kete saya. kabus tebal. sy tny adeeb apa yg putih2 tu.. kabus dia jwp. pastu dia smbg lg.. kalau kt bwh kamus la.. kalau kt ats awan nama dia...

ima said...

salam kak pah...sayanpun pernah dengar gak kata2 seupama itu...cantik gambar2 tu...

KAKTINY said...

Salam Kak Pah..

kalau berembun (duduk kat luar rumah sampai pagi), buleh mengundang sakit tuh.. hihihi..

penah tgk arwah wan buat kat anak pertama tiny dulu, pagi2 subuh pegi letak kaki dia kat embun.. mmg la kak pah.. seawal umur setahun setengah dh berlari.. hihihi..

pak long said...

salam buat kak pah...
embun boleh jadi ubat...

julietchun said...

keluar rumah nak pegi keje tak sempat nak tgk embun, nak cepat :P

Ena said...

huhu.. dah lame tak rase sejuk mebun pagi la kak pah.. keluar2 jer dah tak der embun g.. asap je banyak..huhu

kakpah said...

yb, memang susah nak cari pisang embun sekarang. Yang banyak pisang montel. (pisang embun sedap dibuat cekodok)

Naimatulfaizah, cuba minum tetesan embun. Mungkin boleh hilangkan sakit tekak.

ejamaria, alala kesiannya. Tu lah.. ko main redah jer. Baca2 la sikit buat pendinding

kakpah said...

kaknora, salam. embun tu nama yang klasik.

TM, hehe.. aku pun suker bila ko suker ahaks..

kakngah, ha.. kalau atas awan apo namo e deeb..

ima, banyak petua mengenai embun ni. Ada yang elok diikut.

kakpah said...

Tiny, pesan orang tua2, jangan suka berembun. Orang tua2 memang banyak petua.. Ada yang patut diikut.

paklong, salam. Betul tu paklong.

juliet, tapi aku pasti yang embun melihat engko hik2..

ena, kat kampung banyak. Ha.. tu kena balik kampung tu..

Mak Su said...

orang dulu, pengamal silat, mandi embun utk kuatkan tubuh

iina said...

kak pah gmbr2 tuh semua cantik.. tapi kan kak.. kan.. kan.. kan.. kak pah lagik cantik hehehe ;)

Zaitun said...

Salam

Cantiknya gambar2 tu...sesuci embun pagi.

kakpah said...

maksu,orang sekarang nak mandi embun duduk melepak tepi jalan sampai subuh sepi'i..

ina, ko pandailah nak membodek aku kan..

zaitun, meredah pagi mencari embun suci

kucingorengemok said...

tengok gambar pun rasa segar!

kak ina kl said...

bezakan ambil gambar pakai kamera murah dan kamera mahal..nanti nak jumpa kak pah kat tadika ..boleh ker?

secangkir madu merah said...

spt embun dihujung daun, hilang disinar mentari....

dah lama tak tengok embun...

Ku Tak Sempurna said...

hati2 masa nak sapukan embun kat muka...

.
.

tgk bebetul.. betul ke embun... takut air kencing kucing


.
.

hihihihi

kakpah said...

kog, tengok embun boleh jadi terapi mata. kalau tak dapat tengok embun, tengok je lah gambar tu hehe

madu merah, kena tengok sekali sekala

kts, umak ai.. kucing ko pandai torbang ek. Ko cariklah daun yang tinggi. ish..ish..

kakpah said...

ina kl. Mehlah datang terus rumah kakpah. Boleh ajak umi e datang sekali..

Kunang-Kunang said...

Jangan berkasih sekadr 'ibarat embun dihujung rumput'.

Kesian embun dia juga disalahkan bila dua hati berpisah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...